web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Rakyat Malaysia Terbabit Pengeboman Bali Dibicara 2025

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 8:16PM

Mohammed Nazir (kiri) dan Mohammed Farik akan dibicarakan atas pertuduhan membunuh, keganasan dan konspirasi pengeboman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua pengganas rakyat Malaysia yang kini ditahan di penjara Teluk Guantanamo di Cuba berkemungkinan akan dibicarakan pada Mac 2025.

Mereka kini ditahan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) sejak 2003, bersama seorang lagi rakyat Indonesia kerana terlibat dalam pengeboman di Bali pada 2002.

FMT yang memetik akhbar Australia, The Age melaporkan, penangguhan tersebut adalah kerana pendakwa Pentagon perlu bekerjasama dengan agensi perisik AS bagi mengenal pasti maklumat yang perlu dibicarakan di mahkamah tentera hibrid di Guantanamo.

Ketua Pendakwa, George Kraehe dipetik sebagai berkata, kerajaan perlu mengemukakan semua bukti dan penggantian untuk semakan hakim menjelang 31 Januari, tetapi perbicaraan hanya boleh dimulakan seawal Mac 2025.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek, Mohammed Nazir Lep, Mohammed Farik Amin dan rakyat Indonesia dikenali sebagai Hambali atau nama sebenarnya Encep Nurjaman akan dibicarakan atas pertuduhan membunuh, keganasan dan konspirasi pengeboman.

Mereka berdepan lapan pertuduhan, termasuk tujuh yang berkaitan dua pengeboman, masing-masing di Bali pada Oktober 2002 dan hotel JW Marriott di Jakarta pada Ogos 2003.

Tragedi di Bali itu meragut 202 nyawa.

Kesemua suspek tersebut ditahan di Thailand pada 2003 dan ditahan di premis rahsia milik Agensi Perisik Pusat (CIA) sebelum dipindahkan ke Teluk Guantanamo pada 2006.

Ketua Pembela Nazir, Brian Bouffard sebelum ini dalam kenyataan kepada FMT berkata, tempoh dua minggu telah diperuntukkan untuk perbicaraan tersebut bermula semalam.

Ia selepas penangguhan selama 20 bulan susulan bantahan berhubung kualiti jurubahasa Bahasa Melayu.

Menurut laporan The Age, tempoh ditetapkan Kraehe menerima bantahan pasukan pembela, yang menyifatkan ia terlalu lama.

Lapor The Age, pasukan pembela mahu hakim mengarahkan pendakwa untuk menjelaskan rundingan yang sedang berjalan bersama CIA dan agensi perisik lain berhubung semua bukti dimiliki.

“Kesemua tertuduh sudah ditahan selama 20 tahun dan mereka berhak dibicarakan,” kata peguam Hambali, James Hodes.

Jelas Hodes, pendakwa masih tidak berkongsi kenyataan dibuat defendan sewaktu berada dalam tahanan kerajaan AS.

“Di Mahkamah Persekutuan, ia diadakan sebaik defendan dituduh,” katanya. - Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bunga Selamat Bernikah Dengan Tiko Aryawardhana

3

TARA 3 tahun yang lalu

10 Tempat Penginapan Hebat Dan Berbaloi Untuk Wang Anda

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Letupan Di Masjid Pakistan, Angka Korban Meningkat 63

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad