web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


10 Selebriti Popular Bergelar Hajah

Sempena sambutan hari raya Aidiladha, Getaran senaraikan 10 selebriti tanah air yang sudah bergelar hajah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 10:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap tahun saban kali menjelang Zulhijjah, umat islam di seluruh dunia yang berkemampuan tidak akan melepaskan peluang untuk menunaikan ibadah rukun Islam yang kelima iaitu ibadah Haji. 

Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, Getaran senaraikan barisan selebriti popular yang sudah pun bergelar Hajah

 

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara ini telah menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 2007 bersama suami tercinta. 

Datuk Seri Siti Nurhaliza - Gambar Fail
Datuk Seri Siti Nurhaliza - Gambar Fail

 

Erra Fazira

Primadona filem negara ini telah bergelar hajah selepas menunaikan ibadah haji pada tahun 2019. Kata Erra lima tahun dia menyimpan hasrat dan akhirnya menjadi kenyataan apabila dijemput menunaikan haji pada 2019.

Erra Fazira - Gambar Fail
Erra Fazira - Gambar Fail

 

Noor Neelofa

Bekas Dewi Remaja 2011 ini dijemput untuk menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 2016. Kemudian dia sekali lagi menunaikan ibadah haji pada tahun 2019.

Noor Neelofa - Gambar Fail
Noor Neelofa - Gambar Fail

 

Wany Hasrita

Bintang Paling Popular 2018 ini tidak menyangka akan diundang oleh Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 2019 di usia 27 tahun. 

Wany Hasrita - Gambar Fail
Wany Hasrita - Gambar Fail

 

Amira Othman

Penyanyi yang lahir dari Akademi Fantasia 2013 ini telah sama-sama mengerjakan haji bersama teman baiknya iaitu Wany Hasrita. Wany mengundang Amira untuk pergi bersamanya memandangkan ibunya tidak dapat ikut sama. 

Amira Othman - Gambar Instagram @amiraaothman
Amira Othman - Gambar Instagram @amiraaothman

 

Sheila Rusly 

Pelakon dan penerbit popular ini telah mengerjakan ibadah haji pada tahun 2007 bersama suaminya Jinggo. Sejurus pulang, Shiela terus memakai hijab sehingga kini. 

 

Mizz Nina

Keberangkatannya menunaikan ibadah haji bersama suami yang juga penyanyi, Noh Salleh pada tahun 2013 nyata membuka lembaran baru dalam hidup Mizz Nina. Sejurus pulang dari mengerjakan haji, Nina membuat keputusan untuk berhenti menyanyi dan terus berhijab.

Mizz Nina - Gambar Fail
Mizz Nina - Gambar Fail

 

Najwa Mahiaddin

Penyanyi yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ini telah mengerjakan ibadah haji pada tahun 2014. Selepas pulang, Najwa membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya, namun masih meneruskan kariernya sebagai penyanyi. 

Najwa Mahiaddin - Gambar Instagram @njwamusic
Najwa Mahiaddin - Gambar Instagram @njwamusic

 

Datin Fouziah Gous

Pelakon jelita ini dijemput untuk menunaikan seruan Ilahi mengerjakan ibadah haji bersama suami pada tahun 2018. Antara pengorbanan terbesarnya pada ketika itu adalah terpaksa meninggalkan anaknya yang baru dibedah.

Datin Fouziah Gous - Gambar Fail
Datin Fouziah Gous - Gambar Fail

 

Datin Seri Umie Aida

Aktres popular ini telah menunaikan ibadah haji bersama suaminya pada tahun 2019. Kata Umie, doanya ketika menunaikan umrah untuk diberi kesempatan menunaikan haji pada awal tahun akhirnya diangkat Allah apabila dia dijemput menunaikan haji pada Ogos 2019.

Datin Seri Umie Aida - Gambar Fail
Datin Seri Umie Aida - Gambar Fail

Pada tahun ini, dua orang selebriti terkenal telah dijemput untuk menjadi tetamu Allah bagi menngerjakan ibadah haji iaitu Nelydia Senrose dan Datin Heliza Helmi. Semoga mereka semua mendapat ibadah haji yang mabrur. – Getaran, 10 Julai 2022

Isu Pada

Erti Pengorbanan Daphne Iking

09 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi