Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Mana Kamu Semua?' Bapa Buntu 4 Ahli Keluarga Hilang Selepas Pergi Bercuti

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2023 8:01AM

Suraidah (kanan) bersama dua cucunya sebelum bertolak ke Pulau Perhentian - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Buntu dengan kehilangan empat ahli keluarga termasuk sepasang anak yang masih kecil, seorang bapa merayu bantuan orang ramai untuk mengesan kesemua mangsa.

Menggunakan nama Ah Pek di Facebook, dia memberitahu, kali akhir mereka berhubung ialah pada Jumaat, 29 September lalu sebelum terputus hubungan hingga hari ini.

Katanya, keempat-empat mereka bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu dan meletakkan kereta di jeti Kuala Besut.

Dua anak Ah Pek yang masih hilang - gambar Facebook
Dua anak Ah Pek yang masih hilang - gambar Facebook

“Mungkin jarang aku nk mintak tolong, tapi kali ni aku betul2 (betul-betul) perlukan pertolongan.

“Mak mertua, adik lelaki termasuk anak sy (saya) dua orang masih belum dapat dihubungi sehingga ke hari  ini. No Plate Kereta JRW 6380,” katanya sambil memberitahu, laporan polis telah dibuat semalam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu di X, rakan Ah Pek dikenali sebagai Ian Zainal menerusi bebenang memuat naik tangkap layar komen diterima, termasuk yang memberitahu bahawa kereta dinaiki keluarga terbabit tidak lagi berada di jeti dimaksudkan.

“Belum jumpa, resort dah buat declaration diorang (mereka) dah check out semua 30hb. Kat jeti pun katanya takde dah kereta tu. Dua-dua hp (telefon bimbit) off tak dapat contact sejak 29hb,” kata seorang individu yang menggunakan nama Pae Alysha.

Ian memberitahu, setakat jam 12.44 pagi tadi, nasib keempat-empat mereka masih belum diketahui.

Menerusi bebenang sama, akaun @intan_saphire pula memberitahu, maklum balas daripada ejen pelancong yang menguruskan percutian empat individu terbabit mengesahkan, kesemua mereka telah meninggalkan Pulau Perhentian pada 1 Oktober untuk kembali ke Kuala Besut.

Ejen dikenali sebagai Khursani Ab Mana itu berkata, perkara berkenaan disahkan sendiri oleh resort tempat mereka menginap iaitu Senja Bay dan pemandu bot terlibat.

“Assalamualaikum..
untuk makluman keluarga dan semua..
29 Sept:
-   Puan Suraidah (2 dewasa 2 kanak?) ambil tiket bot pergi balik dengan SUNNY TRAVEL - Jeti Kuala Besut.
-   jam 9:45 pagi, mereka menaiki bot ke Pulau Perhentian..
**menginap di SENJA BAY - PERHENTIAN
KECIL selama 2 malam.

“01 Oct:
- jam 08:00 pagi, Puan Suraidah (2 dewasa 2 kanak?) menaiki bot balik ke jeti Kuala Besut.
**pengesahan dari SENJA BAY dan pemandu bot,” katanya.

Sementara itu Ah Pek yang kini berada di Kuala Besut menerusi Facebook Story memaklumkan, usaha mengesan empat ahli keluarganya itu masih belum berhasil.

Dia dilihat turut mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, dipercayai untuk membuat laporan. 

“Masih zero,” keluhnya. - Getaran, 3 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rugi Orang Kedah Tak Tanam Harumanis

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 45 minit yang lalu

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

Semasa 1 jam yang lalu

Akaun Instagram Keluar Kenyataan Simbah Asid Pemain Bola Adalah Palsu – Polis

Sukan 13 jam yang lalu

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak