Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pusing Keliling Malaysia, Banyak Lagi Tempat Menarik

Tak kenal, maka tak cinta! Malaysia sebenarnya mempunyai lambakan tarikan yang tidak kalah dengan yang ada di luar negara.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 1:45PM

Gambar Hiasan, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak perlu malu hendak mengaku. Sebenarnya ramai di antara kita yang belum menjelajah Malaysia. Mana tidaknya ramai yang memandang ke luar negara apabila mahu merancang percutian idaman.

Jangan terperanjat kalau ada di antara rakan-rakan anda yang belum pernah menjejak kaki ke Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. 

Antara alasan yang diberikan – tidak tahu tempat menarik untuk dilawati, jauh sangat dan tiket kapal terbang ke luar negara lebih murah berbanding ke negeri-negeri yang disebutkan tadi.

Ada benarnya alasan-alasan itu. Tetapi dengan situasi semasa ini, pasti ramai yang tidak mampu ke luar negara. Bukan sedikit perbelanjaan yang perlu dikeluarkan, walaupun pintu sempadan negara sudah dibuka.

Daripada mencurahkan duit ke luar negara, adalah lebih baik anda merancang percutian di dalam negara. Bantu sektor pelancongan dalam negara dan secara tidak langsung boleh menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara yang semakin tertekan.

Panorama di Borneo Highland Resort
Panorama di Borneo Highland Resort

Tak kenal, maka tak cinta! Malaysia sebenarnya mempunyai lambakan tarikan yang tidak kalah dengan yang ada di luar negara.

Cuma, mungkin kurang mendapat publisiti atau empunya tarikan tidak tahu cara untuk mempromosikan tempat mereka secara berkala. Namun, kuasa media sosial akhir-akhir ini banyak membantu memperkenalkan tarikan dalam Malaysia.

Jadi, tak perlu pening kepala, tak perlu berimaginasi bermain salji di luar negara, tak perlu juga bersedih tidak dilimpahi wang ringgit untuk meneroka dunia. Jom pusing Malaysia, percayalah ianya berbaloi!

Jom semak senarai berikut, kemudian rancanglah perjalanan cuti-cuti Malaysia anda. 

 

Mengintai keindahan matahari terbit di Bukit Maragang, Kundasang, Sabah 

Gambar : Instagram @maraganghill
Gambar : Instagram @maraganghill

Tarikan yang mula dibuka kepada orang ramai bermula 2017 ini terletak di Kundasang, Sabah. Bukit Maragang yang berketinggian 2,232m dari aras laut ini menjanjikan keindahan alam yang mempesona. 

Selain menjanjikan pemandangan Gunung Kinabalu, pendakian di bukit ini juga menjanjikan keindahan matahari terbit yang cukup mengasyikan. 

Bagaimanapun, untuk meneroka Bukit Maragang, anda perlu ambil pakej yang disediakan oleh Mesilou Volunteers Club (MEVOC) yang menyediakan jurupandu profesional dan terlatih. 

Terdapat beberapa pakej yang boleh dijadikan pilihan. Jika mahu menyaksikan lautan emas di kaki langit, tempah pakej yang bermula seawal jam 3.00 pagi. Jika tidak sanggup, ikut sahaja pakej normal yang bermula pada jam 6.30 pagi. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang Bukit Maragang.

 

Bermalam di resort kapal terbang, Twin Jets Resort, Broga, Negeri Sembilan

Gambar: Facebook Twin Jets Resort
Gambar: Facebook Twin Jets Resort

Hotel yang sudah mula menerima tempahan dan akan beroperasi bermula hujung Februari ini turut tidak terkecuali mendapat tempias kuasa media sosial. 

Kewujudan resort yang menempatkan dua buah kapal terbang ini menjadi bualan kaki-kaki jalan di pelbagai platform dalam talian.

Gambar: Facebook Twin Jets Resort
Gambar: Facebook Twin Jets Resort

Menawarkan lima jenis penginapan, termasuk di dalam dua buah kapal terbang, pengunjung atau tetamu boleh memilih penginapan premium jet, exclusive jet, executive container suite, deluxe container suite dan rumah setingkat yang dianugerahkan Malaysia Book of Records kerana berjaya dibina dalam waktu yang sangat singkat, 87 jam minit.

Gambar: Facebook Twin Jets Resort
Gambar: Facebook Twin Jets Resort

Percutian ke sini pasti memberi pengalaman yang lain daripada yang lain. Kanak-kanak terutamanya pasti lebih gembira.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang resort bualan ramai ini, anda boleh ikuti akaun Facebook mereka di sini.  Dengar kata ada tawaran 50% sempena pembukaannya. 

 

Hayati kehijauan hutan di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sandakan, Sabah

Gambar : @aereonwong / RDC
Gambar : @aereonwong / RDC

Terletak 23 kilometer dari bandar Sandakan dan tidak jauh dari Pusat Pemulihan Sepilok, bintang utama RDC adalah laluan kanopi sepanjang 363m yang menawarkan pemandangan menghijau. 

Tarikan ini turut menawarkan pelbagai fasiliti lain seperti dewan pameran, Plant Discovery Garden, program pendidikan alam sekitar dan tasik kecil dengan sebuah jambatan gantung.

Jika anda mahu mempelajari tentang hutan Borneo ini, anda boleh ikuti program ‘Nature Experience’ yang merangkumi aktiviti berjalan kaki berpandu ke Plant Discovery Garden, Rainforest Walk dan juga beberapa aktiviti menarik yang lain. 

Gambar: Instagram @aereonwong / RDC
Gambar: Instagram @aereonwong / RDC

Untuk pengalaman lebih menyeronokkan, apa kata sertai aktiviti berjalan malam kerana pada waktu ini anda berpeluang menyaksikan hidupan liar yang bergerak aktif. Kebiasaannya, pengunjung akan tertunggu-tunggu kelibat tupai terbang Red Giant yang keluar sekitar waktu senja.

Fakta menarik yang anda perlu tahu ialah pada tahun 2009, RDC diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai Important Bird Area (IBA). Ia sering menjadi tuan rumah untuk Festival Burung Borneo tahunan yang menarik penyertaan peminat burung dari seluruh dunia. 

RDC dibuka pada setiap hari dengan caj bayaran minimum untuk pelawat. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang RDC di sini.

 

Bawa Anak-Anak ke Dinosaur Encounter, Zoo Mini, Taman Teruntum, Kuantan, Pahang

Gambar: Facebook Dinosaur Encounter
Gambar: Facebook Dinosaur Encounter

Dinosaur Encounter kini sudah sampai di Kuantan, Pahang bermula 10 Disember tahun lalu. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan Teluk Cempedak membuatkan Dinosaur Encounter di pantai timur ini semakin mendapat tempat di hati penduduk tempatan.

Selain dapat melihat pelbagai spesies dinosaur, terdapat juga pelbagai permainan interaksi digital yang menyeronokkan. Bukan hanya untuk kanak-kanak, malah golongan dewasa juga tertarik! 

Zoo ini mengetengahkan konsep baharu menggabungkan elemen haiwan hidup serta haiwan animatronik prasejarah menjadikannya sebagai zoo hibrid pertama di dunia. 

Gambar: Facebook Dinosaur Encounter
Gambar: Facebook Dinosaur Encounter

Jangan tak tahu, ia juga mempunyai Tyrannosaurus Rex (T-rex) terbesar di Asia! Jangan lepaskan peluang untuk mencabar keberanian diri dengan masuk ke dalam sangkar bagi menyaksikan T-rex berdiri di hadapan anda dan mengeluarkan bunyi dahsyatnya.

Untuk meredakan tekanan, bolehlah singgah ke Hobbit House untuk bergambar kenangan. Dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang, tiket-tiket dijual pada harga RM25 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun.

Gambar: Facebook Dinosaur Encounter
Gambar: Facebook Dinosaur Encounter

Untuk maklumat lanjut sila layari dinosaurencounter.com.my.

 

Bermalam di The Culvert Hotel & Resort Kuching, Santubong, Sarawak

Gambar : Instagram @theculvert
Gambar : Instagram @theculvert

Membuka pintunya kepada tetamu pada tahun 2018, The Culvert terletak di hamparan pantai terpencil betul-betul bersebelahan dengan salah satu mercu tanda paling ikonik di Sarawak – Gunung Santubong. 

Diposisikan sebagai pusat peranginan dan tempat percutian mesra alam di Kuching, The Culvert menggabungkan keindahan dan ketenangan persekitarannya yang indah melalui reka bentuk unik suite dan bilik tersendiri yang diperbuat daripada pembetung konkrit yang telah diubah suai.

Gambar : Instagram @theculvert
Gambar : Instagram @theculvert

Reka bentuk ini selain bertujuan untuk mengekalkan keajaiban hutan hujan semula jadi yang menjadi menjadi ‘selling-point’ mereka, ia juga sebenarnya mahu memberi peluang kepada tetamu untuk menghayati pengalaman percutian di tengah-tengah alam semula jadi.

Terletak di dalam kepadatan flora Santubong, Kuching, The Culvert Hotel Resort mempersembahkan kehijauan alam bagaikan sebuah fantasi. Daripada pengembaraan eksotik hinggalah alam semula jadi, resort ini punya misi untuk menggembirakan setiap jenis tetamu.

Gambar : Instagram @theculvert
Gambar : Instagram @theculvert

Jadi, sama ada anda seorang pelancong yang mencari pengembaraan, mencari hotel tidak konvensional, mencari lokasi percutian romantik ataupun penduduk tempatan yang ingin berehat daripada kehidupan bandar yang sibuk, The Culvert Hotel Resort Kuching, Santubong mengalu-alukan kedatangan anda.

Resort ini menawarkan 33 bilik standard dan 10 suite. Setiap bilik bertindak sebagai tempat perlindungan mini untuk tetamunya menikmati pemandangan dan bunyi hutan hujan Sarawak yang tenang dan santai.

Layari laman sesawang theculvert.com resort ini untuk tempahan dan maklumat lanjut. - Getaran, 20 Februari 2022 

Isu Pada

Jaclyn Victor - Mekar Melakar Masa Depan

19 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 minggu yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Berbuka Puasa Di Padang MBK1 Bersama Rakyat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Serang Imam Ketika Solat Subuh Ditahan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Banjir: Jumlah Mangsa Menurun, Rekod Terkini 58,055, Terengganu Kekal Terburuk

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini