web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kit Seri Bantu Tangani Isu Kemiskinan Haid

Pendidikan berkenaan kebersihan dan penjagaan wanita telah dikendalikan di 1,124 sekolah menerusi kerjasama LPPKN dan Kotex Malaysia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Aug 2022 8:00PM

Pemahaman tentang akil baligh serta cara penggunaan dan pembuangan tuala wanita dengan betul akan dapat membantu gadis-gadis remaja ini meneruskan gaya hidup remaja mereka yang normal - Gambar Hiasan Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kotex telah menjalinkan kerjasama strategik untuk program Kit Seri sebagai langkah proaktif bagi menangani isu kemiskinan haid di Malaysia.

Kerjasama ini meliputi dua aspek utama iaitu pendidikan haid dalam kalangan remaja perempuan dan bekalan tuala wanita kepada kumpulan rentan yang terdiri daripada 130,000 pelajar perempuan daripada golongan B40. 

Kemiskinan haid merujuk kepada ketidakmampuan membeli produk kebersihan wanita serta kurangnya pemahaman mengenai cara menguruskan haid itu sendiri.

Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur mengakui kemiskinan haid merupakan kekurangan akses untuk mendapatkan tuala wanita dalam kalangan masyarakat terpinggir. Sekiranya tidak dibendung, isu ini mempunyai kesan kemasyarakatan yang jauh lebih serius.

Abdul Shukur Abdullah - Gambar ihsan Kotex Malaysia
Abdul Shukur Abdullah - Gambar ihsan Kotex Malaysia

“Kemiskinan haid boleh mengakibatkan keciciran pelajaran murid perempuan di sekolah. Kesihatan mental mereka juga terjejas. Justeru, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi bekalan tuala wanita kepada 130,000 pelajar B40 semasa pembentangan Bajet 2022. 

“Pemahaman tentang akil baligh serta cara penggunaan dan pembuangan tuala wanita dengan betul akan dapat membantu gadis-gadis remaja ini meneruskan gaya hidup remaja mereka yang normal tanpa perasaan malu dan rendah diri,” ucapnya.

Sehubungan itu, LPPKN dan Kotex telah berganding bahu dengan lebih 500 guru dari 1,124 buah sekolah di seluruh negara untuk menyampaikan ceramah mengenai pengurusan dan kebersihan haid serta hal-hal berkaitan kesihatan reproduktif wanita.

Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia, Rahul Asthana amat mengalu-alukan langkah penggubal dasar negara dalam usaha untuk membasmi kemiskinan haid dan mencorak struktur masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik.

Rahul Asthana - Gambar ihsan Kotex Malaysia
Rahul Asthana - Gambar ihsan Kotex Malaysia

“Program Kit Seri ini merupakan peluang keemasan Kotex untuk bersama-sama terlibat dalam program pendidikan kumpulan rentan ini demi memberi kesan positif yang lebih besar kepada remaja-remaja perempuan di masa hadapan.

“Kotex telah berjaya memperkasakan kira-kira 1 juta wanita Malaysia melalui pelbagai program pendidikan dan program tanggungjawab sosial korporat bersama sekolah, universiti dan badan bukan kerajaan,” ujar Rahul.

Terdahulu, Kotex telah menyumbangkan lebih 100,000 pek tuala wanita untuk membantu wanita yang memerlukan sepanjang enam bulan lalu. Pada 2021, Kotex juga telah melancarkan projek #SheCan bagi mengajar remaja perempuan tentang akil baligh, isu haid dan kesihatan mental.

Dengan sokongan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan World Vision, Kotex telah berjaya membantu mangsa-mangsa bencana banjir pada Disember tahun lalu. - Getaran, 21 Ogos 2022

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Tuala Wanita Guna Semula Bantu Atasi Kemiskinan Haid, Jana Pendapatan Sampingan

2

Budaya 2 tahun yang lalu

Kelab Wanita Ikon Sedia Ruang Perkongsian Menerusi Chit Chat Gadis Remaja

3

Semasa 2 tahun yang lalu

LPPKN Sasar Lebih 58,000 Wanita Terima Manfaat Program WCaRe

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Inisiatif Pad Percuma Bagus Tapi Bukan Penyelesaian Isu Kemiskinan Tegar

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini