web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 8:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jimmy Savile: A British Horror Story (Netflix)

Nama Jimmy Savile mungkin agak asing di Malaysia. Namun di Britain, Saville dikenali sebagai seorang personaliti televisyen British yang cukup berpengaruh.

Selain dikenali menerusi program ‘Top of the Pops’ dan rancangan TV kanak-kanak, ‘Jim’ll Fix It’, dia juga tidak henti-henti melakukan kerja-kerja amal terutamanya di Hospital Stoke Mandeville.

Tidak hairanlah mengapa Jimmy menjadi antara figura yang cukup disenangi dan dikasihi masyarakat, sehingga berjaya menempatkan dirinya sebagai salah satu personaliti paling terkenal di Britain pada era 1980-an.

Dia juga berjaya membina hubungan yang akrab dengan golongan berpengaruh di Britain terutamanya dalam kalangan ahli politik dan kerabat diraja British.

Namun, tiada siapa menyangka di sebalik keperibadian yang eksentrik dan persona yang disenangi itu, dia sebenarnya seorang fidofil dan banyak melakukan penderaan seksual terhadap golongan kanak-kanak.

Sisi hitam peribadinya itu sebenarnya telah dapat dihidu pihak media, namun mereka seringkali gagal membuktikan perbuatan jenayah terkutuknya itu.

Dokumentari Jimmy Savile: A British Horror Story ini yang ditayangkan di Netflix ini cuba mendedahkan tentang sejarahnya penderaan seksual dan skandal yang terbongkar selepas kematiannya pada tahun 2011. - Ellyna Ali

 

Ah Boys To Men (HBO GO)

Filem ini mungkin sudah lama, namun-namun gara-gara kehebatannya, ia tersenarai sebagai salah satu filem terbitan Singapura yang paling laris.

Ia mengisahkan gelagat sekumpulan anak muda sewaktu menjalani program khidmat negara di Singapura.

Seperti yang kita tahu, program ini wajib untuk semua warga lelaki Singapura sebaik sahaja tamat sekolah menengah dan filem ini memberi sisi komedi program tersebut sepanjang watak-watak ini berkhidmat buat negara mereka.

Filem ini merupakan filem pertama dalam francais filem Ah Boys To Men

Boleh ditonton di HBO GO – Shah Shamshiri

 

Army of Thieves (Netflix)

Sebuah filem rompakan komedi berkisahkan tentang sebuah kumpulan yang mempunyai kemahiran dan ingin mencipta sejarah melalui rompakan peti besi bank di Eropah. 

Misi utama mereka adalah membuka peti besi seterusnya mencipta nama di seluruh dunia bahawa mereka adalah kumpulan yang paling pakar memecahkan alat tersebut.

Pada masa yang sama kejayaan sesebuah rompakan itu perlu diakhiri dengan keberhasilan mereka meloloskan diri daripada pihak berkuasa. 

Filem lakonan dan arahan Matthias Schweighöfer dan ditulis bersama Zack Snyder ini kini boleh ditonton di Netflix. – Izwan Ramlan

 

RRR (Netflix)

RRR ialah sebuah filem drama epik berbahasa Telegu arahan pengarah, S. S. Rajamouli dan dibintangi oleh Rama Rao Jr, Ram Charan, Ajay Devgn, Alia Bhatt dan Olivia Morris.

Ia cerita fiksyen tentang dua pejuang kemerdekaan India, Alluri Sitarama Raju (Charan) dan Komaram Bheem (Rama Rao) menentang penjajah, British Raj.

Filem ini berlangsung pada era 1920-an semasa India diperintah oleh seorang gabenor kejam bernama Scott Buxton dan isterinya, Catherine yang sering menindas marhaen.

Pada suatu hari, pasangan British ini menculik seorang gadis kampung, Malli daripada ibu bapanya di sebuah perkampungan terpencil di Adilabad.

Komaram Bheem sebagai pelindung kaumnya, nekad ke ibu negara Delhi untuk merampas semula Malli di bangunan pentadbiran Bristish Raj yang dikawal askar dengan ketat.

Mampukah Komaram Bheem membawa pulang Malli? Siapakah pula Alluri Sitarama Raju? Apakah Komaram Bheem akan gugur dan terkorban menentang rejim British Raj ini?

Sama-sama kita saksikan di Netflix! – Zaidi Che

 

Knives Out (Netflix)

Filem 2019 ini kalau belum pernah ditonton, cubalah luangkan masa untuk menikmatinya. Lebih-lebih lagi jika anda seorang penggemar filem genre misteri. 

Penulis-pengarah Rian Johnson berjaya menajamkan kisah misteri pembunuhan dengan elemen suspen yang disusun rapi sehingga mengheret penonton untuk mengikutinya sehingga ke akhir.

Selain jalan cerita yang menarik, taruhan Knives Out sudah tentulah terletak pada barisan pelakonnya. Ada Daniel Craig, Chris Evans, Jamie Lee Curtis, Christopher Plummer, Kate Hudson, Ana De Armas dan ramai lagi.

Knives Out ditayangkan buat pertama kalinya di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2019 pada 7 September 2019 dan telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada 27 November tahun yang sama.

Pada Anugerah Golden Globe ke-77, ia menerima tiga pencalonan dalam kategori Muzikal atau Komedi. 

Bahkan, turut menerima pencalonan Lakon Layar Asal Terbaik di Anugerah Filem Akademi British ke-73 dan Anugerah Akademi ke-92. 

Tidak cukup dengan itu, Knives Out juga telah dipilih oleh American Film Institute dan National Board of Review sebagai salah satu daripada sepuluh filem teratas 2019. 

Pada akhirnya, filem ini berjaya meraih kutipan USD311.4 juta di seluruh dunia.

Dalam perkembangan lain, dilaporkan bahawa Netflix telah bersetuju untuk membayar $469 juta untuk hak kepada dua sekuel yang akan ditulis dan diarahkan oleh Rian Johnson, dengan Daniel Craig sebagai teraju utama. 

Penggambaran Knives Out 2 bermula pada Jun 2021. 

Jangan lupakan saksikan Knives Out hujung minggu ini. - Rahayu MN

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh