web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sajian Mewah Nan Unik Chef Series The Datai Langkawi

The Datai Langkawi berkongsi menu mewah sajian Cef Masaki Arakawa yang diterbangkan khas dari restoran Sushi Azabu, Kuala Lumpur.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 2:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bila bercakap soal makanan antarabangsa, kita yang tinggal di Malaysia memang bertuah.

Keadaan dunia global masa kini membenarkan kita mencuba dan merasai pelbagai jenis juadah daripada luar negara tanpa perlu ke negara-negara tersebut.

Terdapat banyak restoran di Malaysia yang menyajikan aneka hidangan Eropah, Amerika, Timur Tengah dan semestinya masakan Asia.

Resort mewah The Datai Langkawi adalah antara hotel yang sentiasa cuba meraikan kepelbagaian ini.

Lewat siri istimewa mereka yang dikenali sebagai The Chef Series, mereka memberi peluang kepada ramai cef hebat dari seluruh negara untuk berkongsi menu-menu khas mereka dalam satu sesi masakan dan sajian mewah di resort mereka sendiri.

Cef-cef ini terdiri daripada pakar masakan tempatan dan antarabangsa yang mempunyai restoran mereka sendiri serta berpangkalan di Kuala Lumpur dan serata Malaysia. 

Mereka kemudian diterbangkan secara khas ke The Datai Langkawi untuk menghidangkan sajian istimewa mereka.

Selepas menampilkan Cef Johnson Wong dari Gen Pulau Pinang untuk bulan Januari 2022, mereka telah menjemput Cef Masaki Arakawa dari restoran, Sushi Azabu Kuala Lumpur pada penghujung Februari lalu.

Semestinya tersohor kerana sajian sushi istimewanya, Cef Masaki telah mengetengahkan menu mewahnya di hadapan beberapa tamu khas yang hadir pada sesi 25 dan 26 Februari 2022.

Lebih istimewa, sesi hidangan mewah ini bukan sahaja menonjolkan masakan-masakan lazat tetapi juga demonstrasi masakan secara langsung buat beberapa tamu khas tadi.

Satu demonstrasi telah dilakukan sebelum sajian makan malam dan satu lagi pada waktu petang di tepi pantai.

Menu yang ditampilkan untuk makan malam itu berupa turutan sembilan sajian istimewa yang diolah oleh Cef Masaki Arakawa sendiri. 

Ia bukan sahaja menggunakan ramuan khas yang diterbangkan dari Jepun tetapi digabungkan juga dengan aneka ramuan yang diperolehi dari Langkawi sendiri.

Dipersembahkan di Restoran The Gulai House, milik The Datai Langkawi, ia dimulakan dengan sajian pembuka yang dingin bernama Tropical Ceviche. 

Tropical Ceviche
Tropical Ceviche

Ini diikuti dengan tiram segar yang dibawa khas dari Nagasaki, Jepun, seterusnya sashimi dengan bonito dari pulau Iki, Nagasaki, berserta kerapu harimau dari Kuala Lumpur dan tenggiri lautan Andaman. 

Sesudah itu hidangan panas dimulakan dengan daging lembu wagyu dari daerah Miyazaki yang disediakan bersama kuning telur yang dinamakan Wagyu Sukiyaki.

Wagyu Sukiyaki. Gambar: Shah Shamshiri menggunakan Samsung Galaxy A52s 5G
Wagyu Sukiyaki. Gambar: Shah Shamshiri menggunakan Samsung Galaxy A52s 5G

Kemudian disediakan pula sajian unik gamat dari Langkawi bersama lobak putih Jepun.

Ini diikuti dengan hidangan sushi yang menggabungkan aneka daging ikan segar iaitu tuna bluefin, yellowtail serta ikan mackerel dari Nigata dan Nagasaki.

Ini diserikan lagi dengan udang harimau dari Jepun, kekapis dari Hokkaido serta dua jenis landak laut.

Semua hidangan enak ini lantas diakhiri dengan gulungan sushi berinti toro dari Nagasaki dan latok dari Langkawi, serta sup miso dan buahan segar dari Shizuoka serta Fukuoka sebagai penutup.

Untuk merasai air tangan Cef Masaki Arakawa yang lain, singgahlah ke restoran Sushi Azabu di Kuala Lumpur.

Pada bulan April nanti, The Chef Series di The Datai Langkawi akan menampilkan Cef Azli Ahmad dari Open House Kuala Lumpur. - Getaran, 5 Mac 2022   


Gambar: The Datai Langkawi kecuali yang tertera

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aliff Syukri Tak Tahan Dimaki, Terpaksa Jujur Pasu Pecah Sekadar ‘Prank’

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Athiya Shetty - KL Rahul Nafi Terima Hadiah Perkahwinan Mewah, Suniel Shetty Keluarkan Kenyataan Rasmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Video Curi Aksi Wanita Tukar Pakaian Dijual Di Media Sosial

4

Politik 3 tahun yang lalu

Status Masih Jadi Persoalan, Video Mahligai Mewah Asri Pula Tular!

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh