Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Berlari Dengan Penuh Gaya Dan Prestasi

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 4:23PM

Gambar ihsan Hoka

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda masih ingat, tahun-tahun terakhir sebelum pandemik COVID-19 bermula, banyak acara larian dianjurkan dek peningkatan trend semasa yang memperlihatkan ramai rakyat Malaysia suka berlari. Dari jarak sependek 5 kilometer sehinggalah ratusan kilometer bagi mereka yang ekstrem. 

Percaya atau tidak, berlari boleh buatkan seseorang ‘ketagihan’ dan berasa tidak senang duduk apabila tidak dapat melakukannya? Kerana itu jugalah acara larian secara maya turut ditunggu-tunggu ramai. 

Hakikatnya banyak kajian mengaitkan berlari dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan mental dan fizikal. 

Salah satu kelebihan yang berhubungkait dengan ketagihan tadi ialah berlari boleh mencipta kebahagiaan. 

Menurut satu kajian, berlari merangsang tubuh untuk menghasilkan sejumlah besar hormon yang dipanggil endocannabinoid, yang bertanggungjawab membuat anda berasa lebih baik.

Selain itu, latihan fizikal termasuklah larian juga boleh merembeskan hormon endorfin di dalam otak. Hormon ini bertindak sebagai ‘ejen’ yang memberi kesan bertenaga, lebih bersedia dan paling penting, lebih gembira. 

Satu lagi kebaikan berlari yang mesti anda tahu ialah membolehkan seseorang berfikiran lebih tajam. Bagaimana? Apabila usia semakin tua, otak anda perlahan-lahan akan kehilangan fungsinya, yang memperlahankan pemikiran anda, bahkan boleh mengakibatkan kehilangan ingatan. 

Berlari berupaya melawan ketakmampuan kognitif (cognitive impairment). Kajian mendapati orang tua yang berpegang pada rutin berlari mempunyai ingatan yang lebih baik dan tempoh tumpuan yang lebih lama.

Mereka juga mendapat markah yang jauh lebih tinggi dalam ujian mental keseluruhan daripada mereka yang menjalani gaya hidup sedentary (gaya hidup malas). 

Jadi tunggu apa lagi? Jomlah berlari untuk meraih lebih kebahagiaan dalam kehidupan. Sambil berlari, anda juga boleh mencipta gaya OOTD untuk dikongsikan ke akaun media sosial dan siapa tahu akhirnya dapat mencipta gerakan berlari sambil bergaya! Segalanya tidak mustahil.

Antara jenama pakaian dan aksesori sukan yang boleh dijadikan pilihan hati ialah HOKA. Sama ada anda baru ingin bermula atau peminat aktiviti senaman, kini anda boleh menambah seri pada pakaian dan aksesori senaman dengan menggayakan koleksi ST/ART Pack daripada HOKA. 

Koleksi yang dilancarkan pada penghujung April lalu ini didatangkan dalam pilihan warna yang baharu dan menarik bagi empat model kasut HOKA yang paling digemari. Bahkan ia lengkapi dengan pilihan pakaian sukan baharu supaya anda boleh bersenam sambil bergaya! 

Diinspirasikan oleh seni jalanan, warna-warna cerah dalam koleksi ST/ART Pack melahirkan rasa berani dalam diri untuk mengharungi perjalanan ke arah kecergasan.

Koleksi baharu ini terdiri daripada empat model paling popular HOKA, iaitu Arahi 6, Clifton 8, Kawana dan Mach 4 dalam pilihan warna baharu yang ceria bertenaga. 

Kesemua model ini  mempunyai ciri penting kasut HOKA seperti kusyen lembut yang memberi sokongan pada tapak kaki dan jaringan kasut yang direka khas untuk keselesaan pengguna. Keempat-empat model ini juga mempunyai ciri-ciri unik tersendiri yang sesuai untuk keperluan pelari.

Berikut adalah ciri-ciri bagi setiap model untuk anda jadikan panduan sebelum membuat pembelian.

Arahi 6 memberikan keseimbangan kemewahan dan sokongan dengan kusyen yang maksimum serta berat yang minimum, diperhalusi dengan lidah kasut yang lembut dan bahagian atas yang lebih ringan.

Clifton 8 ialah siluet terkini bagi model ikonik Clifton yang memenuhi keperluan pemakai kali pertama kasut HOKA, dipertingkatkan dengan alas tapak tengah baharu yang menjadikannya 15 peratus lebih ringan daripada model sebelumnya.

Bagi pelari yang mendambakan pengalaman berlari yang lancar, Kawana merupakan pilihan yang sesuai. Ia mempunyai alas tapak baharu yang memberikan lantunan padu dan crash pad yang diubah suai dengan geometri SwallowTail™ yang direka untuk peralihan tumit ke kaki yang lebih lancar.

Bagi mereka yang mengejar kelajuan, Mach 4 boleh dijadikan pilihan. Ia ringan, pantas dan responsif hasil daripada tab tariknya yang baharu. Bahagian atas yang diperbaharui dengan benang sulam TPU yang tahan haba bagi mengurangkan tekanan pada kaki sepanjang tempoh harian. 

ST/ART Pack boleh didapati di kedai Running Lab yang terletak di pusat membeli belah Pavilion Elite dan The Gardens Mall, Kuala Lumpur. 

Untuk maklumat lanjut tentang ST/ART Pack, sila layari laman sesawang Running Lab Malaysia. - Getaran, 11 Jun 2022

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 hari yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart