web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Google Doodle Beri Penghormatan Kepada Azah Aziz

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 6:00PM

Allahyarham Azah Aziz - Gambar Ihsan Perbadanan Muzium Negeri Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari ini Google Doodle memberi penghormatan hari lahir ke-94 kepada tokoh wartawan negara, Allahyarham Azah Aziz.

Azah Aziz atau nama sebenarnya Sharifah Azah Syed Mohammad Alsagoff/Norazah Abdul Aziz dilahirkan pada 21 Ogos 1928.

Azah Aziz yang lebih mesra dikenali sebagai Mak Ungku telah menulis sejumlah artikel akhbar dan majalah selama 37 tahun. Selain itu, beliau juga mengarang lebih 10 buah buku termasuk jilid mengenai tekstil dan pakaian Melayu.

Dalam kenyataan Google hari ini, Azah Aziz mula memupuk minat dalam bidang penulisan dan sastera semasa bekerja sebagai setiausaha di Jabatan Pengajian Melayu, di bawah ketua jabatan Tan Sri Zainal Abidin Ahmad atau dikenali sebagai Pendeta Za’ba.

“Pada tahun 1957, tuah datang menemui Azah Aziz apabila beliau ditawarkan bekerja sebagai setiausaha kepada ketua pengarang Straits Times ketika itu, Leslie Hoffman, tiga bulan selepas ia memperkenalkan akhbar berbahasa Melayu pertamanya, Berita Harian.

“Beliau (Azah Aziz) kemudian memulakan kerjayanya sebagai wartawan apabila ditugaskan untuk menguruskan bahagian wanita, mengambil alih tugas yang asalnya dikendalikan ibunya, Azizah selama dua tahun,” menurut kenyataan itu.

Antara personaliti antarabangsa yang pernah ditemu ramah Azah Aziz ialah bekas perdana menteri India, Indira Gandhi, peninju Muhammad Ali & keluarganya serta angkasawan wanita pertama ke angkasa lepas, Valentina Nikolayeva-Tereshkova.

Selain itu, melalui syarikat penerbitannya sendiri iaitu Akaz, Azah Aziz menjadi antara wanita pertama di Malaysia menerbitkan buku puisi, permainan dan lagu untuk kanak-kanak antaranya Adik Comel, Ibu, Keluarga Kita, O! Bangau dan Burung Kenek Kenek.

Menjadi perintis dalam banyak perkara, Azah Aziz mengasaskan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) dan menjadi presiden pertamanya dari 1971 hingga 1978 serta penasihat Pertama seterusnya.

Figura ini juga memperjuangkan hak persamaan gaji, cukai berasingan untuk isteri bekerja, pindaan keluarga Islam, seterusnya mengasaskan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), iaitu organisasi bagi menangani kebajikan dan keperluan wanita dan kanak-kanak.

Ibu kepada bekas gabenor negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hasil perkahwinan dengan Prof Diraja Dr Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, ini juga merupakan ikon budaya negara atas usahanya dalam pemeliharaan budaya, tekstil dan pakaian tradisional Melayu sehingga beliau digelar Tokoh Budayawan Melayu.

Mempunyai pengetahuan mendalam tentang pakaian, perhiasan dan tekstil, Azah Aziz memberi syarahan dan memperkenalkan budaya Melayu kepada festival seni dan seminar antarabangsa serta menghabiskan sisa hidupnya memartabatkan adat Melayu agar terus berkembang maju di seluruh dunia.

Sumbangannya dalam bidang kewartawanan dan mempromosikan budaya diiktiraf Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2008, yang mana UPSI menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor dalam bidang Seni dan Pendidikan.

Beliau turut dipilih sebagai Tokoh Wanita Johor (1992) & penerima Anugerah Wanita Cemerlang Avon-Tan Sri Fatimah 1994.

Azah Aziz meninggal dunia pada 9 Julai 2012 pada usia 84 tahun. - Bernama

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh