Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 8:14AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perubahan Iklim, ribut taufan dan musim tengkujuh termasuk aktiviti manusia seperti pelancongan tidak terkawal serta pencemaran menjadi punca kemerosotan populasi terumbu karang di Pulau Perhentian.

Pensyarah Fakulti Marin, Hidupan Laut dan Sains Alam Sekitar dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr James Tan Chung Hong berkata, populasi pemangsa yang tidak terkawal seperti tapak sulaiman mahkota berduri turut menjadi ancaman kepada kerosakan terumbu karang di pulau berkenaan.

“Fenomena iklim seperti ribut taufan dan musim tengkujuh menyebabkan pulau akan dilanda ombak yang tinggi, sekali gus menghancurkan batu karang.

“Sebagai contoh Ribut Pabuk yang melanda pulau-pulau di Terengganu mengakibatkan kematian terumbu karang lebih daripada 60 peratus di kawasan cetek pulau itu.

“Begitu juga  populasi pemangsa tapak sulaiman mahkota berduri.

"Apabila berlaku letusan terumbu karang yang diancam akan menghadapi penurunan karang hidup yang tinggi," katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan penggiat industri mengenai kemusnahan terumbu karang yang berlaku di pulau peranginan itu.

Semalam, Getaran melaporkan mengenai kebimbangan penggiat industri berhubung kemusnahan terumbu karang dan jika tiada langkah pemuliharaan lebih aktif dilakukan Pulau Perhentian akan kehilangan salah satu daya tarikan, sekali gus menjejaskan sektor pelancongan.

Mengulas lanjut, Dr James berkata, berdasarkan hasil kajian Badan Bukan Kerajaan (NGO) Reef Check Malaysia menunjukkan memang berlaku trend penurunan litupan karang hidup di Pulau Perhentian.

“Data untuk tempoh 10 tahun yang lalu  (2013 hingga 2022) purata litupan karang hidup di sekitar Pulau Perhentian adalah 45.63 peratus.

“Dengan peratus tertinggi dicatat pada tahun 2013 iaitu 56.63 peratus dan yang terendah pula pada  2019 iaitu sebanyak 35.50 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, trend penurunan atau kemorosotan litupan karang hidup di Pulau Perhentian terhenti pada 2019 terhenti susulan penutupan pulau akibat COVID-19.

“Pada tempoh itu kita dapat lihat sedikit peningkatan litupan karang hidup di Pulau Perhentian.

“Namun, ia hanya  berlaku bagi tempoh dua tahun sahaja iaitu 2019 dan 2021 dan selepas pulau dibuka purata litupan karang hidup di pulau menunjukkan penurunan atau kemorosotan  semula iaitu jatuh sebanyak 1.94 peratus pada tahun 2022,” katanya.

Mengulas mengenai sama ada terumbu karang yang musnah boleh dipulihkan semula, beliau berkata, ia dapat dilakukan namun bergantung kepada tahap kemusnahan dan daya baik pulih hidupan itu.

“Secara teori, terumbu karang yang musnah boleh memulih secara semulajadi apabila agen kemusnahan terumbu karang seperti ancaman populasi pemangsa dan aktiviti manusia ini hilang.

“Tempoh pemulihan adalah bergantung kepada tahap kemusnahan, daya baikpulih sesuatu terumbu karang, kepelbagaian hidupan yang ada di terumbu karang dan ketersambungan antara terumbu-terumbu karang dalam fungsi pemberi dan penerima benih-benih batu karang,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata, usaha jangka pendek dan masa panjang boleh dilakukan dalam usaha memelihara dan memulihara terumbu karang.

Katanya, antaranya, mengurangkan pencemaran terutama sampah di kawasan pantai, permukaaan dan dasar laut.

“Pencemaran air juga perlu dikurangkan seperti air kumbahan dan minyak.

“Selain itu, perlu juga ada usaha menghapuskan pemangsa-pemangsa batu karang,” katanya.

Bagi tempoh jangka masa panjang pula, Dr James berkata, usaha memupuk  kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan terumbu karang dan cara-cara untuk memuliharanya boleh dilakukan.

“Kita sebenarnya perlu mengehadkan aktiviti manusia di kawasan terumbu karang yang sudah musnah ataupun kawasan terumbu karang yang mempunyai biodiversiti dan nilai yang tinggi. 

“Ini bertujuan memastikan batu karang di dalam kawasan terbabit dapat pulih jika mengalami kemusnahan.

“Selain itu, adalah penting supaya aktiviti pemulihan terumbu karang dilaksanakan dengan betul dan sesuai,” katanya. - Getaran, 19 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

2

Semasa 5 bulan yang lalu

4 Pekerja Myanmar Dikhuatiri Tertimbus Dalam Runtuhan Bangunan Di Pulau Perhentian

3

Semasa 6 bulan yang lalu

'Mana Kamu Semua?' Bapa Buntu 4 Ahli Keluarga Hilang Selepas Pergi Bercuti

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Seorang Maut Dalam Insiden Bot Bertembung Di Pulau Perhentian

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jutawan Muda Hasil Niaga Matawang Asing, Beli-Belah Dalam Talian

Semasa 1 hari yang lalu

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

Sukan 1 hari yang lalu

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Semasa 1 hari yang lalu

Terengganu Tidak Bincang Cadangan Hukuman Sebat Di Khalayak – Azalina