web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelab Wanita Ikon Sedia Ruang Perkongsian Menerusi Chit Chat Gadis Remaja

Program anjuran bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Pulau Pinang itu mengajak anak muda peka mengenai ilmu kesihatan reproduktif remaja

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 7:40PM

Program Chit Chat Gadis Remaja anjuran bersama Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Pulau Pinang. gambar Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Pulau Pinang (LPPKN), baru-baru ini menganjurkan program ‘Chit Chat Gadis Remaja’ bertempat di Kafe Teen Bertam, Pulau Pinang.

Program yang dihadiri 60 peserta termasuk 45  ahli remaja Kafe Teen dan pendidik itu bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan golongan remaja antaranya penjagaan kesihatan diri seperti ketika mengalami haid dan pendedahan mengenai haid menerusi perkongsian secara berkumpulan serta maklumat melalui risalah.

Dr Linda Mat Hassin berkongsi maklumat dengan peserta.
Dr Linda Mat Hassin berkongsi maklumat dengan peserta.

Peneraju program yang juga Presiden Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang, Dr Linda Mat Hassin berkata, perkongsian ilmu kesihatan reproduktif perlu dipupuk seawal usia remaja supaya mereka tahu bagaimana hendak mengendalikannya ketika berhadapan dengan fasa perubahan fizikal dan mental, selaras dengan peningkatan usia.

Justeru, dalam sesi ceramahnya, beliau turut menyentuh mengenai isu gangguan emosi dan kebersihan diri ketika haid.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang, Datin Dr Hazariah Abu Hassan, pula berkongsi mengenai kes psikososial remaja masa kini.

“Program ini menyasarkan golongan remaja khususnya dalam kelompok B40 kerana ia amat penting bagi membantu mereka merancang kehidupan pada masa hadapan, menerusi aktiviti dan latihan yang kita dianjurkan.

“Ini adalah inisiatif Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang untuk memberi pendedahan kepada remaja mengenai isu yang mungkin jarang dibincangkan bersama keluarga atau orang terdekat, khususnya pada awal fasa mengalami haid,” kata Dr Linda yang juga penerima Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2022.

Peserta bergambar bersama selepas berakhirnya program Chit Chat Gadis Remaja.
Peserta bergambar bersama selepas berakhirnya program Chit Chat Gadis Remaja.

Pada masa sama, Dr Linda turut memaklumkan bahawa Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang akan terus komited menganjurkan program  ‘keilmuan’ sejajar dengan matlamat penubuhannya iaitu untuk melahirkan remaja berilmu dan berdaya saing.

“Program sebegini boleh menjadi pemangkin untuk meningkatkan keyakinan diri mereka, bagi membantu keluarga, komuniti serta negara ke arah masyarakat yang sihat fizikal serta mental,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, program berkenaan turut dimeriahkan dengan acara ‘Cabaran TikTok’, selain penyerahan sijil penyertaan daa pengagihan tuala wanita serta pil zat besi secara percuma. - Getaran, 27 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 1 tahun yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.