Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dahulu Jual Kuih, Siti Mahu Aafiyah Ikut Jejak Langkah

BeauSiti X Wonderlab bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza melancarkan BeauKids, minuman jeli berkhasiat ‘Aafiyah’ khas untuk kanak-kanak.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 10:35AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diet seimbang untuk anak-anak sememangnya menjadi agenda penting bagi ibu dan bapa. Apabila usia anak-anak sudah boleh menikmati makanan pejal, ibu bapa kebiasaannya akan berusaha mencari idea makanan terbaik untuk zuriat tercinta.

Selaras dengan usaha untuk terus membantu lebih ramai ibu bapa dan anak-anak mereka memiliki gaya hidup yang sihat, Dato’ Seri Siti Nurhaliza terpanggil untuk melancarkan BeauKids – minuman jeli khasiat strawberi yang memberi fokus kepada tumbesaran kanak-kanak. 

Sebagai seorang ibu, Siti inginkan yang terbaik untuk Siti Aafiyah supaya dia membesar dengan sihat, cerdik dan aktif. Ia mencetuskan idea untuk menghasilkan BeauKids agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama semua ibu-ibu di luar sana.

Istimewanya, BeauKids Aafiyah Nutri-Jelly Drink keluaran BeauSiti x WonderLab ini adalah sebagai hadiah legasi Siti untuk anak sulungnya itu yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-3 tahun pada 19 Mac 2021.

“Legasi yang saya mahu teruskan supaya anak-anak saya bijak dan terlibat dalam perniagaan,” ucap Siti di Majlis 2 Legasi yang diadakan secara eksklusif di SkyGlass, Cyberjaya.

“Bermula dengan menjual kuih muih. Berbezalah dengan zaman Aafiyah.” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza

“Aafiyah memang sudah tahu saya seorang penyanyi, kerana dia selalu datang konsert ibu dia menyanyi, kan? Saya juga mahu dia dibesarkan menjadi seorang yang berjaya. Ahli perniagaan. Daripada kecil sudah tahu bagaimana caranya berniaga.”

“Sebab saya pun mula berniaga sejak kecil kan? Bermula dengan menjual kuih muih. Berbezalah dengan zaman Aafiyah. Sekarang dia berniaga minuman kesihatan. Berbeza betul dengan zaman saya,” seloroh Siti. 

Selain daripada menjaga kesihatan, Siti seperti setiap ibu yang lain, juga mementingkan perkembangan dan pertumbuhan anak-anak yang sihat. Melihat anak-anak membesar dengan sihat merupakan satu kebahagian terbesar buat ibu bapa.

Bila ditanya mengapa minuman berkhasiat dipilih sebagai produk pertama Aafiyah, Siti berkata BeauKids Aafiyah Nutri-Jelly Drink adalah minuman kesihatan yang sesuai kerana ia mengandungi multivitamin untuk tumbesaran, supaya mereka boleh membesar dengan sihat. 

“Saya melihat juga kepada maklum balas kerana ia adalah sesuatu yang baru, bukan? Tetapi ia tidak mustahil. Saya mulakan dengan minuman kesihatan ini terlebih dahulu.”

“Kemudian, barulah saya kembangkan sebagaimana saya kembangkan produk-produk saya. Dari SimplySiti kepada kosmetik, wangian, penjagaan muka sampailah kepada koleksi baju raya.”

“Ramai yang terkesan dengan COVID-19” - Dato’ Seri Siti Nurhaliza

“Untuk Aafiyah juga begitu kerana bagi saya perniagaan itu besar dan luas. Cuma kita harus tahu strategi pemasaran yang betul. Sokongan daripada peminat-peminat juga penting untuk sesebuah kejayaan perniagaan,” jelasnya.

Tambahnya, “Cara berniaga sekarang pun sudah berbeza sejak pendekatan atas talian (online) ini. Untungnya ramai yang membantu saya. Saya boleh belajar cara mengembangkan perniagaan, walaupun dalam situasi sekarang.”

“Saya tahu ramai yang terkesan dengan COVID-19 sekarang, tetapi ia tidak bermakna kita tidak boleh berjaya. Untuk ibu-ibu dan wanita-wanita di luar sana, kita boleh berjaya selagi kita berusaha dan kita tahu bagaimana caranya untuk ‘survive’,” nasihat Siti bersungguh-sunguh.

Siti yang sedang sarat mengandungkan anak keduanya itu juga, turut kelihatan tidak putus-putus melayani dan menyantuni tetamu tanpa sedikit pun gangguan daripada Aafiyah. Melihat kerenah Aafiyah yang tak banyak ragam, membuat kami tertanya-tanya, “Dato’ Seri, apa rahsia jaga Aafiyah? Baik-baik sahaja kelakuannya,” soal kami.

Saya tak tahulah dia baca ‘jampi’ apa” - Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Seraya Siti menjawab, “Kanak-kanak ini tidak suka diarah-arah seperti orang dewasa. Dunia kanak-kanak kita kena faham. Kita harus meletakkan diri kita dalam situasi mereka. Kita kena jadi budak-budak. Berfikir dengan cara dia. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka.”

“Terima kasih kepada pengasuhnya, kakak Nurhidayah yang selama ini banyak menjaga dan mendidik Aafiyah. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana memudahkan kerja-kerja saya. Saya tak tahu lah dia baca ‘jampi’ apa, Aafiyah memang mendengar kata,” tawa Siti.

Sebelum temuramah bersama kami berakhir, Siti sempat mengimbas kembali perjalanan manisnya ‘bekerja’ bersama sang puteri tersayang.

“Beri dia kebebasan dan gembira dengan apa sahaja yang dia lakukan. Jangan stres. Alhamdullilah, penggambaran berjalan lancar. Apa yang kita (produksi) mahu dia lakukan, dia boleh lakukan. Janji, pandai ambil hati Aafiyah,” senyum Siti menamatkan bicara. 

BeauKids Aafiyah Nutri-Jelly Drink berharga RM59 sekotak, mengandungi 10 pek minuman jeli khasiat berperisa strawberi dan didatangkan dengan berus gigi Aafiyah rekaan khas secara percuma. - Getaran, 20 Mac 2021

Isu Pada

Transisi Tiz Zaqyah

20 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi