Berita Terkini

23 minit yang lalu: Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa 16 April ini - Setiausaha PDRM 2 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 2 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT

IKUTI KAMI


Mengintai Reka Bentuk The Line, Bandar Masa Depan Bebas Jalan Raya

Reka bentuk The Line adalah gambaran komuniti bandar masa depan dalam persekitaran yang bebas daripada jalan raya, kereta dan pelepasan karbon.

Jelajah Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 4:11PM

Reka bentuk The Line menunjukkan sebuah gambaran tentang komuniti bandar masa depan serta mengutamakan alam - Gambar laman web Neom

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Line, bandar masa depan yang dilancarkan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman pada Januari tahun lalu, telah mengumumkan reka bentuknya yang luar biasa baru-baru ini. 

Bandar revolusi peradaban yang mengutamakan manusia serta menyediakan pengalaman kehidupan bandar yang belum pernah wujud sambil memelihara persekitaran alam semula jadi ini diilhamkan oleh Neom.

Neom merupakan sebuah rantau yang terletak di Laut Merah, barat laut Arab Saudi yang dibangunkan dari awal sebagai sebuah makmal hidup yang mencorakkan perjalanan masa depan baharu di mana ia akan menjadi sebuah destinasi dan tempat tinggal bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi sebahagian daripada pembangunan model kediaman baharu yang menakjubkan.

Reka bentuk The Line menunjukkan sebuah gambaran tentang komuniti bandar masa depan dalam persekitaran yang bebas daripada jalan raya, kereta dan pelepasan karbon. Ia mengutamakan alam semula jadi lebih daripada pembangunan dan akan menyumbang kepada pemeliharaan tanah Neom sebanyak 95 peratus. 

 

Berketinggian 500 meter dari aras laut 

Pengumuman yang dibuat Putera Mahkota itu yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Neom, mendedahkan tentang ciri-ciri terpenting The Line - ia hanya berukuran 200 meter lebar, 170 kilometer panjang dan dengan ketinggian 500 meter dari aras laut. 

The Line akan menempatkan 9 juta penduduk dan akan dibina di atas tapak berukuran 34 kilometer persegi yang belum pernah didengari berbanding bandar-bandar lain dengan kapasiti yang serupa. 

Ciri-ciri ini akan mengurangkan jejak infrastruktur dan mewujudkan kecekapan fungsi bandar yang julung-julung kali dicipta. 

Iklim yang ideal sepanjang tahun akan memastikan penduduk dapat menikmati suasana alam semula jadi di sekitarnya apabila berjalan kaki.

Penduduk juga akan mempunyai akses kepada semua kemudahan The Line dalam masa lima minit dengan berjalan kaki, selain kereta api berkelajuan tinggi dengan transit hujung ke hujung dalam tempoh masa 20 minit.

Dalam satu kenyataan media, Putera Mahkota Mohammed bertitah bahawa pihaknya sangat komited terhadap sebuah revolusi peradaban yang mengutamakan manusia berdasarkan perubahan radikal dalam perancangan bandar. 

“Reka bentuk yang diperkenalkan hari ini untuk komuniti yang dilapis secara vertikal di bandar ini akan mewujudkan cabaran kepada bandar-bandar tradisional yang rata dan mendatar serta mewujudkan sebuah model untuk pemuliharaan alam semula jadi dan meningkatkan keboleh hidupan manusia. 

“The Line akan menangani cabaran yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan bandar hari ini dan akan memperkenalkan kaedah alternatif dalam menjalani kehidupan."

"Kita tidak boleh mengabaikan krisis keboleh hidupan dan alam sekitar yang dihadapi oleh bandar-bandar di dunia dan Neom mendahului dalam usaha menyampaikan penyelesaian baharu yang imaginatif untuk menangani isu ini. 

“Neom memimpin pasukan profesional paling pintar dalam bidang seni bina, kejuruteraan dan pembinaan untuk merealisasikan idea pembinaan menegak sebagai suatu realiti," titah baginda lagi. 

 

Manusia bergerak dalam tiga dimensi

The Line menawarkan pendekatan baharu dalam reka bentuk sebuah bandar. Idea bandar berlapis yang berfungsi secara menegak sambil memberi peluang kepada orang ramai untuk bergerak dengan lancar dalam tiga dimensi (ke atas, ke bawah atau ke seberang). 

Berbanding binaan-binaan tinggi semata-mata, konsep ini mencipta lapisan untuk taman awam dan kawasan pejalan kaki, sekolah, rumah dan tempat kerja, supaya seseorang itu boleh bergerak dengan mudah untuk mendapatkan semua keperluan harian dalam masa lima minit.

The Line akan mempunyai fakad cermin luar yang akan memaparkan ciri uniknya serta membolehkan sekecil-kecil jejaknya bergabung dengan alam semula jadi, manakala bahagian dalam akan dibina untuk mencipta pengalaman yang luar biasa dengan suasana ajaib. 

Bandar ini akan dicipta sepasukan arkitek dan jurutera terkenal di dunia yang diketuai Neom, bagi membangunkan konsep revolusioner untuk bandar masa depan ini. 

Untuk mengubah konsep urus niaga yang biasa, reka bentuk bandar ini akan didigitalkan sepenuhnya dan pembinaannya akan dilakukan secara besar-besaran dengan memajukan teknologi pembinaan serta proses pembuatan secara signifikan. 

Pengumuman tentang reka bentuk The Line adalah kesinambungan daripada kemajuan Neom dalam pembangunan projek perdananya seperti Oxagon, bandar inovasi dan pembuatan yang direka semula, dan juga Trojena, destinasi pelancongan pergunungan global yang akan menawarkan aktiviti ski luar pertama di Teluk Arab. - Getaran, 28 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi: Wisma Putra Tampil Buat Penjelasan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tidak Timbul Soal PM Tidak Dialu-Alukan Di Arab Saudi - Penganalisis

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

4

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan Arab Saudi: Rakyat, Pembangkang Harus Pertahan Anwar, ‘Ini Maruah Negara’

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Acar Ikan Kering Laris, Pengusaha Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan