Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Perkahwinan Bawah Umur, Apakah Kesan Kesihatannya?

Dr Anitha Ponnupillai dan Dr Punithavathy berkongsi tentang kesan kesihatan terhadap pengantin perempuan bawah umur di Malaysia.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 9:36AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kanak-kanak berhak untuk memasang impian dan mencapai potensi penuh mereka. Walau bagaimanapun, perkahwinan di bawah umur menghalang hak asasi ini.

Seterusnya, ia merampas zaman kanak-kanak dan remaja, malah kesihatan mental dan fizikal mereka. Saban tahun, perkahwinan kanak-kanak menjejaskan 12 juta gadis di seluruh dunia.

Sebanyak 15,000 kes perkahwinan bawah umur telah dilaporkan di Malaysia antara 2007 hingga 2017. Pada 2018, 1500 kes dilaporkan.

Angka-angka ini mungkin kelihatan kecil kerana banyak perkahwinan bawah umur tidak berdaftar dan direkodkan.

Pada Mac 2022, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan bahawa ia tidak akan menggubal undang-undang terhadap perkahwinan bawah umur.

Namun, kementeriannya akan mengekang dan menangani isu ini melalui pelaksanaan Pelan Strategi Kebangsaan bagi menangani punca perkahwinan bawah umur (2020-2025).

Pelan ini mengenal pasti enam faktor risiko perkahwinan bawah umur iaitu kemiskinan, sosial, pendidikan, perundangan, kesihatan seksual dan status kanak-kanak tanpa dokumen.

Kebimbangan kesihatan akibat perkahwinan bawah umur

Perkahwinan yang melibatkan remaja perempuan memberi kesan kesihatan yang ketara terhadap fizikal, psikologi dan kesejahteraan sosial.

Ia mempunyai kesan jangka pendek dan panjang yang mendalam terhadap kesihatan dan kehidupan sosial mereka.

Ketidakmatangan anatomi dan fisiologi menimbulkan risiko kepada remaja perempuan semasa dia mengandung dan melahirkan anak.

Tulang pelvis wanita tidak berkembang sepenuhnya dan boleh mengakibatkan komplikasi bersalin atau melibatkan proses bersalin secara pembedahan (caesarean section).

Proses bersalin juga boleh menjadi terlalu cepat, terlalu rapat atau terlalu banyak serta meningkatkan lagi risiko kesihatan yang lain.

Remaja perempuan yang hamil lebih terdedah kepada komplikasi seperti preeklampsia, eklampsia, kelahiran pramatang, kelahiran mati, jangkitan rahim selepas bersalin dan kebocoran air kencing daripada faraj berbanding wanita yang berusia 20-24 tahun.

Lebih membimbangkan di negara-negara membangun lain, komplikasi kehamilan merupakan punca utama kematian kanak-kanak perempuan antara 10-19 tahun. 

Ia menyumbang kepada 99% kematian ibu-ibu yang berusia 15-49 tahun, yang kebanyakannya boleh dicegah.

Gadis bawah 18 tahun juga antara 35-55% berkemungkinan melahirkan kelahiran pramatang atau berat bayi yang rendah berbanding mereka yang berusia 19 tahun ke atas.

Kematian bayi juga dilaporkan lebih tinggi dengan 60% dan 28% dan berpunca daripada kekurangan zat makanan ibu, ketidakmatangan fizikal dan emosi dan risiko penyakit berjangkit.

Kebimbangan psikologi

Kanak-kanak perempuan yang berkahwin di bawah 18 tahun memulakan alam perkahwinan tanpa pengetahuan dan kemahiran hidup yang mencukupi.

Ramai antara mereka mengalami masalah kesihatan dan tekanan mental yang parah. 

Kemurungan merupakan diagnosis yang paling biasa dilaporkan kerana mereka menghadapi satu peristiwa besar dalam kehidupan mereka dan berisiko lebih tinggi untuk penyalahgunaan dadah.

Cubaan membunuh diri juga dikenal pasti dalam kalangan kanak-kanak perempuan yang dipaksa berkahwin awal. Ia digunakan mereka sebagai satu bentuk hukuman untuk keluarga mereka.

Gadis-gadis ini turut menghadapi risiko gangguan stres pasca trauma (PTSD), gangguan penyesuaian, kecelaruan dan keresahan yang lebih tinggi.

Keganasan domestik

Kurang pengalaman dan keyakinan, menyebabkan gadis yang dipaksa berkahwin di bawah umur berisiko dikawal oleh suami dan keluarga mertua mereka.

Kuasa untuk membuat keputusan diambil alih oleh pasangan atau mentua mereka. Ada juga yang mengalami keganasan rumah tangga dan terpaksa berhenti sekolah. 

Seorang gadis bawah umur yang dipaksa berkahwin terdedah kepada hampir dua kali ganda risiko keganasan domestik berbanding gadis-gadis yang berkahwin selepas umur 18 tahun.

Kekurangan pendidikan dan kesedaran tentang hak asasi merupakan penghalang kepada keupayaan gadis tersebut untuk membela diri.

Oleh itu, mereka kekal terperangkap di rumah suami mereka. Paling malang sekali, kecenderungan untuk kitaran ini bakal diwarisi kepada anak perempuan mereka sendiri. 

Melangkah ke hadapan

Pelan Strategi Kebangsaan bertujuan untuk melaksanakan dasar dan program untuk menangani kesan secara langsung terhadap pengantin kanak-kanak.

Antara prospek yang bakal disentuh termasuklah meningkatkan taraf sosioekonomi, mengukuhkan kewangan dan sosial serta memperkasakan modal insan melalui pendidikan.

Program itu juga perlu disasarkan kepada golongan kanak-kanak lelaki dan penekanan perlu diberikan kepada lelaki dewasa agar berhenti mengejar pengantin bawah umur.

Adalah amat penting untuk menetapkan undang-undang umur minimum untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan tanpa mengira latar belakang etnik atau agama.

Apa yang kita perlu utamakan ialah pendidikan seks dan akses sejagat kepada perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif.

Melaksanakan kaunseling yang berkesan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat serta tidak menghakimi merupakan langkah-langkah penting dalam membendung permasalahan ini.

Secara ringkasnya, persetujuan kolektif daripada semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, rakan sebaya, sekolah, pembuat dasar dan kerajaan diperlukan sebulat suara untuk menghapuskan perkahwinan bawah umur menjelang 2030. 

Dr Anitha Ponnupillai dan Dr Punithavathy Shanmuganathan
Dr Anitha Ponnupillai dan Dr Punithavathy Shanmuganathan

Kesan-kesan kesihatan terhadap pengantin kanak-kanak perempuan bawah umur ini dibincangkan oleh Dr Anitha Ponnupillai, Pengarah Kanan Obstetrik dan Ginekologi bersama Dr Punithavathy Shanmuganathan, Pensyarah Kanan Perubatan Keluarga dari Pusat Pengajian Perubatan Taylor’s University. – Getaran, 29 Mei 2022

*Gambar dari Unsplash dan Pusat Pengajian Perubatan Taylor’s University.

Isu Pada

Menggapai Awan Biru

28 May 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Perkahwinan Bawah Umur Catat Peningkatan Di Sarawak - NGO

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Jarang Menangis, Air Mata Scha Al Yahya Tumpah Saat Bercerita Tentang Mahligai Perkahwinan Yang Sudah 11 Tahun Dibina

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

'Mungkin Sampai Di Sini Saja Kisah Kami' - Status Terbaru Zulin Aziz Cetus Tanda Tanya Netizen

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok