web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kelantan Tahan 4 Lelaki Akibat Main Bunga Api Secara Membahayakan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 8:06PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan empat lelaki kerana bermain bunga api secara berlawanan melibatkan dua kumpulan di sekitar kawasan Lembah Sireh, di sini, kira-kira jam 3 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, kesemua mereka berusia antara 22 hingga 27 tahun itu, ditahan ketika sedang berlawanan bunga api di dua lokasi berbeza, iaitu sekitar Pasaraya Lotus dan di atas Jambatan Sultan Yahya Petra, sehingga menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam.

"Pihak kami telah menerima paggilan telefon dari MERS 999 memaklumkan berkenaan kejadian terbabit dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.

"Kesemua mereka yang ditahan dibebaskan selepas keterangan diambil dan amaran keras dikeluarkan, agar tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata, bermain bunga api sehingga mengganggu ketenteraman atau membahayakan orang awam, iaitu satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Malah, individu yang sengaja mengakibatkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207) dan dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi lima minit 16 saat mengenai kejadian tersebut di media sosial. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Anjing Liar Ancam Nyawa, PBT Digesa Segera Bertindak

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah Bro, Orang Lain Pun Lapar Jugak!

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Santai Betul, Tapi Bahaya Tu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

'Wheelie' Di Jalan Raya, Polis Buru Remaja Lelaki

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad