web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Lelaki Saya Letakkan Standard Tinggi Untuk Lelaki Yang Mahu Dekati Saya - Adrea Abdullah

Pelakon filem 'Blok 404' ini juga mengingatkan bahawa pasangan yang negatif harus disingkirkan daripada kehidupan kita.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 12:06PM

Adrea Abdullah - Gambar Instagram @adrea_abdul

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kebelakangan ini, pelakon Adrea Abdullah gemar untuk berkongsi pelbagai kisah-kisah kehidupan mengenai topik ‘hubungan’ di media sosialnya. 

Ada yang berbentuk motivasi, ada juga yang cukup sensasi kerana ia melibatkan kisah berbentuk skandal dan ada perkongsian yang menyentuh tentang kisah peribadinya sendiri. 

Dalam salah-satu pautan video yang dimuat naik itu, Adrea mendedahkan bahawa dia lebih bahagia dengan bercerai daripada hidup dalam perkahwinan yang menyedihkan. 

“Tak guna kita kahwin tapi di rumah kita macam tak wujud. Kita dibuat macam orang gaji, macam patung tak bernyawa. 

“Untuk apa? Lebih baik fokus kepada diri sendiri, kehidupan sendiri dan menjadi diri sendiri supaya kehidupan anda akan menjadi lebih baik. 

“Sebab bila anda mempunyai pasangan yang sangat negatif, yang boleh buat anda rasa kecewa, yang buat anda makan hati, yang buat anda rasa seperti ada sesuatu yang salah tentang diri anda, ia akan mengacau mental dan psikologi anda. 

“Dan, membuatkan anda rasa seperti seorang yang kalah dan tiada apa-apa. Itu adalah parasit, itu adalah racun dan itu sangat teruk,” katanya.

Perkongsian pelakon yang pernah membintangi beberapa drama termasuk filem Mendidih Bro dan Blok 404 ini seolah-olah ada kaitannya dengan bekas suami keduanya, Zul Fadzli Selamat.

Untuk rekod, Zul Fadzli adalah seorang juruvideo dan Adrea mengahwini pemuda yang lebih 10 tahun muda daripada itu pada April 2018 tetapi kemudian bercerai pada awal tahun ini. Sebelum itu, Adrea sudah pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki. 

Dalam posting itu juga, Adrea mengingatkan pengikut-pengikutnya bahawa pasangan yang seperti ini harus disingkirkan daripada kehidupan kita. 

“Barulah perkara yang baik akan berlaku. Yang boleh tolong kita adalah Allah SWT. Saya doa dengan Allah SWT hari-hari sebelum ini. 

“Sekiranya dia untuk aku perbaiki keadaan ini. Tapi sekiranya dia bukan untuk aku, tunjukkan kebenaran dan tutup hati aku. 

“Ya Allah, Bila Allah tunjukkan kebenaran, satu-satu benda yang dia sorok daripada zaman entah bila keluar. Subhanallah. Siap dengan gambar dan video bagai.

“Macam mana saya tak muntah. Kalau sebagai suami, seseorang itu tidak boleh terima perkara-perkara begini, inikan pula serang isteri seperti saya. Kalau saya lelaki, saya dah tampar dah isteri saya kalau buat perangai begini,” katanya. 

Bahagia dengan kehidupannya sekarang ini, Adrea memberitahu bahawa dia tak mampu pertahankan pasanganya jika terlalu banyak pendedahan negatif dikongsikan rakan-rakan dan ahli keluarga. 

“Bahkan, rakan-rakan wartawan yang saya temui juga turut berkongsi benda yang sama. Mana saya nak letak muka. Itulah masanya untuk melepaskan. Saya selesai dan saya tidak perlukan drama ini di dalam hidup saya. 

“Produser Datuk Ayu Puteh juga beritahu, ambillah peluang ini untuk bertemu dengan orang yang betul-betul lebih baik yang layak untuk memiliki saya. 

“Tapi kini, standardnya akan menjadi lebih tinggi. Sebab anak saya yang meletakkan standard yang begitu tinggi itu. Bukan saya ya. Tapi, dia yang dah setkan. Sebab dia nampak apa yang saya lalui. 

“Tapi, itulah kehidupan,. Perkara yang lepas, lepaskan. Yang di masa hadapan harus kita jadikan ia lebih menarik lagi,” katanya. – Getaran, 11 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Bercerai

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa