Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


5 Faktor Yang Tingkatkan Risiko Diabetes

Diabetes atau kencing manis adalah antara penyakit kronik yang dihidapi oleh ramai rakyat Malaysia. Ketahui faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang menghidapnya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 7:06PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diabetes atau kencing manis adalah antara penyakit kronik yang dihidapi oleh ramai rakyat Malaysia.  

Menurut laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia, ia merupakan penyakit di mana tahap gula di dalam darah seseorang meningkat tinggi daripada kadar normal. 

Manual Pendidikan Diabetes 2020 yang diterbitkan oleh Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia pula menyatakan, tujuh juta orang dewasa Malaysia berkemungkinan menghidap diabetes menjelang 2025. 

Biasanya ia dihidap oleh golongan dewasa yang berumur dari 18 tahun ke atas.

Secara dasarnya, sesiapa sahaja berisiko untuk menghidap penyakit diabetes, tidak kira umur atau jantina. 

Malah terdapat beberapa individu yang sudah mendapat penyakit ini seawal usia kanak-kanak lagi. 

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor lain yang meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghidap penyakit ini. 

Minggu ini kami bincangkan lima faktor yang boleh meningkatkan risiko itu.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Umur 35 Tahun Atau Lebih Tua

Salah satu faktor yang menyebabkan seseorang mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi penyakit diabetes adalah umur.

Sejurus mencecah umur 35 ke atas, seseorang yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini (atau tidak), dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan. 

Ini bertujuan bukan sahaja untuk mengesan penyakit diabetes atau penyakit kronik yang lain di dalam tubuh badan, malah membolehkan anda mengetahui tahap prestasi semasa kesihatan. 

Tambahan lagi, semakin tua usia manusia, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit diabetes. 

Jadi disarankan untuk membuat pemeriksaan tersebut di hospital atau klinik yang berdekatan.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Berat badan berlebihan atau obesiti

Anda boleh menimbang berat badan dan membuat kiraan BMI iaitu penilaian berat badan berbanding dengan ketinggian untuk mengenal pasti sama ada anda tergolong dalam kategori obes atau tidak. 

Berat badan yang ideal diperlukan dan penting untuk tubuh badan kerana semakin berat badan anda, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes. 

Salah satu cara untuk mengawalnya ialah dengan mengawasi rutin pemakanan. 

Sebagai contoh, makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi, mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dan boleh menyebabkan kadar gula dalam badan meningkat. 

Bukan itu sahaja, makanan yang mempunyai asas gula, lemak atau kolesterol juga perlu diteliti dengan baik. 

Namun, bukan bermakna ia tidak boleh diambil langsung, cuma kadar pengambilanya perlulah dikawal. 

Bagi sesetengah jenis beras seperti Basmati, ia mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding jenis beras lain dan bagus untuk diamalkan. 

Jadi ia lebih sesuai untuk pengawalan berat dan diet yang seimbang serta sihat.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Latar Belakang Keluarga

Perlu diingatkan bahawa diabetes  dikategorikan sebagai penyakit yang boleh diwarisi. 

Jika terdapat ahli keluarga yang mempunyai sejarah diabetes, terdapat kemungkinan yang sama penyakit tersebut ada dalam badan anda. 

Namun tidak bermakna ia tidak boleh dijangkiti sekiranya ibu bapa atau ahli keluarga yang lain tidak memiliki sejarah menghidap penyakit tersebut. 

Cuma ia lebih berisiko untuk dihidapi oleh individu yang mempunyai sejarah penyakit ini atas faktor genetik keluarga.  

Gambar Hiasan, Gambar Fail
Gambar Hiasan, Gambar Fail

Gaya Hidup Yang Tidak Sihat

Tidak semestinya anda kurus, anda sihat. 

Gaya hidup yang tidak seimbang juga menggalakkan penyakit ini hadir di dalam tubuh badan anda terutamanya generasi muda. 

Ia meliputi cara anda menjalankan rutin harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. 

Anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman pada waktu pagi atau petang dan tidur pada waktu yang betul. 

Hal ini berkaitan juga dengan waktu pemakanan anda yang perlu dilakukan pada masa yang tepat. 

Elakkan makan selepas jam 12.00 tengah malam atau waktu sebelum tidur kerana ia melambatkan proses pencernaan anda dan tidak baik untuk kesihatan. 

Dengan perubahan gaya hidup yang sihat ini secara tidak langsung boleh mencegah anda daripada diabetes.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Sejarah Diabetes Pada Kehamilan Terakhir

Diabetes semasa hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merujuk kepada satu keadaan serius yang berlaku terhadap wanita mengandung dan merupakan kehamilan terakhir. 

Situasinya biasanya melibatkan wanita hamil yang sebelumnya tidak menghidap diabetes tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi berbanding wanita hamil yang lain. 

Lazimnya, ibu mengandung yang berada dalam keadaan ini akan dipantau oleh pihak hospital dari masa ke semasa. 

Tambahan pula, kebiasaannya pesakit akan pulih daripada penyakit ini selepas melahirkan anak. 

Namun, pesakit tersebut sudah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes di kemudian hari.

Jelas, terdapat pelbagai cara untuk menghindari penyakit diabetes ini. 

Semoga informasi berkenaan faktor yang meningkatkan risiko mendapat penyakit ini boleh menjadi sandaran untuk anda menjaga kesihatan dengan lebih baik. - Getaran, 15 Mei 2022

Sumber: MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Pada

Pyu, Tok Dalang Cilik

14 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Hampir RM10 Bilion Dibelanja Bagi Penyakit Tidak Berjangkit - Dr Zaliha

2

Refleksi 4 bulan yang lalu

Risiko Mati Pucuk Lebih Tinggi Dalam Kalangan Lelaki Menghidap Diabetes

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Sarat Mengandung, Izara Sahkan Cahaya Mata Kedua Dijangka Lahir Bulan Depan 

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Jangan Ambil Mudah, Waspada Penyakit Diabetes, ‘Budaya Gula’

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok