web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7 Hadiah Sempurna Untuk Hari Bapa 2022

Panduan hadiah artisan terbaik untuk si bapa yang gemar berfesyen!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 2:27PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dialah yang sentiasa berada di sisi kita dalam setiap peringkat kehidupan.

Bapa ialah insan yang mengajar kita untuk sentiasa menghargai setiap detik di dalam kehidupan. Jadi, sempena Hari Bapa ini, apa kata anda berikan sesuatu yang istimewa kepadanya?

Tidak perlu bimbang lagi untuk mencari hadiah yang sempurna, kami kongsikan tujuh hadiah buatan tangan artisan untuk si bapa yang gemar berfesyen, seperti di bawah:

#1 Phalaenopsis Barong oleh Kelvin Morales 

Direka oleh pereka fesyen, Kelvin Morales, hadiahkan bapa anda dengan baju tradisional Filipina sulaman tangan yang bermotifkan orkid ini.

Bawalah bapa bersantai di tepi pantai, baju yang diperbuat daripada kepompong sutera ini akan menyempurnakan lagi sambutan Hari Bapa anda! 

Laman web: Kelvin Morales

#2 Kemeja batik lelaki oleh Kapten Batik

Berikan bapa anda sehelai kemeja batik bercorak halus yang direka khas dengan pendekatan mesra alam oleh Kapten Batik.

Menariknya, kemeja ini diperbuat daripada cetakan blok tembaga oleh tukang-tukang logam artisan di Malasyia.

Ia menjadikan kemeja ini lebih istimewa untuk disarungkan oleh bapa anda! 

Instagram: @kapten.batik

#3 Baju batik lelaki oleh Batik Boutique

Satu lagi jenama khusus baju batik. Lebih bersifat klasik, pelbagai baju batik lelaki di Batik Boutique ini mempunyai kain yang sesuai untuk pemakaian golongan bapa.

Direka khusus untuk cuaca panas di Malaysia, kainnya berpotongan lurus, tidak melekap dan nyaman disarungkan kerana diperbuat daripada 100% kapas.

Instagram: @thebatikboutique

#4 Tali leher kain tenun oleh Pink Jambu

Tambahkan koleksi tali leher bapa anda dengan tali leher daripada Pink Jambu. 

Istimewanya ia diperbuat daripada kain tenun berkualiti, semestinya bapa anda akan menghargai tekstil warisan yang amat berharga ini.

Sarungkan untuk tujuan mesyuarat di pejabat, mahupun semasa sesi santai bersama teman di restoran, tali leher ini pastinya memikat pandangan!

Laman web: Pink Jambu

#5 Cawan seramik oleh 22 Craft Studio 

Cawan seramik ini dibuat menggunakan empat jenis tanah liat yang berbeza. Apabila warnanya digabungkan, ia akan menghasilkan warna kelabu yang tenang, sesuai untuk para bapa.

Dibentuk dengan tangan sepenuhnya, tentu sahaja bapa anda akan teringatkan anda tiap kali dia menghirup kopi menggunakan cawan ini!

Laman web: 22 Craft Studio

#6 Dompet kulit oleh Tyde

Untuk si bapa yang gemarkan gaya minimalis dan klasik, hadiahkan mereka dengan dompet kulit buatan tangan daripada Tyde. 

Ia bukan sahaja elegan, malah anda juga boleh mengukir nama bapa anda di atasnya! Jadikan dompet ini sebagai satu aksesori peribadi yang sangat istimewa untuk bapa anda.

Instagram: @tyde_goods

#7 Belgian Loafer oleh Zeve Shoes

Sama ada bapa anda mahu ke pejabat ataupun mahu berlibur di luar bandar, Belgian Loafer dari Zeve Shoes ini sesuai untuk semua acara.

Kasut buatan tangan ini hadir dalam warna tanah yang cukup elegan. Diikuti lagi dengan sentuhan bentuk ikonik Zeve yang menghiasi keseluruhan kasut. 

Instagram: @zeveshoes

Gunakan panduan ini untuk menjadikan Hari Bapa tahun ini benar-benar luar biasa. 

Semestinya bapa anda akan menghargai hadiah istimewa pemberian anda sepanjang hayat mereka. – Getaran, 18 Jun 2022

Gambar: Jenama-jenama berkenaan

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Curi Lambang Hakim Untuk Dijadikan Hadiah, 2 Beradik Ditahan

3

Gaya 2 tahun yang lalu

'Soft Toys' Batik Jana Pendapatan Suri Rumah, Bawa Identiti Melaka

4

TARA 2 tahun yang lalu

5 Hadiah Berteknologi Untuk Menutup Tirai Tahun 2023!

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh