Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Mengapa Bertunang? - Kisah Perhubungan Menjelang Hari Bahagia

Kolumnis kami, Wirda Adnan minggu ini bercerita tentang tunang dan mengapa perlu ikatan ini sebelum pernikahan.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 2:09PM

Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tarikh 5 Jun 2022, anak lelaki saya, Imtiaz Hisham akan melangkah ke satu fasa baru di dalam hidupnya, Bukan bernikah atau kahwin, belum lagi, tetapi betunang. 

Gadis pilihannya Elisa Soraya, ialah satu-satunya gadis yang dibawa pulang ke rumah untuk berkenalan dengan kami berdua. Dan cukup untuk kami membuka mulut, bertemu dengan keluarga si gadis bagi menyatukan dua insan dalam satu ikatan penting dalam hidup mereka.

Cantik, tinggi pendidikan, bertudung litup, lemah lembut orangnya dan daripada keluarga orang baik-baik. 

Ciri yang dicari oleh ramai mertua dalam era moden hari ini. Diharap juga ciri anak teruna saya ini juga disenangi oleh pihak di sana. 

Imtiaz, kami didik menjadi lelaki yang bertanggungjawab, kepada keluarga, bangsa dan agama. - ‘Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..” (At-Tahrim:66). (Hendaklah para wali, ibu bapa atau penjaga memerintahkan anak-anaknya menghadiri jemaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus mereka kerjakan, sebagaimana wajib atas wali memberikan pendidikan kepada anak-anaknya tentang aurat, arak, dusta mengumpat dan sebagainya). 

Pastinya juga dia sudah matang dan berkemampuan (bekerjaya) sebagai ketua keluarga. Kata Imam Ghazali, “Sifat utama pemimpin adalah beradab dan mulia hati.” Alhamdulilah saya nampak sifat ini ada pada anak bungsu saya ini. Wallahuaklam. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Mengapa bertunang?

Pertunangan adalah ikatan cinta antara dua pihak sebelum menikah. Ia mengikat tali perhubungan awal yang bertujuan saling kenal mengenal, termasuk dengan keluarga. Ia menandakan bahawa anda adalah milik ‘seseorang’ untuk ke fasa yang seterusnya. Hukumnya sunat meskipun ada sebilangan ulamak menghukumkan sebagai harus. 

Bertunang ada hikmah yang tersendiri, tujuannya supaya kedua-duanya mengambil sedikit masa untuk bersedia (mental dan fizikal). Waktu yang sama bagi pasangan ini mendalami ilmu perkahwinan, hukum-hakamnya dan persediaan memimpin sebuah bahtera baru. 

Bertunang juga bagi menyambung pertalian dua keluarga sebelum bergelar besan. Saat kamu disatukan nanti, ibunya ibu kamu, ayahnya ayah kamu juga, begitulah seluruh ahli keluarga menjadi keluarga kamu juga. 

Memelihara hubungan kekeluargaan ini amatlah penting bagi keharmonian rumah tangga.

Sudah tentu juga bertunang adalah cara terbaik dan lebih selamat daripada berkawan yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Kerana apabila bertunang, perkenalan di dalam tunang memberi kata putus yang jelas sama ada ingin meneruskan berkahwin atau pun tidak. Dan dalam bertunang secara automatik wanita tidak boleh menerima pinangan orang lain, dan lelaki tidak boleh meminang orang. 

Riwayat Imam Muslim menyebut; Hadis Ibnu Umar RA, Nabi SAW pernah bersabda; “Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain, dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain.”

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Jelas wanita khasnya lebih terjaga melainkan jika putus tunang barulah si wanita dapat menerima pinangan orang lain. 

Kata lain, ditempah tanpa perlu orang lain menempahnya lagi melainkan jika berlaku pembatalan penempahan, ‘booking’ untuk dijadikan bakal isteri dan orang lain tidak boleh datang mengganggu. 

Namun perlu diingatkan, tiada yang berubah. Kamu dan dia tetap ajnabi, yakni masih haram bergaul dan bercampur. Si gadis wajib patuh kepada kedua orang tuanya dan kamu belum miliknya sehinggalah berkahwin.

Bertunang juga memberi masa untuk kedua keluarga merancang upacara seterusnya, majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan.

Waktu bahagia ini juga merupakan penghimpunan keluarga, merapatkan semula hubungan saudara-mara yang sekian lama tidak bertemu dan mungkin juga berpisah.

Inilah juga masa untuk bertemu sahabat-handai dan rakan taulan yang jauh dan dekat, juga yang rapat.

Perlukah bertunang berbelanja sakan? Jawapan terbaik, ialah adakan majlis seringkas-ringkasnya dan elak pembaziran.

Jika kedua keluarga saling mengenali dan memahami, tidak timbul soal ‘to impress’ orang sebelah dan sebaliknya. 

Lakukan mengikut kemampuan, cuma jangan pula sehingga menimbulkan ketidakselesaan satu pihak. Bukankah istiadat ini untuk saling mengenali dan kedua-duanya nanti akan menjadi satu keluarga baru.

Jangan kerana satu hal membuat kedua-duanya bermasam muka atau berburuk sangka yang memungkin ikatan indah ini terpaksa terlerai?

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

When you realise you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.” Nora Ephron

Berapa lama sebaik masa di dalam pertunangan? Kerana bertunang tidak menghalalkan yang haram dan bertunang itu sendiri adalah ikatan sementara dalam proses menuju pernikahan, sebaiknya disingkatkan masanya.

Insya-Allah Imtiaz dan Elisa akan disatukan menjadi suami isteri lima bulan daripada tarikh pertunangan. Ya, sekadar cukup waktu untuk dua keluarga ini membuat persediaan majlis pernikahan dan resepsi.

Sebagai renungan bersama, ‘‘Jangan tunggu kaya baru menikah kerana pernikahan adalah tempat dilimpahkan rezeki yang berlimpah.”

Di kesempatan ini saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada ibunda kepada Elisa, Eleiyati Shamsudin, kerana sudi menerima lamaran kami memetik bunga yang cantik mekar ‘di taman’ mu. Kita berjumpa Ahad, 5/6/22 dalam satu majlis pertunangan Elisa Soraya dan Imtiaz Hisham.

Ku pohon ke hadrat-Mu, Ya Allah dipermudahkan segala urusan kami dan cucuri lah rahmat-Mu kepada kedua-dua keluarga ini. Aamiin. - Getaran, 4 Jun 2022

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 minggu yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 3 minggu yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 4 minggu yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok