web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Makanan Sunah Selain Kurma Untuk Tenaga Sepanjang Ramadan

Cef selebriti, Rouba Shahin berkongsi tentang tujuh makanan sunah yang berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan sepanjang bulan puasa ini.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 10:37AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semasa bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia berpuasa dan bangun sebelum waktu Subuh untuk bersahur. 

Makan dengan betul semasa bulan Ramadan adalah kunci untuk mengekalkan kecergasan dan tenaga bagi melakukan aktiviti-aktiviti harian kita semasa berpuasa.

Rouba Shahin, cef selebriti
Rouba Shahin, cef selebriti

Kami berbual bersama cef selebriti dan pakar makanan Timur Tengah, Rouba Shahin tentang beberapa makanan sunah selain kurma yang boleh dicuba oleh semua.

Bukan sahaja ‘superfood’ dalam senarai ini mengekalkan tahap tenaga anda sepanjang berpuasa, malah ia juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan seperti yang tertera:

#1 Habbatus Sauda 

Habbatus sauda atau jintan hitam mempunyai banyak manfaat yang boleh membantu menguatkan sistem imuniti badan. Ia sering digunakan sebagai ubat semula jadi.

Herba yang satu ini telah dikaji secara meluas kerana sifat antioksidannya yang kuat, khususnya thymoquinone yang menghapuskan molekul tidak stabil di dalam badan.

Dalam masakan, ia digunakan sebagai campuran rempah dan perasa bagi menaikkan lagi aroma hidangan kerana habbatus sauda mempunyai bau yang harum. 

#2 Buah Tin

Buah tin boleh dimakan segar atau dikeringkan, dipanggang atau disejukkan. Ia sangat enak dihidangkan bersama salad atau sebagai manisan mulut.

Buah ini terkenal berabad lamanya, sama seperti kurma. Ia juga disebut di dalam al-Quran kerana memberi banyak manfaat dalam kesihatan.

Buah tin sangat kaya dengan sumber kalsium, zat besi, magnesium, vitamin B6 dan kalium. Ia bukan sahaja rendah lemah, tetapi turut tinggi serat untuk membantu proses penghadaman. 

Pengambilan buah tin juga telah terbukti menyokong bakteria sihat dalam usus, mengurangkan sembelit dan kembung perut.

#3 Buah Delima

Buah delima juga dikenali oleh umat Islam sebagai buah Jannah atau buah syurga.

Ia disebut sebanyak tiga kali di dalam al-Quran dan disebutkan dalam hadis sebagai baik untuk sistem pencernaan.

Buah yang mempunyai rasa manis dan sedikit rasa masam ini menyegarkan lelangit dan kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan asid folik.

Butiran buahnya seperti permata sering dijadikan hiasan untuk beberapa hidangan Timur Tengah. Selain itu, delima juga boleh dinikmati begitu sahaja atau dengan sedikit yogurt!

#4 Anggur

Di dalam al-Quran, anggur disebutkan sebanyak enam kali dan dikatakan sebagai salah satu buah yang terdapat di syurga.

Ibn al-Qayyim dalam karya agungnya, The Prophetic Medicine berkata, anggur merupakan makanan yang baik untuk mencegah penambahan berat badan.

Anggur juga boleh menjadi sumber khasiat yang tinggi kerana ia mengandungi vitamin C dan kalium serta antioksidan.

Antioksidannya 20 kali ganda lebih tinggi daripada vitamin E dan 50 kali ganda lebih tinggi daripada vitamin C. Anggur juga enak dinikmati bersama salad hijau!

#5 Madu

Ada petua mengatakan jika anda mencampurkan madu ke dalam air suam, ia boleh meredakan sakit tekak.

Ini kerana, madu penuh dengan sifat antibakteria dan antiradang yang membantu meneutralkan bakteria-bakteria berbahaya.

Selain minum air madu, anda juga boleh menyapunya pada buah tin panggang atau roti bakar serta dicampurkan bersama Greek yogurt. Cubalah!

#6 Kiwi 

Kiwi kaya dengan sumber serat, vitamin C dan K dan khasiatnya mengatasi pisang, epal, strawberi dan juga oren.

Kiwi juga dikatakan sebagai buah yang mampu memperbaiki tidur dan meningkatkan mood manusia kepada keadaan yang lebih baik.

Pastinya anda akan berasa lebih sihat selepas makan buah yang berkhasiat dan enak seperti kiwi.

#7 Minyak Zaitun 

Ramai orang sering mengadu tentang kulit kusam dan jerawat pada bulan Ramadan kerana kekurangan pengambilan air. 

Menyertakan buah zaitun atau minyak zaitun ke dalam pemakanan anda semasa bersahur atau berbuka boleh mengatasi masalah ini.

Buah zaitun bukan sahaja kaya dengan antioksidan, serat dan vitamin E, malah ia mempunyai pelbagai kelebihan kesihatan dan boleh disertakan dalam hampir semua makanan.

Makanan anda bukan sahaja terasa lebih enak, malah kelihatan lebih segar, cantik dan berkilau!

Layari aplikasi Muslim Pro untuk mendapatkan resepi-resipi makanan Timur Tengah oleh Rouba Shahin yang menggunakan bahan-bahan sunah ini. – Getaran, 23 April 2022

Gambar: Muslim Pro

Isu Pada

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

23 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

2

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas