web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

Ibu kepada tiga anak itu meminta diberikan ruang dan masa bersama keluarga, selain mendedahkan beliau sedang menjalani rawatan kemoterapi 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 8:34AM

Puteri Wales, Catherine. gambar Instagram princeandprincessofwales

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Puteri Wales, Catherine, 42, hari ini mendedahkan beliau sedang menerima rawatan kanser, selepas disahkan menghidap penyakit itu, baru-baru ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi rakaman video berdurasi 2.18 minit yang dimuat naik di akaun media sosial rasmi princeandprincessofwales sebentar tadi.

Menerusi video itu, Catherine berkata, berita itu adalah 'satu kejutan' selepas melalui tempoh yang sukar selama beberapa bulan.

Walaupun tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapinya, beliau berkata: "Saya berada di dalam keadaan baik dan semakin kuat setiap hari".

Menurut Istana Kensington, video terbabit dirakamkan pada Rabu lalu oleh BBC Studios, iaitu cabang penerbitan BBC.

Pada masa sama, Istana Kensington menyatakan keyakinan bahawa Puteri Wales akan kembali sembuh sepenuhnya.

Putera Wiliiam dan Catherine bersama tiga anak mereka, George, Charlotte dan Louise yang dirakamkan sempena sambutan Krismas, Disember lalu.
Putera Wiliiam dan Catherine bersama tiga anak mereka, George, Charlotte dan Louise yang dirakamkan sempena sambutan Krismas, Disember lalu.

Dalam kenyataan itu, Catherine turut memaklumkan ketika menjalani pembedahan pada bahagian perut pada Januari, tiada maklumat diperoleh mengenai penyakit berkenaan.

"Bagaimanapun, selepas beberapa ujian yang dijalankan berjaya mengesan kehadiran kanser. 

"Sehubungan, pasukan perubatan mencadangkan supaya saya menjalani rawatan kemoterapi dan saya kini masih di peringkat awal rawatan," katanya.

Memetik laporan BBC, Puteri Wales menjalani rawatan kemoterapi sejak akhir Februari lalu, tetapi Istana Kensington menjelaskan tidak akan berkongsi maklumat perubatan peribadi, termasuk mengenai jenis kanser.

Dalam pada itu, Catherine turut berkongsi perasaan dengan mereka yang terjejas akibat kanser berkata: "Kepada semua orang yang berdepan dengan penyakit ini, dalam apa bentuk sekali pun, jangan putus harapan dan kepercayaan. Anda tidak keseorangan".

Puteri Wales, Catherine ketika melawat Hospital Kanak-Kanak Evelina pada Disember lalu.
Puteri Wales, Catherine ketika melawat Hospital Kanak-Kanak Evelina pada Disember lalu.

"William (Putera Wales) dan saya sudah melakukan segala yang termampu untuk mengendalikannya (berita) ini secara peribadi demi kepentingan keluarga kecil kami.

"Ia mengambil masa untuk menjelaskan segalanya kepada George, Charlotte dan Louise dalam cara yang bersesuaian dengan (usia) mereka, dan meyakinkan mereka bahawa saya akan sembuh," katanya.

Justeru, beliau berkata, ketika ini keluarganya amat memerlukan 'masa, ruang dan privasi'.

Sementara itu, Raja Charles dan Permaisuri Camilla sudah dimaklumkan mengenai berita berkenaan sebelum pengumuman itu dibuat.

Jurucakap Istana Buckingham berkata, Raja Charles 'bangga dengan keberanian Catherine untuk mengumumkan berita itu'.

Susulan pengumuman itu, William dan Catherine dijangka tidak akan menghadiri sambutan Hari Easter bersama keluarga diraja. - Getaran, 23 Mac 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hidap Kanser: Raja Charles III Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Sokongan Rakyat

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa