Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hati-hati, Eklampsia Membunuh Ibu-Ibu Selepas Bersalin!

Pra eklampsia boleh berubah kepada eklampsia yakni punca keempat kematian para ibu di Malaysia setelah melahirkan anak. Ketahui mengapa penyakit berangkai ini tidak boleh dipandang enteng.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 9:04AM

Gambar Hiasan, Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semasa proses kelahiran, kesihatan ibu dan anak haruslah menjadi keutamaan. Namun terdapat juga situasi luar kawalan yang boleh membuatkan kedua-duanya berada di dalam bahaya. 

Ramai yang tidak tahu, penyakit jarang berlaku seperti pra eklampsia dan perkembangan susulannya, eklampsia boleh menyerang para ibu di Malaysia setelah melahirkan anak! 

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr. Nor Elyana Noordin berkongsi, pra eklampsia ialah satu komplikasi kehamilan yang bercirikan tekanan darah tinggi.

Ia juga petanda kerosakan pada organ lain, yang selalunya berlaku di buah pinggang semasa ia merembeskan protein proteinuria. 

Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh pembentukkan salur darah tidak normal dalam plasenta dan saluran darah si ibu. Namun, punca sebenarnya masih belum dikenal pasti sehingga hari ini.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Nor Elyana Noordin
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Nor Elyana Noordin

“Eklampsia ialah sawan untuk wanita yang sedang hamil. Ia merupakan komplikasi teruk selepas pra eklampsia. 

“Lazimnya, pra eklampsia berlaku sewaktu fasa antenatal (sebelum bersalin), lebih-lebih lagi semasa si ibu sedang berada di trimester ketiga kehamilan mereka. 

“80% daripada sawan eklampsia berlaku ketika proses melahirkan anak atau dalam jangka masa 48 jam selepas bersalin,” jelas Dr. Elyana.

Dr. Elyana turut menjelaskan mengikut statistik, kelaziman kes pra eklampsia dan eklampsia berlaku ialah sebanyak 4.6% dan 0.3%.

Di Malaysia, eklampsia mewakili 6% daripada punca kematian para ibu pada tahun 2020. 

Ia mengambil tempat keempat bersama kelahiran luar rahim (ectopic pregnancy) selepas obstetric embolism, postpartum haemorrhage dan gestational hypertension with significant proteinuria. 

 

Gejala Pra Eklampsia

Menurut Dr. Elyana, eklampsia dapat dielakkan dengan rawatan yang diberikan pada masa yang tepat serta melalui pemeriksaan berkala kerana dapat mengesan tanda dan gejala klinikal awal yang dapat membantu bagi menghindari pra eklampsia yang lebih parah.

“Kesihatan wanita hamil yang mengalami pra eklampsia harus dipantau secara kerap melalui pemantauan bacaan tekanan darah, pemeriksaan darah dan ujian protein urin bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi yang bakal dilahirkan sentiasa berada di tahap yang baik.

“Walaupun selepas mengambil ubat-ubatan secara mencukupi, jika bacaan tekanan darah tinggi masih tidak boleh dikawal atau bacaan keputusan ujian darah tidak normal, bayi di dalam kandungan harus dilahirkan agar pra eklampsia tidak bertukar ke eklampsia,” tegas Dr Elyana.

Pra eklampsia boleh berlaku tanpa sebarang tanda dan gejala, justeru bacaan tekanan darah harus diberikan perhatian ketika wanita hamil sedang menjalani pemeriksaan antenatal. 

Apabila pra eklampsia menjadi semakin parah, tanda gejalanya seperti sakit kepala yang keterlaluan, masalah penglihatan, sakit di bawah tulang rusuk, loya teruk, muntah-muntah, berat badan naik secara mendadak dan bengkak (oedema) pada wajah atau tangan. 

 

Siapa Yang Berisiko Menghidapi Pra Eklampsia?

Mereka yang memiliki penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang sangat mempunyai risiko untuk mengalami pra eklampsia. Mereka yang mempunyai penyakit lupus atau antifosfolipid juga berisiko tinggi mendapatnya.

Antara faktor lain termasuklah sejarah keluarga, kehamilan pertama, kehamilan yang mempunyai jarak 10 tahun dari kehamilan sebelumnya, ibu hamil berusia 40 tahun ke atas, ibu hamil dengan lebih seorang bayi (kembar) atau bacaan indeks jisim tubuh (BMI) 35 dan ke atas.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Wong Yen Shi berkongsi terdapat 15% risiko untuk seseorang wanita menghidapi pra eklampsia sewaktu kehamilan kedua sekiranya dia mengalaminya sewaktu kehamilan pertama.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Wong Yen Shi
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Wong Yen Shi

Namun ada cahaya di hujung terowong, Dr. Wong menerangkan terdapat cara yang dapat membantu mengurangkan risiko menghidapi penyakit yang mampu ‘membunuh’ para ibu selepas bersalin ini. 

“Untuk wanita yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, amatlah penting sekali untuk memastikan bacaan tekanan darah mereka terkawal sebelum membuat keputusan untuk hamil. Aspirin juga boleh digunakan untuk mengelak atau memperlahankan pra eklampsia berlaku. 

“Perlulah diingati, aktiviti bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang sememangnya penting untuk mendapatkan kesihatan am secara menyeluruh, tetapi ia tidak dapat menghalang pra eklampsia daripada berlaku,” jujur Dr. Wong.

 

Bagaimana Merawatnya?

Dr. Wong menerangkan rawatan paling berkesan ialah dengan cara melahirkan anak.

Namun jika usia kandungan masih belum mencukupi, ia boleh dikawal melalui ubat darah tinggi, ujian darah, ujian protein urin dan pemeriksaan berkala bagi memantau keadaan ibu dan bayi.

“Jika usia kandungan sudah mencecah 37 minggu atau lebih, bayi hendaklah dilahirkan melalui kaedah pembedahan Caesarean. 

“Bagi usia kandungan yang belum mencecah 37 minggu, tetapi sudah mengalami komplikasi pra eklampsia, mereka perlu melahirkan anak dengan kadar segera.

“Melahirkan anak dan mengeluarkan plasenta merupakan cara terbaik bagi merawat pra eklampsia (seterusnya mencegah eklampsia),” jelas Dr Wong.

 

Apakah Kesannya Terhadap Perkembangan Bayi?

Memandangkan penyakit ini berpunca daripada plasenta, pra eklampsia boleh menghalang bayi daripada mendapat bekalan darah yang mencukupi. Kesannya, bayi akan bersaiz kecil kerana ia tidak dapat membesar secara normal di dalam rahim.

“Pra eklampsia dan komplikasinya boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Antara kesan terhadap bayi pra matang adalah seperti celebral palsy, masalah pembelajaran, masalah pemakanan atau usus serta gangguan penglihatan atau pendengaran,” tambah Dr. Wong.

Cara terbaik untuk menghindari pra eklampsia dan eklampsia adalah dengan cara diagnosis awal. Penjagaan sebelum dan selepas bersalin adalah kunci utama.

Ibu-ibu harus menjalani pemeriksaan yang tekal dan harus memberitahu doktor jika mereka mengalami sebarang gejala.

Layari Pusat Perubatan Sunway Velocity untuk maklumat lanjut. - Getaran, 9 Januari 2022

Semua gambar: Pusat Perubatan Sunway Velocity

Isu Pada

Search : Siapa Lebih Berhak?

08 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Kelantan Tahan 4 Lelaki Akibat Main Bunga Api Secara Membahayakan 

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Sabarlah Bro, Orang Lain Pun Lapar Jugak!

4

TARA 4 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu