Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2 Medan Selera Mesra Muslim Harus Anda Kunjungi Di Bangkok!

Dengan lebih 700 restoran Thai ditawarkan, jangan lepaskan peluang ‘memburu makanan’ di Siam Paragon dan The EmQuartier.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 8:00PM

Gambar ihsan Tha Mall Group

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya, bolehlah kita menarik nafas lega kerana ancaman COVID-19 semakin mereda. Rakyat Malaysia kini dilihat telah mula memenuhi restoran, panggung wayang serta kawasan awam lain bagi meluangkan masa bersama tersayang setelah lama ‘berkurung’ sejak dua tahun lalu.

Setelah banyak perkara yang sudah mula dibenarkan kerajaan Malaysia, aktiviti melancong sudah tentunya menjadi antara salah satu perkara pertama yang terlintas di fikiran! Dan berita baik buat rakyat Malaysia, kedatangan kita sebagai pelancong di Thailand, sangat dialu-alukan! 

Ini kerana baru-baru ini, wakil kerajaan Thailand, Traisuree Taisaranakul telah mengumumkan bahawa dalam tahun ini sahaja, rakyat Malaysia merupakan kumpulan pelancong kedua terbesar yang melawat Thailand pada bulan Mei 2022.

Antara butik pakaian yang terdapat di sini. - Gambar ihsan The Mall Group
Antara butik pakaian yang terdapat di sini. - Gambar ihsan The Mall Group

Kenaikan pelancongan di negara jiran utara kita ini tidaklah mengejutkan kerana mereka telah memansuhkan secara berperingkat beberapa sekatan pergerakan dan kesihatan. Ini termasuk pemansuhan perintah pendaftaran pra-perjalanan dan juga insurans perubatan pelancongan.

Ditambah pula dengan kelonggaran pemakaian pelitup muka dan pemanjangan waktu operasi bagi destinasi-destinasi hiburan pada waktu malam, sedikit sebanyak telah membuatkan kenaikan jumlah pelancong ke Thailand semakin meningkat secara mendadak.

Dengan segala kelonggaran ini, diikuti pula dengan kemudahan perjalanan, harga yang berpatutan, lokasi tarikan pelancongan yang menarik dan keenakan hidangan Thai, sudah pasti mempengaruhi rakyat Malaysia untuk mengunjungi negara gajah putih ini.

Selain itu, Thailand juga turut menawarkan destinasi pelancongan membeli-belah yang menarik! Jangan lepaskan peluang mengunjungi dua pusat membeli-belah paling popular di Bangkok iaitu Siam Paragon dan The EmQuartier.

The Emporium dan The EmQuartier - Gambar ihsan The Mall Group
The Emporium dan The EmQuartier - Gambar ihsan The Mall Group

Berkeluasan 13 ekar, Siam Paragon terletak di nadi pusat beli-belah dan perniagaan Bangkok. Pasar raya mega ini menempatkan lebih 7500 jenama merangkumi barangan mewah, fesyen, kecantikan dan tidak lupa juga, makanan!

Sementara itu, The EmQuartier pula ialah sebuah pusat membeli-belah yang bersambung dengan sebuah lagi pusat membeli-belah bernama The Emporium. Terletak di Sukhumvit, lokasinya berdekatan dengan Stesen BTS PromPhong dan dikelilingi kehijauan Benjasiri Park. 

Menariknya, kedua-dua pusat beli-belah ini mempunyai lebih 700 kedai makanan. Ia destinasi kembara makanan terbaik bagi kalangan ‘food hunters’ yang sering ke Bangkok bagi menikmati makanan Thai yang autentik. 

Gourmet Eats - Gambar ihsan The Mall Group
Gourmet Eats - Gambar ihsan The Mall Group

Siam Paragon menawarkan aneka hidangan terbaik yang terdiri daripada makanan antarabangsa, termasuk restoran-restoran bertaraf Michelin Star dan juga ‘street food’, semuanya berada di bawah satu bumbung medan seleranya, Gourmet Eats. 

Kedai makan Thai ikonik, Thipsamai Pad Thai turut berada di sini, menyajikan resipi Pad Thai asli yang diwarisi selama seratus tahun. Ramuannya merangkumi minyak udang, udang laut, mi beras, taugeh dan kacang tanah, semuanya dibalut sempurna di dalam telur dadar.

Antara pilihan makanan halal Thai yang disediakan. - Gambar ihsan The Mall Group
Antara pilihan makanan halal Thai yang disediakan. - Gambar ihsan The Mall Group

Satu lagi restoran Thai terkenal, Rod Dee Ded yang terkenal dengan hidangan mi sup daging. Terkenal semenjak 1969, restoran yang satu ini sangat terkenal dengan mi buatan tangan dan daging bergred perdana. 

Anda juga boleh berkunjung ke Jeerapan Grill Chicken yang menghidangkan ayam goreng kunyit terkenal. Daging ayam diperam selama berjam-jam dan dipanggang di atas arang. Tekstur ayam goreng kunyit ini sangat lembut!

Selain itu, restoran Royal India pula menghidangkan makanan India Utara dan Selatan yang istimewa termasuklah briyani ayam empuk yang dimasak dengan letusan rempah ratus. 

The Helix, The EmQuartier - Gambar ihsan The Mall Group
The Helix, The EmQuartier - Gambar ihsan The Mall Group

Kunjungi juga The Helix di The EmQuartier, sebuah medan selera yang mempunyai empat aras yang penuh dengan restoran dan pilihan makanan. Terdapat banyak restoran mesra muslim yang boleh dipilih di sini. 

Yang perlu dicuba di sini ialah Thong Sweet, restoran pencuci mulut Thai. Buat peminat donut, Drop by Dough juga sesuai untuk dikunjungi kerana kedai donut terkenal ini menawarkan pelbagai jenis dan perisa donat. Yang paling digemari adalah Tangy Berry Rose. 

Jadi apa tunggu lagi? Layari Siam Paragon dan The EmQuartier untuk maklumat lanjut! – Getaran, 4 September 2022.

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Feri Ke Pusat Peranginan Koh Tao, Thailand Terbakar

2

Selera 1 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

 'Hero Stone' Didedikasi Untuk Mereka Yang Terkorban Ketika Pembinaan Keretapi Maut 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini