Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bercuti ke Pulau Dengan Bajet Mesra Poket

Perkara yang ramai sedia maklum ialah, percutian ke pulau-pulau ini melibatkan bajet yang agak besar. Namun, ini bukanlah halangan untuk anda bercuti ke pulau. Dengan perancangan rapi segalanya tidak mustahil.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 8:00PM

Air laut yang membiru, pasir pantai yang memutih seolah-olah memanggil pengembara ke pulau pilihan.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat satu demi satu video percutian pulau yang melintas di akaun media sosial, pasti membuat ramai individu di luar sana ingin menikmati percutian yang sama. Iyalah, hati mana yang tidak terpikat.

Air laut yang membiru, pasir pantai yang memutih seolah-olah memanggil untuk datang bertandang. Pulau-pulau yang ada di Malaysia bukan sahaja menjadi destinasi idaman pengembara tempatan, bahkan juga diintai oleh warga luar negara.

Satu fakta yang mungkin sudah ramai sedia maklum ialah, percutian ke pulau-pulau ini melibatkan bajet yang agak besar. Lebih-lebih lagi jika anda sudah berkeluarga dan mahu membawa anak-anak bersama. Secara kasarnya, ada kos untuk pengangkutan, penginapan, dan makan-makan.

Namun, ini bukanlah halangan untuk anda bercuti ke pulau. Dengan perancangan rapi dan sedikit usaha membuat ‘homework’ tentang destinasi yang ingin dilawati, segalanya tidak mustahil. Paling penting, anda harus tetapkan dahulu jumlah wang yang mahu dibelanjakan. Selepas itu tetapkan atau pilih pulau yang ingin dikunjungi.

Berikut adalah beberapa buah pulau yang boleh anda jejaki bersama keluarga atau teman-teman dengan bajet mesra poket.

1) Pulau Langkawi, Kedah

Suka atau tidak, pulau kelahiran Mahsuri ini sentiasa berada di tempat teratas dalam peta pelancongan negara. Biarpun namanya gah di seluruh dunia, Langkawi tidak ‘memilih’ tetamu untuk bertandang ke rumahnya. Langkawi menjanjikan sebuah percutian yang boleh dinikmati oleh semua. Sama ada anda golongan B40, M40 atau T20, anda boleh merancang aktiviti mengikut kemampuan diri. 

Pantai Cenang, Langkawi. - Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Pantai Cenang, Langkawi. - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Jika mahukan sebuah percutian yang santai, adalah lebih baik anda meluangkan masa sekurang-kurangnya tiga hari dua malam untuk bersiar-siar ke tempat-tempat menarik. Jika tidak, percutian anda bagaikan sia-sia, hanya mendapat lelah. Jika bajet anda tidak lebih daripada RM500 (tidak termasuk tambang tiket kapal terbang), adalah lebih baik anda memilih hotel-hotel bajet yang banyak tersedia di sekitar pekan Kuah dan pantai Cenang.

Langkawi Cable Car - Gambar oleh Rahayu MN
Langkawi Cable Car - Gambar oleh Rahayu MN

Sebagai contoh anda boleh menginap di Cenang View Hotel, Sunset Beach Resort, Senari Bay Resort dan Casa Idaman Motel yang berharga kurang di antara RM70 ke RM120 semalam, bergantung kepada pilihan tarikh. Wang selebihnya bolehlah anda ikuti island hopping yang berharga di antara RM30-RM50 seorang.

Aktiviti popular ini akan membawa anda ke tiga buah pulau iaitu Dayang Bunting, Beras Basah dan Singa Besar. Jika tempat-tempat ini tidak menarik perhatian, bolehlah ke Langkawi Skycab yang menjanjikan panorama alam yang memukau pandangan mata. Tiket berharga RM43 untuk dewasa dan RM33 untuk kanak-kanak.

Tasik Dayang Bunting - Gambar oleh Rahayu MN
Tasik Dayang Bunting - Gambar oleh Rahayu MN

Fakta mesti tahu, Langkawi menawarkan tarikan ‘percuma’ yang bukan sedikit. Anda hanya perlu ramah bertanya dengan penduduk tempatan kerana adakalanya ia adalah ‘permata tersembunyi’ yang hanya diketahui oleh penduduk tempatan.

2) Pulau Pangkor, Perak

Gambar ihsan Unsplash
Gambar ihsan Unsplash

Pulau yang terletak di daerah Lumut ini tidak kurang hebatnya berbanding pulau-pulau yang lain. Sama seperti Langkawi, Pangkor boleh dikunjungi pada bila-bila masa kerana kedudukannya yang tidak jauh dari tanah. Perjalanan dengan feri penumpang mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit sahaja dan tambang yang dikenakan hanya RM20 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak untuk perjalanan dua hala.

Mengapa pulau ini dianggap mesra poket? Ini kerana pemain industri pelancongan di sini menyasarkan orang kebanyakan untuk bercuti ke sini. Buktinya, anda boleh lihat sendiri pakej-pakej yang tersedia di dalam talian. Ada yang menawarkan serendah RM110 seorang untuk percutian tiga hari 2 malam dengan syarat dan terma tertentu.

Antara penginapan bajet yang boleh ditempah ialah Nipah Bay Villa, Pangkor Palm Bay Resort, Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor Waterfall Beach Resort dan Kejora Garden Resort. Kesemua pilihan ini mendapat ulasan yang baik di platform tempahan hotel dalam talian, Agoda. Malah, harga yang ditawarkan juga murah. Ada yang serendah RM73 semalam untuk dua orang dewasa.

Jeti Pulau Pangkor - Gambar ihsan Unsplash
Jeti Pulau Pangkor - Gambar ihsan Unsplash

Lebih membahagiakan apabila tidak perlu berhabisan untuk menjamu selera. Harga makanan di sini tidak semahal pulau-pulau pelancongan lain. Sebaliknya, lebih kurang sama dengan harga di tempat-tempat lain kerana kedudukannya yang terletak berhampiran tanah besar. Masih ada nasi lemak RM2.00 yang boleh ditemui di kedai-kedai kampung, dan masih ada kuih-muih berharga RM0.50 setiap satu.

Selain itu, anda juga harus tahu, pulau ini menawarkan pelbagai tarikan yang tidak memerlukan anda untuk berbelanja besar. Malah, banyak yang boleh dilawati secara percuma seperti Kota Belanda, Pantai Teluk Nipah, Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak, Masjid 1000 Selawat, dan tidak ketinggalan Masjid Sungai Pinang Kecil yang direka dengan pengaruh seni orientalis Cina dan digabungkan dengan sentuhan Islamik.

Jika ingin mengintai hidupan marin, ada juga trip snorkeling ke Pulau Giam dan Pulau Mentagor. Harga untuk trip ini dalam lingkungan RM40 ke RM60 seorang dewasa. Tetapi, jika anda bijak berunding, boleh menyewa sebuah bot yang boleh memuatkan lima orang dewasa pada harga serendah RM80.  

3) Pulau Perhentian dan Pulau Redang, Terengganu

Pulau Redang - Gambar oleh Rahayu MN
Pulau Redang - Gambar oleh Rahayu MN

Dua pulau kepunyaan negeri Terengganu ini memiliki keindahan alam yang tidak boleh disangkal lagi. Tahniah, jika anda pernah sampai ke sini kerana masih ramai yang belum berkesempatan menjejakkan kaki. Selain kerana kekangan masa, ada juga disebabkan oleh bajet yang diperlukan agak tinggi. Jika mahu bercuti sekeluarga (dua dewasa, dua kanak-kanak) sekurang-kurangnya memerlukan belanja RM1,000 untuk pakej tiga hari dua malam.

Sejujurnya, tiga hari dua malam agak melelahkan kerana kebiasaannya, pihak penginapan hanya membenarkan daftar masuk pada jam 2.00 atau 3.00 petang dan perlu daftar keluar seawal jam 9.00 pagi kerana bot bertolak awal untuk mengambil penumpang yang ingin masuk. Jadi, anda hanya punya peluang melakukan aktiviti laut (snorkeling atau selam skuba) pada hari kedua. Jika mahu bersantai lebih lama, wang perbelanjaan semakin bertambah.

Aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian. - Gambar oleh Rahayu MN
Aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian. - Gambar oleh Rahayu MN

Cubalah hitung sendiri, berapa banyak perbelanjaan yang anda perlukan? Boleh rujuk di sini sebagai panduan. Namun, jangan kecewa, masih ada cara untuk melawat kedua-dua pulau ini dengan harga lebih murah.

Untuk ke Redang, boleh ambil pakej ‘day trip’ yang berharga serendah RM80 untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak. Pakej yang bermula dan berakhir di Jeti Merang ini mengambil masa kira-kira 8 jam, dan akan membawa anda ke empat atau lima lokasi persinggahan, termasuklah snorkeling spot.

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

Untuk ke Pulau Perhentian, pakej lawatan harian pada harga RM115 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. Juga mengambil masa kira-kira 8 jam, pakej sehari ini memberi peluang untuk anda mengintai ‘Maldives Malaysia’ sepuas-puasnya.

 Selain dibawa melawat ke perkampungan nelayan, anda juga akan dibiarkan bebas mengintai hidupan marin di empat lokasi snorkeling sport iaitu Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden dan Shark Point. Ada sesetengah operator, turut singgah di Lata Air Berani sebelum bertolak pulang.

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

Kelebihan mengambil pakej ‘day trip’ ini tidak lain tidak bukan ialah, anda boleh berjimat terutamanya jika bilangan ahli keluarga ramai. Daripada menginap di pulau, anda boleh bermalam di homestay atau Airbnb mengikut kemampuan. Carilah penginapan yang berdekatan dengan kedai-kedai makan. Jika rajin, boleh masak untuk keluarga. Pasti lebih penjimatan.

Akhir sekali, rancang percutian anda dengan bijak untuk lebih penjimatan. Ingat! Melancong adalah untuk semua. - Getaran, 3 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Cukai Perkhidmatan: Tiada Kenaikan Tambang Feri, Penginapan Di Marina Island

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Bekalan Air Di Pangkor Pulih Sepenuhnya, Sedia Terima Pelancong - MB

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini