web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 7:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘A Discovery of Witches’ (Astro GO)

Buat penggemar siri atau filem bercorak fantasi anda mungkin akan menyukai siri TV ‘A Discovery of Witches’. Siri Inggeris ini dibuat berdasarkan himpunan buku All Souls Trilogy oleh Deborah Harkness, dan mengambil nama dari judul buku pertama trilogi tersebut.

Kini di musim yang ketiga, ia dilakonkan oleh Teresa Palmer dan Matthew Goode yang memainkan watak ahli sihir dan pontianak yang terpaksa mempelajari ilmu sihir dan menggunakannya untuk menentang makhluk halus serta ajaib. 

Turut dibintangi Edward Bluemel, Louise Brealey, Malin Buska, Aiysha Hart, Owen Teale, Alex Kingston, dan ramai lagi  ia boleh ditonton di saluran Prime Time lewat aplikasi Astro Go dan langganan TV Astro. - Shah Shamshiri

 

Miss Congeniality (Netflix)

Sebuah filem aksi komedi yang berkisahkan seorang anggota wanita FBI bernama Gracie lakonan Sandra Bullock yang telah diarahkan untuk menyiasat sebuah kes ugutan orang ramai untuk  meletupkan bom pada sebuah program yang dipanggil Miss United States Beauty Pageant. 

Gracie telah menggantikan tempat calon daripada News Jersey dan didandankan dengan begitu cantik sekali oleh seorang pakar peragaan bagi menampakkan dia seperti peserta bukan seorang anggota. 

Pelbagai perkara yang lawak dan menarik dari pertama sehinggalah hari terakhir peragaan ini berlangsung bagi mengesan siapakah dalang di sebalik ugutan tersebut. 

Diarahkan oleh Donald Petrie dan ditayangkan pada 2000, filem Miss Congeniality boleh ditonton menerusi saluran rangkaian Netflix. - Izwan Ramlan

 

Toko Barang Mantan (Netflix)

Toko Barang Mantan (2020) merupakan sebuah filem komedi romantis dari Indonesia yang diarahkan oleh Viva Westi dan dibintangi oleh Reza Rahadian, Marsha Timothy dan Iedil Putra.

Filem ini mengisahkan tentang kedai yang menjual beli barangan terpakai bagi mereka yang mahu melupakan bekas kekasih mereka.

Tristan (Reza Rahadian) rela berhenti pengajiannya di universiti demi mengembangkan perniagaan barangan terpakai ini bersama rakannya, Amel (Dea Panendra) dan Rio (Iedil Putra).

Setiap barangan terpakai yang dijual di kedai ini memiliki kisah-kisah sedih, lucu dan nostalgianya yang tersendiri.

Namun pada suatu hari, muncul seorang pelanggan wanita bernama Laras (Marsha Timothy) yang ingin menjual barangan milik bekas kekasihnya.

Menariknya, bekas teman lelaki pelanggan wanita itu, tidak lain dan tidak bukan adalah Tristan sendiri. Apakah kesudahannya? Sama-sama kita saksikan di Netflix! - Zaidi Che

 

'Ramadan Yang Hilang (YouTube TV3MALAYSIA Official)

Drama bersiri yang ditayangkan di TV3 pada Ramadan 2013 ini cukup meruntunkan hati. Naskhah arahan arahan Shahrulezad Mohameddin dan terbitan Radius One ini menampilkan Eira Syazira (Zafirah) dan Syatilla Melvin (Delisha) sebagai teraju utama. 

Drama konflik keluarga ini selain mengundang air mata, ia juga mengundang perasaan marah dan sakit hati sehingga mengumpan untuk kita terus mengikutinya. Jangan malu mengaku jika anda merupakan salah seorang yang terikut-ikut dengan emosi.

Drama 18 episod ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zamarul Hisham (Zubir), Zila Bakarin (Saadiah), Norhayati Taib (Maryam), Alis Mariya (Zafirah waktu kecil), Melly Amalin (Delisha waktu kecil) , Arja Lee (Rafiq) dan Sherrie Merlis (Rahimah).

‘Ramadan Yang Hilang’ mengisahkan tentang konflik antara dua adik-beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang.

Ibu kandung Delisha, Rahimah telah meninggal dunia akibat penyakit asma sewaktu Delisha berumur 10 tahun. Bapa tiri Delisha, Bidin pula ditangkap oleh polis kerana membunuh tanpa niat. 

Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. - Rahayu MN

 

The Unseen Cost Of Philippines' Pandemic Baby Boom (YouTube Undercover Asia  -  CNA Documentary)

Wabak COVID-19 yang mula menyerang dunia pada awal 2020 telah meninggalkan pelbagai kesan dan implikasi buruk kepada kehidupan manusia sejagat apabila pelbagai sektor ditutup dan ekonomi dunia jatuh menjunam.

Akibatnya, kehidupan yang serba selesa mula dirobek apabila ramai hilang pekerjaan atau punca mata pencarian hidup, tidak mampu membayar pinjaman atau sewa rumah, kereta dan berbagai hal yang lain.

Di Filipina, wabak ini telah mencetuskan isu yang baharu iaitu ledakan kehamilan yang tidak diingini akibat kawalan kelahiran yang telah dikurangkan.

Apa yang menyedihkan, kebanyakan ibu-ibu yang melahirkan anak-anak ini adalah dalam kalangan remaja yang baru sahaja mencecah usia 15 tahun.

Mereka ini terlalu muda dan terlalu miskin untuk membesarkan anak. Ada pula yang melahirkan anak tanpa berkahwin.

Mereka cuba mencari alternatif lain dengan mendapat bantuan secara gelap untuk mendapatkan pil penggugur daripada peniaga atau mencari orang yang mampu membantu untuk membuang anak di dalam perut.

Ada pula yang cuba mengambil kesempatan untuk menjaja anak mereka. Apa solusi yang harus diambil untuk menghentikan trend ini?

Saksikan dokumentari dan wawancara bersama gadis-gadis muda yang terjebak dengan ledakan kehamilan yang tidak diingin waktu pandemik di YouTube. - Ellyna Ali

Isu Pada

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

23 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh