web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Letupan Di Masjid Pakistan, Angka Korban Meningkat 63

Luar Negara · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 2:18PM

Jurucakap Hospital Lady Reading, Muhammad Asim berkata angka kematian meningkat selepas beberapa orang meninggal dunia akibat cedera parah dan beberapa lagi mayat ditemukan dalam runtuhan itu - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISLAMABAD - Angka kematian akibat letupan bunuh diri yang memusnahkan sebuah masjid pada petang Isnin di Peshawar meningkat kepada 63 mangsa, lapor Xinhua.

Jurucakap Hospital Lady Reading, Muhammad Asim berkata angka kematian meningkat selepas beberapa orang meninggal dunia akibat cedera parah dan beberapa lagi mayat ditemukan dalam runtuhan itu.

Sekurang-kurangnya 157 mangsa masih menerima rawatan di hospital, manakala 15 daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Mangsa termasuk tiga pegawai polis, orang awam, seorang imam dan seorang wanita yang tinggal di sebuah rumah berhampiran masjid. 

Pegawai polis ibu kota Peshawar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP), Muhammad Ijaz Khan memberitahu Xinhua bahawa kira-kira 300 jemaah sedang bersolat di masjid itu ketika letupan berlaku.

Beliau berkata letupan kuat itu merosakkan sebahagian bangunan masjid, manakala ramai jemaah terperangkap dalam runtuhan.

Masjid berkenaan terletak di kawasan paling sensitif di Peshawar dengan sejumlah besar agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk Frontier Corps, jabatan memerangi keganasan terletak, menurut laporan tempatan.

Sumber rasmi daripada polis Peshawar memberitahu Xinhua bahawa sasaran pengebom bunuh diri merupakan anggota polis, sambil menambah bahawa penyerang berjaya menyelinap ke kawasan itu sebelum bertindak meletupkan dirinya di dalam masjid.

Susulan kejadian itu, jabatan kesihatan wilayah mengisytiharkan darurat di daerah Peshawar. 

Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan itu dan melancarkan siasatan penuh berhubung insiden berkenaan.

Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif mengutuk sekeras-kerasnya letupan itu, sambil berkata seluruh negara bersatu menentang ancaman keganasan.

"Pengganas mahu menimbulkan ketakutan dengan menyasarkan mereka yang menjalankan tugas mempertahankan Pakistan," katanya, sambil menambah bahawa strategi komprehensif akan diguna pakai untuk menangani situasi yang semakin merosot.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas insiden itu setakat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad