Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Trend Gim Di Rumah Semakin Diminati Belia

Bermula dari sekadar hobi, kini Arif Madzlan mempunyai gimnasium mini di rumahnya sendiri.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 3:20PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia kecergasan pada hari ini berhadapan dengan cabaran ancaman wabak COVID-19. 

Ramai yang mula mengambil inisiatif sendiri bagi mengurangi interaksi dan menghindari sebarang kemungkinan dijangkiti virus jahat yang satu ini.

Salah satunya adalah dengan membina gimnasium mini di rumah sendiri. Namun, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Memiliki sebuah gim mini bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak modal dan daya usaha yang perlu dicurahkan bagi mencapai matlamat tersebut.

Ikuti temu ramah eksklusif kami bersama Arif Madzlan (24), seorang siswa sains sukan, jurulatih peribadi dan pemandu e-hailing dalam membanting tulang demi memiliki gimnasium mini di rumahnya sendiri, seperti yang tertera:

1 – Bila bermula? Ceritakan perjalanan kecergasan anda? 

Bermula sebagai hobi pada 2018 ketika masih menuntut di peringkat diploma. 

Masa itu saya aktif sebagai seorang pemain bola sepak. Namun, setelah semua kejohanan sudah berakhir, saya berhenti bermain bola secara tidak sedar. 

Saya asyik dan hanyut bermain permainan dalam talian untuk beberapa tahun. Mujurlah saya tersedar kerana badan berasa tidak sesihat dahulu. Berat badan semakin susut.

Oleh kerana itu, tahap keyakinan saya pun menurun. Saya nekad untuk mengembalikan kecergasan fizikal saya melalui sesi work out (senaman) di gimnasium.

Sejak itu, saya mula serius dalam bidang kecergasan sampailah ke hari ini. Saya mahu memberi motivasi kepada orang lain untuk mencapai tahap kecergasan terbaik mereka.

Yang penting, jangan pernah berputus asa dalam melakukan sesuatu yang anda inginkan.

2 – Bagaimana tercetusnya idea memiliki sebuah gim sendiri? Kongsikan kepada kami.

Sebenarnya keinginan itu bermula sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dek situasi COVID-19 yang tak menentu, timbul kerisauan di dalam hati. Sampai bila mahu jadi begini?

Lalu, saya mengambil keputusan untuk berlatih di rumah sendiri sahaja. Oleh kerana saya masih seorang siswa, saya tidak mampu membeli peralatan gimnasium sekali gus. 

Saya membelinya secara berperingkat. Dalam masa dua ke tiga bulan, barulah lengkap peralatan-peralatan senaman di gimnasium mini saya ini.

Tambahan pula, melihat rakan-rakan juga mula membina gim mini mereka sendiri di rumah masing-masing, sedikit sebanyak membakar semangat saya untuk turut memilikinya. 

Saya tanam dalam hati, apa sahaja perkara yang kita mahukan dalam kehidupan, kita harus sedia berusaha untuk mendapatkannya.

3 – Kos yang dikeluarkan untuk membina gim mini di rumah ini? 

Kos keseluruhan kira-kira RM7,000 untuk semua peralatan, mesin, cermin dan lain-lain.

4 - Rutin harian sebagai seorang siswa, jurulatih kecergasan dan pemandu Grab? Bagaimana anda mengimbanginya? 

Sejujurnya, kehidupan saya agak sibuk. Saya harus menyusun masa saya seampuh yang mungkin. Jadi, pengurusan masa itu sangat penting bagi saya.

Sejurus tamat sesi kuliah di sebelah pagi, saya terus melatih klien di sebelah petang. Setelah itu, saya akan memandu Grab di sebelah malam. 

Agak sukar tetapi saya sentiasa berfikiran positif. Jika anda mahu berjaya, anda harus berdisiplin, berpendirian dan rela bekerja lebih kuat. 

5 – Tip kepada pelajar yang mahu membina gim mini di rumah sendiri seperti anda.

Kepada pelajar yang ingin membina gim di rumah tanpa menggunakan wang daripada ibu bapa, perkara pertama anda perlu fikirkan ialah harus mempunyai pendapatan. 

Jadi, anda harus melakukan sesuatu yang mendatangkan hasil. Misalnya, melakukan pekerjaan sampingan sambil belajar.

Ingatlah, membina gim di rumah ini memerlukan modal yang besar. Kalian harus lebih berusaha dan rajin berbanding rakan-rakan pelajar yang lain. 

Apa yang penting, cari pekerjaan sampingan yang bukan sahaja boleh menjana pendapatan tambahan, malah menarik minat anda untuk menjadi versi anda yang lebih baik.

Tidak perlu terkejar-kejar, beli peralatan-peralatan asas gimnasium sedikit demi sedikit. Saya pun mengambil masa dalam tiga bulan untuk melengkapkan gimnasium mini di rumah saya ini.

Percayalah, hasil daripada titik peluh sendiri tanpa menyusahkan ibu bapa demi kemahuan diri merupakan sesuatu yang sangat berbaloi! - Getaran, 3 April 2022

Gambar: Syeda Imran

Isu Pada

Dunia Seni Zulhairul Ikram

02 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 4 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Inapan Rahmah @IYCResidence Tawar Sewa RM10 Sehari Kepada Belia, Pencari Kerja

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart