web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aina Abdul Tak Gentar Syarat ‘Aku Janji’ AJL35

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 9:10AM

Gambar: Instagram @ainaabdul

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aina Abdul mengakui tidak berasa gentar berikutan satu peraturan baru yang mewajibkan kesemua 12 finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) menandatangani surat aku janji agar tidak melanggar syarat yang boleh mencetuskan kontroversi dalam persembahan.

Menurut Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani (27), dia dan pasukan kreatifnya akan terus bereksperimentasi dengan elemen dan persembahan yang sinonim dengan lagu ‘Semalam’. 

“Bagi Aina, peraturan baru ini tidak menyekat sama sekali kebebasan bersuara dan eksperimentasi dalam seni suara dan persembahan. Saya tak rasa ia menyekat kreativiti.”

“Kami akan teruskan dengan apa yang termampu, tetapi tentu sekali Aina dan pasukan akan mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh pihak penganjur,” jelasnya.

“Sebenarnya, persembahan ‘Sumpah’ (AJL34) pun Aina sudah minta kebenaran. Kami berbincang dengan semua pihak. Aina dan pasukan kreatif tidak hentam kromo sahaja.”

“Tetapi benda (kontroversi) nak terjadi.  Namun Aina faham dengan penerimaan penonton,” imbasnya tentang persembahannya itu yang mengundang kritikan ramai termasuk daripada Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA). 

“Aina tak berasa gusar & tak berasa gentar” – Aina Abdul. Gambar: Instagram @ainaabdul
“Aina tak berasa gusar & tak berasa gentar” – Aina Abdul. Gambar: Instagram @ainaabdul

Aina menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran, namun berkata dia tidak menyesal dengan persembahan ‘Sumpah’.

“Saya sayang persembahan itu. Saya dan pasukan kreatif berpegang teguh dengan matlamat dan tujuan asal kami memasukkan elemen-elemen itu di dalam persembahan. Kami ada alasan kami yang tersendiri.”

“Ia juga adalah persembahan pertama saya di pentas AJL, yang saya tidak pernah buat sebelum ini. Saya boleh katakan saya bangga dengan apa yang telah saya lakukan.”

“Tetapi saya tidak boleh menutup pendapat dan mulut orang, jadi apa yang saya boleh katakan, saya belajar tetapi saya tidak menyesal,” tegasnya.

“Saya bangga dengan...” – Aina Abdul. Gambar: Instagram @ainaabdul
“Saya bangga dengan...” – Aina Abdul. Gambar: Instagram @ainaabdul

Tambah Aina, “Apa pun ia berbalik pada mesej lagu. Jika lagu itu sesuai dengan cara itu, saya akan teruskan. Tentu sahaja untuk AJL35, kami akan bawakan dengan cara yang berbeza. Namun bukanlah bermain dengan cara selamat.”

“Saya pun tidak berani berkata besar. Saya hanya mampu bekerja keras. Supaya elemen-elemen yang bakal dipersembahkan itu nanti berjaya dilakukan dan penonton dapat memahami mesej yang ingin disampaikan Aina, Insya-Allah,” senyumnya.

Terdahulu, pada AJL34 tahun lalu, Aina tampil menyarung busana serba putih dan kelihatan seakan-akan melakukan aksi bunuh diri dengan ‘menikam’ dadanya sehingga darah keluar membasahi busananya itu semasa persembahan ‘Sumpah’. 

Surat aku janji bertulis ini disediakan oleh Jabatan Perundangan TV3, disahkan oleh Penerbit Eksekutif AJL35, Nurhul Huda Khalid. Perjanjian itu menetapkan syarat seperti tiada sebarang unsur politik, elemen keganasan dan pakaian yang mencolok mata semasa persembahan. - Getaran, 30 Januari 2021

Isu Pada

Kaka Azraff

29 Jan 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

2

Muzik 2 tahun yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini