Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Minggu ini, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 8:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Minimalists Less Is Now (Netflix)

Memandangkan banyak subsidi makanan sudahpun dimansuhkan kerajaan baru-baru ini, kecoh di laman sosial perbincangan bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan dan gaya hidup.

Oleh itu, kami cadangkan anda untuk tonton satu filem dokumentari bertajuk The Minimalists Less Is Now di Netflix untuk mengubah cara pandangan dan gaya hidup yang baharu. 

Dalam filem dokumentari ini, mereka akan menunjukkan bagaimana kita boleh hidup lebih tenang tanpa perlu mempunyai atau membeli banyak barang.

Sebelum membeli, filem ini mengajarkan kita untuk merenung kembali adakah kita benar-benar memerlukan barang tersebut atau adakah kita hanya termakan dengan propaganda pemasaran.

Dua sahabat baik, Joshua Fields Millburn dan Ryan Nicodemus membawa anda mengupas isu ini. - Wafa Aula

 

'She Was Pretty Malaysia' (Viu)

Drama yang diadaptasi dari siri popular Korea Selatan dengan tajuk yang sama ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan Daniella Sya.

'She Was Pretty' mengisahkan tentang Haniff lakonan Aiman Hakim Ridza yang jatuh cinta dengan Nadia sewaktu zaman kanak-kanaknya. Selepas 15 tahun, Haniff ingin bertemu kembali dengan Nadia, tetapi Nadia yang dahulunya seorang yang cantik manis merasakan dia tidak lagi menawan seperti dulu.

Jadi dia meminta teman baiknya iaitu Kejora untuk menyamar sebagai dirinya. Namun keadaan menjadi semakin kecoh apabilla Haniff menjadi bos di tempat kerja Nadia.

Dalam masa yang sama, Nadia turut berkawan dengan Asyraf di tempat kerjanya yang dalam diam menaruh perasaan terhadapnya. Kejora pula mula jatuh cinta dengan Haniff. - Helmi Anuar

 

Cyber Hell: Exposing An Internet Horror (Netflix)

Internet, jika disalahgunakan, boleh menjadi lebih menakutkan daripada segala hantu jembalang di luar sana.

Dokumentari satu jam 45 minit ini menceritakan tentang jenayah siber yang berlaku baru-baru ini di Korea Selatan. Aplikasi Telegram digunakan untuk menyebarkan gambar dan video perempuan dalam keadaan mengaibkan, kebanyakannya gadis yang masih bersekolah dan pelajar universiti. 

Sepanjang dokumentari ini, penonton akan dikenalkan dengan wartawan-wartawan yang membongkar jenayah ini, beberapa orang mangsa, penjenayah yang terlibat dan pihak berkuasa. 

Kesimpulan mudah yang boleh dibuat selepas menonton dokumentari ini adalah jika anda mendapat pesanan ringkas atau sebarang pesanan lewat aplikasi telefon pintar yang tidak dikenali penghantarnya, jika disertakan dengan pautan, jangan klik pautan itu.

Bukan saja boleh lesap duit, boleh lesap maruah juga. - Ili Farhana

 

Interceptor (Netflix)

‘Negara Polis Dunia’, Amerika Syarikat (AS) kembali beraksi dilayar putih kali ini menerusi filem aksi thriller berjudul Interceptor.

Filem sentuhan pertama sutradara kelahiran Australia, Matthew Reilly ini mempertaruhkan aktres jelita Elsa Pataky selaku pelakon utama di samping aktor Luke Bracey sebagai antagonisnya.

Mudah kata, ia seolah menonton filem Die Hard, cuma watak terajunya adalah wanita. 

Interceptor mengisahkan seorang pegawai tentera, Kapten JJ Collins (Elsa Pataky) yang terpaksa mempertaruhkan segala ilmu taktikal dan kepakaran yang dimilikinya apabila sekumpulan tentera upahan cuba menceroboh untuk menawan stesen pemintas peluru berpandu milik AS.

Selaku ketua dan demi keamanan dunia, Collins perlu mempertahankan dan memastikan ia tidak terlepas ke tangan musuh.

Jika mahu lihat penampilan cameo suami kacak Elsa Pataky, Chris Hemsworth saksikan Interceptor yang mula ditayangkan di Netflix pada 3 Jun 2022. - Suzan Ahmad - Getaran, 25 Jun 2022

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini