web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hard Rock Hotel Penang Raih Anugerah Traveller's Choice

Tripadvisor menjelaskan anugerah itu bertujuan meraikan perniagaan yang menerima ulasan positif daripada kalangan pengembara di seluruh dunia di Tripadvisor dalam tempoh 12 bulan lepas.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 2:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hard Rock Hotel Penang diiktiraf oleh Tripadvisor sebagai pemenang anugerah Travellers’ Choice (Pilihan Pengembara) bagi 2022 apabila berada dalam kalangan 10 peratus hotel di dunia yang menerima ulasan yang baik.

Dalam kenyataan bersama, Hard Rock International dan Tripadvisor menjelaskan anugerah itu bertujuan meraikan perniagaan yang menerima ulasan positif daripada kalangan pengembara di seluruh dunia di Tripadvisor dalam tempoh 12 bulan lepas.

Penolong Pengurus Eksekutif Hard Rock Hotel Penang, Michael Smeeton berkata walaupun mencabar seperti tahun lepas, hotel itu dapat menyerlah dengan memberi secara berterusan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pengembara, dan anugerah itu merupakan bukti komitmen kukuh pihaknya kepada sektor hospitaliti.

“Sebagai sebahagian komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan hospitaliti berkelas dunia, Hard Rock Hotel Penang menumpukan untuk menyampaikan kecemerlangan operasi kepada tetamu kami kepada seluruh komuniti tempatan serta pelanggan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Tripadvisor, Kanika Soni berkata Anugerah Travellers’ Choice mengiktiraf yang terbaik dalam pelancongan dan hospitaliti, berdasarkan pandangan pihak yang paling penting, iaitu tetamu. - Bernama

Gambar: tripadvisor.com

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa