web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengurusan Emosi, Aktiviti Di PPS Antara Tugas JKM Ketika Musim Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 12:02PM

Selain pengurusan emosi dan aktiviti, JKM yang dibantu sejumlah sukarelawan turut menyediakan bekalan makanan bermasak kepada mangsa dan petugas di PPS serta tugas-tugas lain - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengurusan emosi serta melaksanakan aktiviti untuk mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) antara tugas penting yang dilaksanakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap kali bencana itu menimpa.

Pengarah JKM Negeri Johor Mohamad Hapil berkata jabatan itu selaku Ketua Jawatankuasa Aktiviti di PPS, berperanan melaksanakan sokongan psikologi, intervensi krisis dan menjalankan aktiviti bagi mangsa di PPS.

Beliau berkata dengan menjalankan aktiviti di PPS, misalnya dapat membantu dari segi pengurusan emosi mangsa banjir serta mengisi masa lapang supaya perasaan mereka stabil ketika di PPS.

“Kebimbangan mangsa banjir termasuk risau keselamatan barang-barang di rumah, tanaman dan ternakan serta sudah penat kerana setiap tahun menjadi mangsa bencana itu.

“Apabila PPS dibuka, aktiviti di PPS adalah satu daripada bidang kuasa JKM. Bila kita laksanakan aktiviti itu macam tempoh bertenang bagi mereka. 

“Ia penting untuk memastikan emosi mangsa tidak terganggu, jangan termenung sehingga terlalu memikirkan mereka dilanda bencana sekali gus membawa kepada gangguan psikologi mereka,” kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad berkata antara intervensi dan pengisian yang dilaksanakan kepada warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan orang dewasa adalah bimbingan individu, bimbingan kelompok, mewarna batik, membuat sulaman serta mereka bentuk belon.

Antara aktiviti dan intervensi kepada kanak-kanak serta remaja pula adalah permainan minda, seni pasir, puzzle 3D, mewarna beg DIY (lakukan sendiri), bermain UNO dan sebagainya.

Beliau berkata selain pengurusan emosi dan aktiviti, JKM yang dibantu sejumlah sukarelawan turut menyediakan bekalan makanan bermasak kepada mangsa dan petugas di PPS serta tugas-tugas lain.

Setakat 25 Januari lepas, JKM telah menggerakkan seramai 120 warga kerja untuk bertugas di PPS termasuk stor bencana daerah serta bilik gerakan bencana daerah dan negeri selain 78 orang sukarelawan JKM yang bertugas di PPS yang telah diaktifkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Banjir Sarawak: 1,361 Mangsa Masih Ditempatkan Di 12 PPS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

42 Mangsa Banjir Berhampiran Sungai Tiram Dipindahkan Ke 2 PPS

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad