web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Memahami Ujian Tuhan

Penulis undangan kami berkongsi secebis kisah kehidupan buat renungan para pembaca.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tadi saya ke rumah kawan. Rumah dia di sebuah pangsapauri. 

Saya letak kereta sementara nak uruskan pendaftaran masuk ke pangsapuri. Sebelah kanan kereta saya ada sebuah kereta Perodua Kancil, warna perak. 

Saya turun dari kereta dengar bunyi enjin kereta tu. Ada orang rupanya.

Tempat duduk belakang penuh dengan barang. Ada tilam nipis yang digulung, ada bantal, ada kain baju punyalah banyak. Ada raga plastik, diisi dengan periuk, kuali dan ada sikit pinggan kaca. 

Penuh, daripada tempat duduk ke bumbung dalam kereta dia. Padat tempat duduk belakang tu. 

Di tempat duduk penumpang sebelah depan ada seorang budak lelaki. Saya rasa sekitar umur 9-10 tahun. Berbaju kemeja -T biru, seluar pendek kuning. Sedang tidur. Tersandar di pintu, kaki ke arah tombol gear kereta. 

Di tempat pemandu saya sempat jeling. Ada seorang akak ini, sedang bercakap telefon. Kami bertentang mata. 

Mata dia merah. Air mata mengalir. Tak berhenti. Dahi berkerut seribu. Dia mengalih pandangan ke depan. Kembali bercakap dengan telefon. 

Dia menjerit-jerit. Sambil tangan mengesat air mata yang jatuh. Nampak seperti sedang bertengkar. Ada gaya lari daripada rumah juga. 

Saya teruskan urusan di pondok pengawal pangsapuri. Dah niat kalau saya kembali ke kereta akak tadi masih ada, saya nak tegur tanya dia nak ke mana. 

Namun tak sempat. 

Kereta kancil tadi mengundur keluar daripada kawasan parkir. Enjinnya menderu macam nak roboh. Kereta lama yang tak dibelai elok. Biasanya sebab tak ada duit. 

Sempat akak tadi memandang ke saya. Dia bergerak terus. 

Moga kau kuat kak. Hidup ini memang penuh dengan ujian. Dan setiap ujian Tuhan janjikan tepat seperti mana yang kita mampu. Tak pernah terlebih. 

Seberat mana pun ujian, itulah tanda kekuatan yang Tuhan beri untuk kau tampung. Moga di akhir nanti, manisnya ujian ini kau akan rasai. Hikmah tersembunyi daripada sakitnya diuji. 

Dan moga kau sedar nanti, Tuhan itu sentiasa bersama dengan setiap hamba yang diuji. Amin. - Getaran, 28 Mei 2022

Semua gambar dari Pexels

Isu Pada

Menggapai Awan Biru

28 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Keunikan Malaysia Yang Membentuk Diri Saya Menjadi Sepertimana Hari Ini - Michelle Yeoh

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wartawan Masih Barisan Hadapan Pelapor Maklumat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengurusan Emosi, Aktiviti Di PPS Antara Tugas JKM Ketika Musim Banjir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan