web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LPPKN Sasar Lebih 58,000 Wanita Terima Manfaat Program WCaRe

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 8:09PM

Golongan wanita dipelawa melakukan saringan awal pengesanan kanser menerusi program WCaRe. gambar FB LPPKN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyasarkan sebanyak 58,500 wanita memperoleh manfaat menerusi Program Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe), tahun ini.

Pengerusi LPPKN, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementerian amat memandang serius isu membabitkan kesihatan wanita terutama kanser payudara, yang menjadi antara penyebab utama kematian dalam kalangan wanita.

Justeru, katanya, inisiatif kerajaan yang memperkenalkan program itu dapat membantu wanita untuk membuat pengesanan awal, seterusnya membolehkan kanser dirawat dan diselamatkan.

“Di bawah kempen WCaRe ini, wanita boleh membuat saringan kanser payudara melalui ujian mamogram yang ditawarkan secara percuma (bagi yang layak), manakala saringan kanser serviks melalui ujian HPV DNA dan boleh dilakukan di semua 49 klinik Nur Sejahtera di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Sepanjang pelaksanaan program yang bermula Januari hingga 30 September lalu, sebanyak 489,389 ujian mamogram telah dilakukan di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Pink October: Bulan Kesedaran Kanser Payudara LPPKN 2023 Peringkat Pulau Pinang di Pusat Keluarga LPPKN Pulau Pinang, di sini, hari ini. 

Rohani dalam pada itu berkata berdasarkan Laporan Kanser Kebangsaan 2012-2016 menunjukkan peratusan kes kanser yang dikesan pada tahap 3 dan 4 menunjukkan peningkatan dari 43.2 peratus kepada 47.9 peratus.

Beliau berkata, trend itu dilihat amat membimbangkan dan berkemungkinan lebih ramai wanita dikesan menghidap kanser pada tahap lewat terus meningkat sekiranya tidak menjalani ujian saringan awal.

Melalui program WCaRe ini, beliau berkata, lebih ramai wanita diharap akan lebih peka dan sedar mengenai kepentingan menjaga kesihatan khususnya berkaitan kesihatan payudara.

“Dalam Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan peruntukan RM6 juta untuk meneruskan program saringan payudara (ujian mamogram) dan RM5.5 juta saringan kanser serviks (ujian HPV DNA).

“Ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan hari ini terhadap kesihatan wanita dan kita amat menghargainya,” katanya. BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Bergerak Solo Di PRN Johor, Petanda Kuat Atau Menempah Bala? 

Memilih untuk bertanding sendirian dalam landskap politik yang sama berisiko memberikan isyarat bercelaru kepada pengundi; kerjasama dalam kerajaan, tetapi bers...

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad