Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mengenali Erti Sakinah Dalam Perhubungan

Sakina, Sakinah, Sakeena bukanlah sekadar nama seorang wanita. Sakinah dalam Bahasa Arab membawa erti ketenangan, kedamaian, kepastian, kemesraan dan ciri inilah dicari-cari di dalam setiap perkahwinan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 12:00PM

Untuk menghasilkan sakinah dalam perkahwinan, suami dan isteri perlulah belajar untuk memahami perbezaan dan sumbangan masing-masing dalam perhubungan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perhubungan suami isteri kerap menjadi isu yang sering dibahaskan dalam dunia masa kini.

Di balik perkembangan dunia profesional, politik dan sebagainya, topik tentang perhubungan pasangan pasti tidak akan ketinggalan.

Ini kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan harian dan menjadi lumrah manusia.

Malah akhbar Berita Harian melaporkan pada 15 September 2021, terdapat 66,440 kes cerai membabitkan pasangan beragama Islam didaftarkan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 bermula Mac 2020 hingga Ogos 2021.

Hakikatnya, perceraian di kalangan pasangan Islam semakin meningkat tahun demi tahun. Dalam masing-masing mendambakan perkahwinan yang kekal bahagia, lantas di manakah salahnya?

Masalah yang sering dikemukakan oleh pasangan di dalam sesi kaunseling perkahwinan ialah perasaan kecewa apabila pasangan tidak mencapai jangkaan yang diharapkan, impian yang diharapkan tidak kesampaian, pasangan tidak memahami perasaan, pasangan tidak menghargai, tidak menyayangi, dan tidak membuatkan kita terasa penting; yang, kadangkala, membawa kepada penindasan dan penderaan.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Secara ringkasnya, sakinah yang dicari tidak ditemui, sebaliknya rumahtangga yang dibina sarat dengan konflik dan ketidakharmonian yang berpanjangan.

Seperti yang termaktub di dalam Al-Quran melalui Surah Ar-Rum, Ayat 21

وَمِنْ ءَايَـٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ (٢١)

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Sakina, Sakinah, Sakeena bukanlah sekadar nama seorang wanita. Sakinah (سكينة)  membawa erti ketenangan, kedamaian, kepastian, kemesraan dan ciri inilah dicari-cari di dalam setiap perkahwinan.

Al-Quran menonjolkan sifat-sifat tertentu sebagai ciri-ciri orang beriman, sifat-sifat yang penting dalam memastikan hubungan yang sihat dengan orang lain, seperti sabar, adil, jujur, amanah, pemurah, baik hati, rendah hati, dan belas kasihan.

Sifat ini dituntut daripada lelaki dan wanita, dan sangat penting dalam mewujudkan sakinah dalam perkahwinan dan perhubungan.

Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu berbeza sifatnya. Cara keduanya berkomunikasi, beremosi, berfikir dan bertindak itu berlainan, ada kalanya kelihatan berlawanan.

Ini tidak bermakna, kelainan itu akan menghasilkan pergaduhan dan pertelingkahan. Sebaliknya sifat-sifat inilah yang menjadi pelengkap di antara lelaki dan wanita dalam menghasilkan gabungan perkahwinan yang mantap dan jitu.

Untuk menghasilkan sakinah dalam perkahwinan, suami dan isteri perlulah belajar untuk memahami perbezaan dan sumbangan masing-masing dalam perhubungan. Berusahalah untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dekat.

Proses ini tidak mudah atau cepat. Setahun dua terlalu singkat untuk benar-benar mengenali pasangan kita. Ia memerlukan masing-masing untuk mendengar, memahami, mempelajari, tidak menghakimi, dan menghargai kekuatan serta perbezaan pasangan kita.

Jangan terlalu taksub dengan peranan gender dalam keluarga sehinggakan kita tidak perasan bahawa pasangan kita tertekan dengan keadaan.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Tanpa usaha untuk mengenali dan memahami si dia, agak sukar untuk kita mewujudkan keserasian. Keduanya perlu meluangkan masa bersama. Berkongsilah kisah-kisah hidup, idea dan pandangan, kongsikan harapan masa depan, ceritalah tentang hobi masing-masing, kesukaan dan ketidakselesaan.

Pendek kata, berkomunikasilah antara keduanya dengan niat untuk mengukuhkan kasih sayang. Jangan disimpan-simpan di dalam hati dengan harapan pasangan kita perlu pandai-pandai memahami.

Memupuk sakinah juga menuntut suami isteri untuk menghormati. Elakkan meninggi suara, mengejek dan merendah-rendahkan pasangan dalam apa jua situasi, sentiasa menghormati privasi, elakkan curiga, jangan mengintip, atau menjadi perisik untuk ‘membongkar’ kekurangan pasangan.

Perkara-perkara ini jika dilakukan akan mengikis percaya, mengurangkan rasa sayang, mengundang rasa benci dan ianya tidak membantu membina perkahwinan bahagia yang ingin kita bina.

Apabila kita mencari pasangan, jangan dipilih yang cantik dipandang sahaja. Sebaliknya, pilihlah pasangan yang sedap mata memandang, sedap hati berjumpa, sedap hati ketika ditinggalkan, sedap hati ketika meluangkan masa bersama, dan juga sedap hati ketika kita sedang menghadapi masalah. Inilah sakinah yang dicari, damai, tenang, mesra dan stabil dalam apa jua situasi dalam perkahwinan.

Mencari sakinah itu tidak mudah tetapi dengan usaha yang berterusan, insyaAllah, ianya tentu sekali bukan mustahil. - Getaran, 17 Julai 2022

Sumber: mymuslimin.com

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 8 bulan yang lalu

8 Sikap Lelaki Budiman Di Dalam Perkahwinan

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Anak Lelaki Saya Letakkan Standard Tinggi Untuk Lelaki Yang Mahu Dekati Saya - Adrea Abdullah

3

Kolum 1 tahun yang lalu

Mengapa Bertunang? - Kisah Perhubungan Menjelang Hari Bahagia

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nak Jaga Suami Muda, Tidak Perlu ‘Mandrem’ – Rosnah Mat Aris

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart