Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nikmati Segarnya Silir-Semilir Sanur

Minggu ini kami sarankan daerah Sanur di Bali yang mempunyai beberapa tarikan menarik untuk para pelancong.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 1:41PM

Gambar: Andaz Bali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya, setelah sekitar dua tahun menanti, banyak sempadan antarabangsa sudah mula dibuka dan pastinya para pengembara tegar sudah tidak sabar untuk kembali bercuti seperti dulu. 

Banyak negara kini bebas kuarantin buat para pelancong, termasuklah negara jiran kita Indonesia yang kini mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

Dengan bulan puasa yang sudah tiba ke penghujungnya, selesai Lebaran nanti pasti ramai rakyat Malaysia yang ingin bersiar-siar. Kami di Getaran mencadangkan salah satu destinasi liburan kegemaran dunia iaitu Bali sebagai lokasi pembuka percutian anda.

Minggu ini kami sarankan daerah Sanur di Bali yang mempunyai beberapa tarikan menarik untuk para pelancong.

Sanur sebenarnya terkenal dengan pantai-pantainya yang indah dan latar belakang budaya serta alam semula jadi.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Semestinya pantai-pantai Sanur merupakan tempat yang ideal untuk aktiviti air seperti luncur air, menyelam dan snorkel.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Selain itu Sanur juga mempunyai banyak unsur sejarah dan suasana yang sangat santai. 

Pelbagai kegiatan lain boleh dilakukan seperti berbasikal, serta kegiatan kraf tangan lain yang disediakan oleh beberapa pusat budaya setempat, termasuk yang dianjurkan oleh hotel-hotel berdekatan.

Gambar: Andaz Bali
Gambar: Andaz Bali

Antara aktiviti seni yang boleh dicuba adalah mempelajari cara-cara membuat topi dengan menggunakan daun kelapa anjuran Andaz Bali. 

Aktiviti ini semestinya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi namun ia sangat memuaskan saat pengunjung apabila berjaya menyiapkan hasil kraf masing-masing. 

Gambar: Andaz Bali
Gambar: Andaz Bali

Selain itu, ada juga kelas melukis, memasak, serta macam-macam lagi. Malah, lebih unik adalah kelas mempelajari seni tulisan tradisional Bali yang dipanggil tulisan Lontar. 

Yang membuat seni tulisan ini berbeza adalah ia ditulis di atas helaian daun pelepah pokok tal (Borassus flabellifer atau palmyra) yang dikeringkan dan dipakai sebagai bahan naskhah penulisan.

Namun jika anda hanya ingin menikmati suasana tenang Sanur, cuba nikmati makanan di beberapa restoran terpilih yang menawarkan pelbagai juadah enak.

 

Blue Oven

Gambar: Andaz Bali
Gambar: Andaz Bali

Berlatarbelakangkan lautan biru, nikmati sajian Mediterranean terbaik di Blue Oven. Antara hidangan khas mereka termasuk paella makanan laut, serta ayam panggang claypot yang diilhamkan dari dapur-dapur desa Perancis.

Dengan suasana persekitaran yang menenangkan, Blue Oven sesuai untuk seisi keluarga. Nikmati juga hidangan Osteria dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam tiap Khamis hingga Ahad. 

 

Omang-Omang

Gambar: Hyatt Regency Bali
Gambar: Hyatt Regency Bali

Omang-Omang merupakan sebuah restoran yang menawarkan hidangan khas Indonesia selain beberapa hidangan lain dengan nuansa alam berkat perkitarannya yang mirip sebuah taman besar.

Lengkap dengan landskap luaran yang tenang, ia dibuka untuk sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Ia juga mempunyai bilik khas untuk tamu yang ingin mengadakan acara istimewa.

 

Fisherman’s Club

Gambar: Andaz Bali
Gambar: Andaz Bali

Fisherman’s Club pula adalah sebuah restoran di tepi pantai yang menawarkan makanan laut yang lazat dan segar. Mengangkat konsep makanan laut seperti di Jimbaran, restoran ini juga membangkitkan suasana dengan persekitaran bak kelab-kelab pantai lain yang lebih moden serta sofistikated.

Makanan laut yang mereka panggang sememangnya menjadi bualan semua yang melewatinya di tepi pantai.

 

Pizzaria 

Gambar: Hyatt Regency Bali
Gambar: Hyatt Regency Bali

Bagi yang menggemari makanan Itali pula, bolehlah singgah di Pizzaria, sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan Italinya yang enak.

Lebih menarik, Pizzaria masih menggunakan ketuhar gaya lama seperti di Itali untuk menghasilkan piza mereka. Restoran ini juga terletak di tepi pantai dan ini memberi peluang kepada para tamu untuk menikmati makanan asli Itali sambil menghirup udara lautan berdekatan.

Malah sebaik sahaja selesai melakukan aktiviti air, para tamu boleh terus mengisi perut di sini tanpa perlu berjalan jauh.

 

Ajnas Tempat Penginapan

Selain tempat-tempat makan yang disebutkan tadi persisiran pantai Sanur juga terkenal dengan ajnas tempat penginapan serta hotel yang menarik. 

Antara hotel tumpuan adalah Hyatt Regency Bali. Dibina pada tahun 1973, ia tersenarai sebagai salah satu hotel tertua di Bali. 

Tersergam di tengah pusat kota Sanur, perjalanan ke hotel ini  hanya memakan waktu sekitar 30 minit dari lapangan terbang Bali. 

Lengkap dengan 363 buah bilik mewah berserta segala kemudahan yang wajar ada di hotel bertaraf antarabangsa, ia disempurnakan dengan kolam renang, spa, beberapa restoran dan semestinya pemandangan hebat pantai peribadi hotel ini sendiri.

Gambar: Hyatt Regency Bali
Gambar: Hyatt Regency Bali

Sebuah lagi hotel yang menyertai himpunan hotel pilihan di Sanur adalah Andaz Bali. Malah hotel mewah ini tersenarai sebagai salah satu hotel mesti lawat oleh majalah kembara mewah antarabangsa, Conde Nast Traveller.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Baru sahaja menyambut ulang tahun mereka yang pertama sekitar sebulan yang lalu, Andaz Bali merupakan hotel jenama Andaz pertama yang dibuka di Indonesia.

Hotel ini mempertaruhkan suasana desa tradisional Bali yang digabungkan dengan kemudahan moden hari ini. 

Gambar: Andaz Bali
Gambar: Andaz Bali

Dengan 149 buah bilik termasuk 18 vila taman dan empat vila pantai, tidak hairanlah jika hotel ini tersenarai dalam pelbagai senarai  percutian media antarabangsa.

Jadi dengan pelbagai tarikan pelancong di Sanur, pastikan daerah ini menjadi tumpuan anda jika berlibur ke Bali nanti. Selamat bercuti! - Getaran, 1 Mei 2022

Isu Pada

Syawal Terindah Nur Fazura

30 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Bunga Selamat Bernikah Dengan Tiko Aryawardhana

3

TARA 11 bulan yang lalu

10 Tempat Penginapan Hebat Dan Berbaloi Untuk Wang Anda

4

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Rakyat Malaysia Terbabit Pengeboman Bali Dibicara 2025

Sorotan

1

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

2

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

3

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

6

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB