Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Soalan Bersama Kel Wen: Behati Bukan Pencuri Budaya!

Sepetang bersama Kel Wen, berbicara soal busana tradisi, penistaan budaya dan Behati.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 6:04PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapalah yang tak pernah melihat busana-busana ikonik yang disarungkan oleh Aina Abdul, bukan? Busana-busananya itu tular di mana-mana media sosial utama dalam negara.

Busana eksentrik itu ialah hasil rekaan pereka fesyen muda tempatan yang semakin dikenali, Kel Wen dari Behati.

Behati sememangnya satu jenama yang berani bermain elemen-elemen tradisional. Lalu memadukannya pula bersama elemen moden untuk menjadi sepersalinan baru. 

Mencarik-carik kain, menjadi busana tradisi yang melambangkan identiti Malaysia. Bercampur-baur budaya dalam satu jahitan harmoni.

Sempena Tahun Baru Cina ini, ikuti temu ramah eksklusif kami bersama anak kelahiran Melaka yang bernama Kel Wen (26) ini, seperti di bawah:

Kel Wen, Pereka dan Pengarah Kreatif Behati
Kel Wen, Pereka dan Pengarah Kreatif Behati

1 - Buat mereka yang belum mengenali, terangkan sedikit sebanyak tentang diri kamu dan jenama kamu, Behati?

Nama saya Kel Wen. Seorang pereka fesyen berusia 26 tahun dan berasal dari Melaka. 

Saya tubuhkan Behati pada 2018. Behati bermaksud ‘blessed’ atau ‘diberkati’. Nama Behati ini mengambil ilham daripada keberkatan di sekitar saya.

Keberkatan yang datang dari semua budaya. Budaya yang pelbagai, daripada bangsa-bangsa yang berbeza. Inilah keberkatan Malaysia.

Saya membesar dengan budaya-budaya yang terdapat di negara kita. Saya jalani gaya hidup aneka bangsa yang majmuk dan beragam. Itulah Behati.

Aina Abdul selalu menjadi 'muse' untuk Behati
Aina Abdul selalu menjadi 'muse' untuk Behati

2 - Nama Behati semakin menjadi buah mulut dalam kalangan warganet selepas tularnya busana-busana Aina Abdul rekaan kamu. Terangkan misi Behati?

Kami mahu menggalakkan masyarakat Malaysia supaya memakai pakaian tradisional mereka sebagai pakaian sehari-hari, sepertimana nenek moyang kita menyarungkannya dahulu kala.

Sewaktu zaman sebelum Merdeka, masyarakat Malaya masih memakai pakaian khusus bangsa mereka seperti sari, cheongsam dan baju kurung pada setiap hari. Itu baju kebiasaan mereka.

Namun, jika kamu memakai baju tradisional pada masa sekarang, ramai akan menganggap kamu hanya menyarungkannya untuk tujuan perayaan, keagamaan atau perkahwinan semata-mata.

My mission is to make traditional wear cool again! 

3 - Behati Chinese New Year 2022 Collection.

Apa istimewanya tentang Behati Chinese New Year 2022 Collection?

Saya memadukan elemen budaya Melayu seperti pesak dan kekek ke dalam samfu dan sut tang. Mengapa? Kerana saya mahu jadikannya sebagai buatan Malaysia. 

Kamu tidak akan dapat sut tang jenis ini di China, misalnya. Jika kamu membeli baju rekaan Behati, kamu membeli budaya Malaysia.

Setiap helaian koleksi ini dijahit dengan elemen-elemen daripada budaya-budaya yang berbeza. Bagi saya ia sangat istimewa.

Saya juga perasan ramai anak muda berbangsa Cina masa kini tidak lagi memakai cheongsam di musim perayaan. 

Cheongsam lebih menjadi pilihan golongan ibu. Para gadis lebih suka memakai sesuatu yang senang digayakan, bukan hanya pada musim perayaan, malah untuk pakaian harian.

Behati mereka cipta busana tradisi untuk mereka merasa bangga dengan budaya, pada masa sama masih mampu kelihatan trendy

Behati di Kuala Lumpur Fashion Week 2021
Behati di Kuala Lumpur Fashion Week 2021

4 - Kamu sering mencampurkan unsur-unsur budaya dan tradisional ke dalam setiap helaian koleksi kamu. Jika ada pihak yang menuduh kamu sedang melakukan ‘penistaan budaya’ (cultural appropriation) demi keuntungan, apakah jawapan kamu?

For me, it’s a bit unfair. Cultural appropriation started in the west. 

Walaupun saya seorang pereka fesyen berbangsa Cina, saya membesar dengan persekitaran Melayu dan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. 

Negara kita adalah sebuah negara berbilang bangsa. Situasi yang berlaku di barat, tidak boleh disamakan dengan situasi di negara kita. Kita hidup dengan harmoni di dalam satu komuniti. 

Seharusnya kita terinspirasi melalui budaya. 

Bagi saya, jika kamu tidak saling silang budaya, tidak mempunyai kawan-kawan berlainan bangsa, kamu tidak menjalani gaya hidup orang Malaysia yang seutuhnya.

Kel Wen akui projek fesyen terbesarnya apabila dapat menggayakan Dato’ Seri Siti Nurhaliza dalam busana-busana Behati
Kel Wen akui projek fesyen terbesarnya apabila dapat menggayakan Dato’ Seri Siti Nurhaliza dalam busana-busana Behati

Jadi, saya tidak merasakan rekaan-rekaan saya itu ‘mencuri’ budaya seseorang. Rekaan saya mewakili Malaysia. Untuk menggambarkan masyarakat majmuk yang berbilang bangsa.

Kerana itu, saya ‘jahitkan’ elemen budaya dalam koleksi rekaan saya.

Sejujurnya, tidak mudah untuk mengaut keuntungan di industri fesyen ini, lebih-lebih lagi jenama kecil seperti Behati. 

We are just trying to survive here. Jika benar saya lakukan semua ini demi untung, lebih baik saya jual kemeja-T seperti jenama-jenama lain. Lebih mudah dan cepat laku. 

Tujuan utama bukanlah keuntungan, melainkan ingin melihat orang kita bangga menyarungkan busana tradisional.

5 - Sebagai pereka fesyen, nasihat kamu untuk pereka-pereka fesyen muda (tanpa mengira kaum) tentang fesyen yang memperkasa budaya bangsa Malaysia?

Sebagai seorang pereka fesyen berbangsa Cina, sudah tentunya saya mahu melihat pereka-pereka fesyen lain mengambil inspirasi budaya bangsa saya.

Pereka fesyen tempatan seharusnya berbangga dengan budaya bangsa negara kita. Ramai antara mereka lebih berkiblatkan fesyen dan budaya Eropah. For me, that is cultural appropriation.

Saya harap lebih ramai pereka fesyen tempatan, terutamanya pereka fesyen muda untuk selalu menghargai dan mengambil inspirasi daripada budaya, persekitaran dan gaya hidup kita.

Kita mampu menjaga kelestarian budaya kita. Meraikan fesyen, merayakan budaya dan tradisi, bersama-sama. - Getaran, 30 Januari 2022

Gambar: Behati, Kel Wen & Sadiq Asyraf

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

2

Muzik 1 bulan yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

3

Gaya 5 bulan yang lalu

Alvin Chong Tekad Kuasai Dunia Fesyen Menerusi ALVN

4

TARA 8 bulan yang lalu

Pertunjukan Fesyen Gabungan Neonate, SVG Luar Biasa! Cat Walk Di Tengah-Tengah Litar Perlumbaan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi