Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 8:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Tentang Dhia' (YouTube)

Datuk Adi Putra kini terkenal dengan Mat Kilau, namun pernahkan anda menyaksikan drama dan filem-filemnya sebelum ini?.

Antara drama yang pernah dilakonkannya sebelum ini ialah 'Tentang Dhia', yang disiarkan pada 2011, di bawah arahan Feroz Kader.

Adi Putra bergandingan dengan Nora Danish yang memegang watak Dhia. Ia berkisar kepada percintaan yang penuh halangan terutama daripada ibu Zikir, lakonan Adi Putra.

Ia turut melibatkan unsur-unsur ilmu hitam dan kahwin paksa, namun malangnya, selepas berkahwin, Dhia berdepan dengan dugaan lebih berat dan menghidap kanser.

Zikir pula dipaksa berkahwin kali kedua dengan wanita pilihan ibunya, namun pada malam perkahwinan, Dhia semakin tenat dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Drama sebanyak 30 episod ini berakhir dengan kematian Dhia dan Zikir di atas katil hospital. Drama ini boleh disaksikan di Youtube TV3 Malaysia Official. - Habibah Omar

 

 

'Only Murders In The Building' (Netflix)

Ketenangan sebuah pangsapuri mewah di New York, dicemar dengan satu pembunuhan.

Kegilaan pada siaran podcast jenayah menemukan Oliver Putnam, Charles Haden Savage dan Mabel Mora, apabila ketiga-tiganya tanpa sengaja mahu merungkai misteri di sebalik pembunuhan itu.

Oliver, si pengarah Broadway yang hasil karyanya sering gagal di pasaran, Charles, pelakon veteran dan Mabel, pemilik satu rahsia besar bersatu menerbitkan podcast mereka sendiri, dek didorong rasa ingin tahu menebal terhadap pembunuh Tim Kono.

Ketika misteri hampir terbongkar, mereka dilanda konflik masing-masing, yang hampir sahaja menghentikan ‘Only Murders In The Building’ daripada bersiaran.

Bermula daripada terbongkarnya rahsia dipendam Mabel hingga identiti sebenar Tim Kono, jalan cerita dan plot twist siri yang sudah memasuki musim kedua ini sememangnya diadun rapi.

Siapakah Tim Kono? Mengapa dia dibunuh? Bagaimana siri podcast yang hampir terhenti ini mampu disambung semula? 'Only Murders In The Building' pasti membuatkan anda gatal kepala dan tak senang duduk!

Sama seperti siri Hollywood lain, ia tidak ketinggalan menggunakan bahasa kasar dan hanya disyorkan untuk individu berusia 16 tahun ke atas. - Sophia Ahmad

 

 

21 Bridges (Netflix)

Sebuah filem aksi berkisahkan tentang seorang anggota detektif polis bernama Andre Davis (lakonan mendiang Chadwick Boseman) yang sedang menyelesaikan satu rompakan dadah jenis kokain di sebuah kedai wain.

Apa yang mengejutkan ketika rompakan tersebut sedang dijalankan, sekumpulan polis datang untuk mengambil dadah tersebut bagi menjalankan kerja-kerja kotor mereka.

Keadaan bertambah kucar-kacir apabila mereka bertembung dengan perompak tersebut dan aksi tembak-menembak telah berlaku sehingga menyebabkan kematian.

Davis bersama rakan sekerjanya sedang berusha kerja untuk menjejak perompak tersebut dan ingin menangkap setiap polis yang terlibat dalam penyeludupan dadah . 

Filem yang diarahkan Brian Kirk dan ditulis oleh Adam Mervis serta Matthew Michael Carnahan ini ditayangkan pada 2019. Kini ia boleh ditonton menerusi saluran Netflix. – Izwan Ramlan

 

 

'AJ and The Queen' (Netflix)

'AJ and The Queen' ialah sebuah drama komedi Amerika Syarikat, ciptaan RuPaul Charles dan Michael Patrick King.

Drama ini menyoroti perjalanan Ruby Red (RuPaul), seorang ‘drag queen’ yang sudah berusia, merentasi Amerika dengan karavan tuanya dari satu kelab malam ke satu kelab malam yang lain.

Tidak disangka, karavannya itu diceroboh oleh seorang pencuri ‘cilik’. Rupa-rupanya, pencuri itu ialah seorang budak perempuan bernama AJ (Izzy G) yang lari daripada rumahnya.

Atas dasar kemanusiaan, Ruby membenarkan AJ tinggal bersamanya. Namun, budak perempuan yang berperwatakan seperti budak lelaki itu sering menimbulkan masalah kepada Ruby.

Ikuti perjalanan mereka merentasi Amerika Syarikat, dari satu bandar ke bandar yang lain, dengan mesej cinta dan penerimaan yang bakal mengubah kehidupan kedua-dua insan ini. – Zaidi Che

 

The Girl in the Picture (Netflix)

Sebuah dokumentari penyiasatan kisah benar terbaharu daripada Netflix yang dianggap cukup brutal dan dahsyat.

Girl in the Picture menceritakan tentang kisah benar tentang Sharon Marshall yang pernah diculik pada usia lima tahun oleh bapa tirinya, Franklin Floyd pada tahun 1975.

Franklin telah membesarkan Sharon serta mengahwini anak angkat yang telah dibela dan dibesarkan sebagai anaknya sendiri itu.

Sharon kemudian melahirkan anak yang dinamakan Michael tetapi anak itu bukanlah anak Franklin. Pada April 1990, dia telah ditemui mati dalam insiden langgar lari kereta dan usianya ketika itu hanyalah 20 tahun.

Identiti Sharon Marshall yang sebenar mula terbongkar pada sekitar tahun 2014 dan ia akhirnya berjaya menyelesaikan misteri kehilangan Suzanne Marie Sevakis selama 30 tahun. Siapakah Sharon dan Suzanne?  – Ellyna Ali - Getaran, 30 Julai 2022


 

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 2 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok