Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mengulit Mimpi, Terapi Diri

Buat anda yang rindukan kedamaian, kehijauan dan kesegaran alam, Getaran ingin memperkenalkan lokasi yang sempurna untuk anda melarikan diri dari ‘hutan batu’ yang padat dan bingit.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 9:13AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua tahun ‘terpenjara’ di bumi Malaysia, membuatkan ramai mula rasa sesak dan muak dengan rutin harian yang sama. Lebih parah lagi, suatu ketika, pergerakan melebihi 10 kilometer juga tidak dibenarkan.

Pandemik COVID-19 membuka lembaran baru dalam kehidupan. Biarpun tahu dan faham mengapa perintah kawalan pergerakan itu dikuatkuasakan, namun sedikit sebanyak ia tetap menghimpit kesihatan mental.

Maklumlah, sebelum itu kita bebas ke sana sini untuk melegakan tekanan. 

Penulis sendiri berasa terkesan. Lemas. Ke mana sahaja kaki mampu melangkah ketika itu. Mujurlah 2022 membawa sinar harapan baharu. Langkah kaki semakin jauh.

Hidup perlu diteruskan, biarpun ancaman virus tidak pernah hilang. Mahu bercuti ke luar negara juga dipersilakan. Asalkan anda mampu mematuhi norma baharu dan garis panduan perjalanan ke luar negara.

Ada yang mudah, ada yang sulit. Selain itu, jangan alpa, bajet yang diperlukan juga bukan sedikit. Tepuk dada, tanya selera!

Jika anda salah seorang daripada mereka yang masih tidak yakin untuk ke luar negara, berpijaklah di bumi yang nyata. Percutian di dalam negara masih menjanjikan pengalaman luar biasa.

Terokalah dengan hati terbuka. Walau apa juga keperluan percutian anda, pasti ada lokasi yang menjanjikan kepuasan yang dicari.

Buat anda yang rindukan kedamaian, kehijauan dan kesegaran alam, Getaran ingin memperkenalkan lokasi yang sempurna untuk anda melarikan diri daripada ‘hutan batu’ yang padat dan bingit.

Di sini tempat anda mengulit mimpi, di sini tempat anda terapi diri. Ekspresi diri, jeritlah sekuat hati. Luahkan segala yang terbuku di hati!

Terletak kurang dari sejam pemanduan dari Kuala Lumpur, Skytrex dan Skycamp, Sungai Congkak ada buat si penggemar aktiviti lasak dan pencinta alam semula jadi.

 

Terbang bebas di Taman Flying Fox

Mengintai perkongsian di dalam talian, tidak dinafikan ramai yang puas hati dan gembira dengan pengalaman yang diraih selepas meluangkan masa di Skytrex Sungai Congkak.

Rupa-rupanya, Skytrex Sungai Congkak merupakan ‘Malaysia First Flying Fox Park by Skytrex’ kerana mempunyai lebih banyak elemen flying fox dan lebih panjang berbanding dua lagi cawangan lain di Melaka dan Langkawi.

Bintang utamanya ialah rintangan flying fox sepanjang 110 meter yang di bawahnya adalah sungai. 

Fakta ini sudah cukup untuk meyakinkan penulis untuk mencuba sendiri. “Jika benar bagai yang dikata, mengapa tidak mencabar diri? Inilah masanya untuk aku larikan diri, menjerit sekuat hati,” getus hati. 

Tanpa berfikir berulang-kali, penulis mengatur temu janji dengan pihak pengurusan Skytrex Adventure. Pelawaan Getaran disambut baik dan eksplorasi kami sememangnya meraih pengalaman yang cukup luar biasa.

Pengalaman terbang bebas dari satu pokok ke pokok yang lain, tidak mungkin boleh dilupakan begitu sahaja.

Jutaan terima kasih kepada Eksekutif Operasi Taman, Nor Mashitah Mohd Nazar, 27, yang tekun melayan, memberi penerangan lengkap kepada team Getaran tempoh hari.

Benarlah apa yang yang dikatakan oleh setiap pengunjung yang pernah ke sini, ia menjanjikan keseronokan dan kepuasan yang tidak terhingga.

Biarpun harus mengerah tenaga untuk melalui setiap halangan, namun kehijauan alam merimbun di depan mata membuatkan tubuh bersemangat meneruskan perjalanan.

Anak sungai yang mengalir cantik di celahan pokok terus menggamit pesona. Setiap kali tubuh melayang di udara, fikiran turut lepas bebas.

Masakan tidak, setiap kali terbang, jeritan juga dilontarkan sekuat hati. Segala yang terbuku akhirnya diluahkan. Lupa seketika dengan rutin harian yang kadangkala menjengkelkan.

“Terdapat tiga pakej yang tersedia untuk ditempah oleh pengunjung iaitu River Thrill, Rapid Extreme dan Double Dare.

“Setiap pakej mempunyai 25 halangan berbeza dan ia mengambil masa sejam setengah ke dua jam untuk diselesaikan, bergantung kepada stamina seseorang.

“Saya sendiri pernah membawa kumpulan yang mengambil masa hampir empat jam untuk melengkapkan cabaran kerana ada ahli pasukan yang gayat dan panik,” ujar Nor Mashitah.

Jelas Mashitah lagi, untuk pengunjung kali pertama, dia menyarankan supaya mengambil pakej River Thrill kerana pakej ini menawarkan laluan dan halangan yang lebih menyeronokkan berbanding yang lain. 

“River Thrill banyak flying fox, jadi ia lebih menyeronokkan dan tidak terlalu penat. Ia memang direka untuk pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi serta melepaskan tekanan.

“Antara halangan yang perlu dilalui ialah Ladder up, Monkey Bar, Hug Pipe, Fish Bone dan Step Bridge,” tambah Mashitah.

Selesai mencabar diri dan melepaskan tekanan di sini, panjangkanlah langkah ke Skycamp by Skytrex Sungai Congkak yang terletak kira-kira 15 minit dari taman ini.

Skycamp adalah tempatnya untuk anda menjejak pengalaman yang diidamkan. Ingat, ini adalah cadangan trip untuk mengulit mimpi, terapi diri!

 

Hanya bawa diri dan kelengkapan diri, segalanya sudah tersedia

Skycamp by Rimbasegara yang baru beroperasi bulan ini menjanjikan pengalaman perkhemahan yang lain daripada yang lain. Paling penting anda boleh datang 'berlenggang' tanpa perlu membawa peralatan perkhemahan.

Segalanya sudah tersedia. Khemah juga sudah siap terpasang. Cuma bawa kelengkapan diri. Kehadiran anda di sini akan disambut mesra oleh ‘camping buddy’, Jaslin, Aisyah, Haziyah, Fahim, Jalil dan Mat. 

Dengan harga RM249 (termasuk pakej di Skytrex) anda boleh merehatkan diri dengan bertemankan kedamaian alam. Ada sebuah kolam kecil yang terletak di hadapan setiap khemah.

Bayangkan, sambil berbaring di dalam khemah, anda boleh mengintai ke luar. Jika hujan membasahi bumi, rintik-rintik yang bertaburan pada permukaan kolam mencipta saat-saat indah yang sukar dikecapi di rumah sendiri.

Bunyi-bunyian alam tambah mengasyikkan. Kenangan inilah yang kami bawa pulang ketika bermalam di sini tempoh hari. Bumi dibasahi hujan sebaik sahaja tiba di Skycamp.

Biarpun cuaca tidak seperti yang diharapkan, namun saat-saat manis tetap tercipta. Aisyah, Haziyah, Jalil dan Mat yang menemani kami malam itu memberikan layanan mesra.

Mereka ramah berkongsi cerita. Malah, malam kami turut diceriakan dengan petikan gitar daripada Mat. Jalil juga tidak keberatan menyanyikan lagu-lagu permintaan kami. Malam yang mulanya dijangka suram, berlalu dengan ceria.  

Satu lagi fakta yang anda mesti tahu ialah, di sini anda tidak perlu risau dengan makanan. Anda tidak akan kelaparan walaupun terlupa membawa kudap-kudapan.

Sebab apa? Sebabnya sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke kawasan perkhemahan ini, anda akan dijamu dengan minuman selamat datang dan hidangan minuman petang yang lazat.

Ada keropok lekor dan kuih-muih Melayu. Perut yang minta diisi selepas melakukan pelbagai halangan di Skytrex terasa lega. 

Untuk makan malam pula, anda akan dihidangkan dengan menu yang bukan biasa-biasa. Senang cerita, bukan makanan tipikal ketika berkhemah.

Ada sate ayam, nasi putih, sup tom yam, ayam bakar dan daging harimau menangis (daging bakar) bersama sos Thai.

Semua hidangan termasuk di dalam pakej dan anda juga boleh ambil peluang untuk menyediakan hidangan ini bersama-sama travel buddy.

Tidak cukup dengan itu, supper juga tersedia jika perut masih lapar. Tidak dilupakan sesi unggun api untuk membakar marshmallow. Perfect! Teringat zaman kanak-kanak ketika berkhemah bersama keluarga dan teman-teman. 

Selain itu, tapak perkhemahan ini juga dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas dan bilik air untuk keselesaan pengunjung.  

Jadi tunggu apa lagi? Percayalah eskapisme anda ke Skytrex dan Skycamp Sungai Congkak tidak akan menghampakan. Tubuh dan minda terasa segar dan bebas.

Untuk maklumat lanjut tentang Skytrex, anda boleh lawati laman sesawang mereka di sini. Selain itu anda juga boleh ikuti Skycamp di akaun media sosial mereka, @rimbasegara.

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN COVER TARA – GETARAN

Lokasi : Skycamp by Rimbasegara, Sungai Congkak

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Teks : Rahayu Mat Nah

Gambar muka hadapan : Jaslin Puasa

Jurufoto : Azim Rahman

Suntingan Teks : Ili Farhana

Juruvideo dan suntingan video : Mustaffa Kamal Ramli

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Okey Ke Tidak Tu Bro..

2

Selera 1 tahun yang lalu

Bangkai Pesawat Jadi Restoran Unik Di Batang Kali

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Gombak-Hulu Langat Dan Stong Geopark Diiktiraf Sebagai Geopark Kebangsaan

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Mengintai Reka Bentuk The Line, Bandar Masa Depan Bebas Jalan Raya

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi