Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


3 Sebab Paling Popular Wanita Korea Selatan Buat Pembedahan Plastik

Hari ini, pembedahan plastik lebih sering dilakukan untuk tujuan kecantikan dan bukan tuntutan kesihatan. Minggu ini kita selidik tiga sebab popular wanita Korea Selatan membuat pembedahan plastik.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 9:00AM

Gambar: Jung Yeon Je/AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pembedahan plastik merupakan proses perbaikan dan pemulihan yang biasanya dibenarkan atas tujuan perubatan. Ia sering dilaksanakan untuk menutup kecacatan atau kekurangan keadaan fizikal seseorang. 

Menurut Wikipedia, pembedahan plastik telah dibuat sejak 600 tahun Sebelum Masihi oleh seorang pakar perubatan dan ahli bedah bernama Sushruta.

Namun dalam zaman moden, pembedahan plastik lebih sering dilakukan untuk tujuan kecantikan seperti memancungkan hidung, menambah lipatan kelopak mata dan lain-lain sehinggakan pada 1893 di Jerman, sebuah buku yang berjudul Handbook of Plastic Surgery telah diterbitkan. 

Dewasa ini, wanita Korea Selatan sering dianggap golongan yang paling banyak melakukan pembedahan plastik di dunia. 

Persoalannya, mengapa mereka sangat gemar membuat pembedahan plastik?

Hari ini kami berkongsi tiga sebab utamanya.  

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Tekanan sosial dalam kalangan masyarakat

Korea Selatan merupakan negara yang menjadikan kecantikan seseorang individu sebagai satu ukuran kejayaan. Standard tersendiri ini ditetapkan oleh masyarakat sekeliling dan dikatakan menjadi kebanggaan. 

Situasi ini menyebabkan ramai wanita di Korea Selatan sentiasa berasa tercabar dan berhadapan dengan tekanan sosial yang sangat tinggi. 

Ia juga menyebabkan banyak premis pembedahan plastik dibuka khas untuk wanita Korea Selatan. Sejak peringkat persekolahan, pelajar wanita sudah mula merancang untuk melakukan pembedahan seperti pembedahan di bahagian hidung, bibir, pipi dan lain-lain. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Pemangkin Untuk Mendapatkan Kerja

Di Korea Selatan, sejurus tamat pengajian di universiti, wanita Korea Selatan akan bertungkus-lumus membuat pembedahan plastik supaya dapat menampilkan wajah yang paling cantik pada resume. 

Gambar Hiasan, Sourcing-lab.com
Gambar Hiasan, Sourcing-lab.com

Pihak majikan akan menilai rupa paras seseorang melalui gambar tersebut dahulu sebelum melihat maklumat yang lain. 

Seterusnya syarikat membuat keputusan untuk memilih dan memanggil calon supaya hadir di sesi temu duga bagi melihat sendiri paras fizikal sebagai permulaan. 

Wajah, tubuh badan dan gaya pemakaian termasuk cara mengikat rambut akan dinilai oleh pihak panel. Selepas fasa tersebut selesai, barulah resume yang dihantar oleh calon dinilai untuk proses selanjutnya. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Sebarang kekurangan pada paras rupa calon semasa temu duga boleh menyebabkan seseorang calon disingkirkan dari senarai pilihan serta-merta. 

Ini kerana kecantikan wajah kerap dianggap kunci utama untuk kebolehpasaran individu sekali gus menjadi ‘muka hadapan’ sesebuah syarikat. 

Jadi pembedahan plastik adalah perkara yang penting buat mereka dan menjadi pemangkin serta sokongan untuk mendapat sesebuah pekerjaan. Malah ia mempengaruhi gaji yang ditawarkan dan peluang untuk mendapat pekerjaan akan naik sehingga 80 peratus.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Menjadi Norma Kehidupan

Pembedahan plastik telah menjadi amalan dan norma kehidupan buat ramai wanita di Korea Selatan sehinggakan perkara ini menjadi perbualan dan perbincangan di mana-mana sahaja. 

Antara pembedahan yang paling kerap dilakukan ialah pembelahan kelopak mata untuk menjadikan mata mereka terbuka dengan besar dan nampak cantik. 

Tambahan pula ia menjadi satu penghargaan yang tinggi jika dipuji oleh orang sekeliling dan memberikan keyakinan dalam diri untuk melakukan aktiviti di luar. 

Walaupun terdapat risiko yang tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan, bagi mereka pembedahan adalah suatu keperluan dan ia menjadi rujukan peribadi untuk membina masa depan mereka.

Gambar Hiasan, atukcakap.blogspot.com
Gambar Hiasan, atukcakap.blogspot.com

Perlu diingatkan, semua pembedahan mempunyai risiko dan implikasi, jadi dapatkan nasihat dari pakar terlebih dahulu sebelum melakukannya. - Getaran, 12 Februari 2022

Sumber: Spiegel International

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Kemenangan Korea Selatan Ke Atas Australia Bukan Balas Dendam - Son

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Keputusan Seri Dengan Korea Selatan Tidak Dapat Padam Kekecewaan Kami - Faisal Halim

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan