web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sayangi Bumi, Kurangkan Jejak Karbon Dengan Jubin Yang Tepat

Ketahui empat kelebihan menggunakan jubin untuk lantai kediaman terhadap alam sekitar.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 1:16PM

Gambar hiasan Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewasa ini, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar kian meningkat, terutama sekali setelah melihat kesannya terhadap kehidupan harian kita.

Sebagai individu, kita haruslah memainkan peranan dalam mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengurangkan pengeluaran jejak karbon.

Pemilihan jenis lantai yang sesuai merupakan salah satu langkah yang boleh membantu proses pengubahsuaian kediaman anda menjadi lebih mesra alam.

Gambar Pexels
Gambar Pexels

Walaupun lantai kayu adalah pilihan terbaik bagi membantu permasalahan ini, ramai pemilik rumah lebih menggemari lantai berjubin kerana ia lebih moden, versatil dan tahan lama. 

Jika sebelum ini jubin kebiasaannya digunakan di ruang yang lebih mudah basah seperti dapur dan bilir air, tetapi kini lantai berjubin turut menjadi pilihan untuk ruang lain di dalam rumah.

Ditambah pula dengan perkembangan teknologi, kepelbagaian jenis jubin kini lebih meluas serta menepati apa jua rupa dan estetika yang anda impikan untuk sebuah rumah impian.

Namun, walaupun jubin sudah dikategorikan sebagai mesra alam oleh industri, ada beberapa perkara yang anda patut tahu dari segi menggunakannya untuk mengurangkan jejak karbon.

Gambar Unsplash
Gambar Unsplash

Pertama, apakah bahan utama yang digunakan untuk membuat sekeping jubin?

Perlu diketahui, jubin diperbuat daripada bahan semua jadi. Ia mudah untuk dibersihkan dan diselenggarakan demi suasana rumah yang lebih sihat dan nyaman.

Disebabkan bahan-bahan untuk membuat jubin bersifat semula jadi, maka pembuatannya juga mengurangkan penggunaan bahan api dan ia boleh dikitar semula.

 

4 kelebihan menggunakan jubin terhadap alam semula jadi

Gambar Creative Lab
Gambar Creative Lab

#1 Jangka hayat

Salah satu kelebihan memilih lantai atau dinding berjubin ialah dari segi jangka hayat. Ini kerana jubin bersifat kalis air, tidak mudah berlekuk dan tahan lama. 

Ia turut menjimatkan wang dalam jangka masa panjang berbanding bahan-bahan lain kerana anda tidak perlu diganti berulang kali.

Sekeping jubin mempunyai jangka hayat antara 10 sehingga 50 tahun. 

Gambar Creative Lab
Gambar Creative Lab

#2 Jimat tenaga elektrik

Jubin ialah penebat haba terbaik bagi membantu menyederhanakan suhu kediaman anda. Seterusnya, ia menjimatkan kegunaan tenaga elektrik yang digunakan untuk penyaman udara.

Disebabkan ia diperbuat daripada bahan-bahan yang berat dan padat seperti pasir dan tanah liat, jubin juga bertindak sebagai penebat haba semula jadi kediaman anda.

Kewujudan jisim haba di dalam jubin mengurangkan puncak pemanasan dan penyejukan bagi membantu menyederhanakan suhu dalaman rumah anda.

Gambar Creative Lab
Gambar Creative Lab

#3 Kualiti udara dalam rumah

Jubin juga mudah dibersihkan dan tidak mengeluarkan ruapan sebatian organik (VOC). 

VOC boleh menjejaskan kualiti udara dalam rumah melalui pelbagai jenis produk rumah, termasuklah pilihan bahan yang digunakan untuk lantai.

Simen mortar yang digunakan untuk melekatkan jubin pada lantai juga tidak mengeluarkan VOC, berlainan dengan pelekat yang digunakan pada lantai berasaskan permaidani atau kayu. 

Gambar Pexels
Gambar Pexels

#4 Penjagaan mudah

Jubin juga mudah dibersihkan. Permukaanya yang licin tidak menyimpan habuk, kulat, kuman atau bakteria. 

Ia cara terbaik bagi memastikan kediaman anda tidak menjejaskan kesihatan anda, terutama sekali jika anda mempunyai sebarang alahan.

Jadi, pilihlah lantai berasaskan jubin sebagai pelaburan jangka masa panjang, yang bukan sahaja mencantikkan kediaman anda, malah demi menjaga alam semula jadi untuk generasi mendatang. 

Layari Creative Lab untuk maklumat lanjut berkenaan jubin kediaman. - Getaran, 25 Jun 2022

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Ambil Rasuah, Sentiasa Jaga Integriti - Tengku Hassanal

2

Semasa 3 tahun yang lalu

El Nino Burukkan Jerebu Di Malaysia 

3

Rencana 3 tahun yang lalu

Kurangkan Plastik Dan Galak Guna Kembali, Jangan Taasub Kitar Semula

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Rumah Terbuka Aidilfitri Boleh Burukkan Lagi Isu Pembaziran Makanan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh