web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Sebab Skrin Telefon Pintar Cepat Rosak

Ketahui punca-punca yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada skrin telefon pintar.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 9:59AM

Gambar: Matheus Bertelli, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Majoriti telefon pintar yang dikeluarkan oleh syarikat telefon bimbit masa kini menggunakan teknologi skrin sentuhan. Tidak dinafikan, hampir semua golongan di dunia mahir menggunakan teknologi tersebut.

Sistem skrin sentuh pada telefon bermula daripada peranti yang dikenali sebagai pembantu digital peribadi atau PDA. 

Ia dicipta buat kali pertama oleh International Business Machines Corporation (IBM) pada tahun 1994. Lebih kurang 10 tahun kemudian, barulah teknologi skrin sentuh dipasangkan pada telefon pintar yang menggunakan sistem iOS dan Android.

Namun masalah yang sering kali dihadapi oleh pengguna teknologi ini ialah ketahanan dan kerosakan yang terjadi pada permukaan skrin telefon pintar.

Minggu ini kami berkongsi lima sebab mengapa skrin telefon pintar cepat rosak yang mungkin anda tidak tahu.

Telefon pintar berada dalam ruang sempit

Tidak dinafikan, kebanyakan pengguna seringkali membawa telefon pintar mereka kemana-mana sahaja dan meletakkannya di dalam poket seluar.

Elakkan daripada meletakkannya di dalam poket jika anda memakai seluar yang diperbuat daripada bahan tidak mudah regang seperti jeans dan seumpamanya.

Ini kerana pemukaan dalaman seluar tersebut yang ketat dan sempit boleh menyebabkan tekanan pada permukaan skrin lebih besar dan boleh menyebabkan keretakan.

Jika anda terpaksa memasukkannya ke dalam poket seluar, pastikan sekurang-kurangnya permukaan skrin tersebut menghadap pada permukaan kain yang lembut. Ini bagi mengelakkan ia daripada berlanggar pada permukaan yang keras.

Selain itu, elakkan daripada membawa telefon di dalam poket ketika menunggang motorsikal. Ini kerana apabila kedudukan kaki berada di atas pedal motorsikal akan menyebabkan kain seluar pada bahagian peha tertarik dan ketat lalu memberikan tekanan pada permukaan skrin.

Kerap menekan skrin dengan kuat

Perlu diingatkan skrin telefon pintar mempunyai permukaan yang sensitif. Teknologi sistem sentuhan yang dipasangkan hanya memerlukan tekanan jari yang lembut sahaja pada permukaan skrin untuk mengaktifkan fungsi yang ada di dalam telefon tersebut.

Menekan skrin dengan kerap dan kuat juga boleh menyebabkan ia terkepit dengan badan telefon dan merosakkan sistem wayar dalaman yang disambungkan bersama badan peranti.

Lazimnya perkara ini berlaku kepada pengguna yang kerap bermain online game yang menggunakan keseluruhan permukaan skrin. 

Terdedah pada cahaya matahari terlalu lama

Sesetengah individu kerap menggunakan telefon pintar di kawasan luar dengan pelbagai tujuan. Elakkan daripada terkena cahaya matahari secara terus dengan lama walaupun mempunyai skrin pelindung.

Ini kerana sinaran cahaya tersebut boleh menghakis permukaan lapisan dan lama-kelamaan ia boleh menyebabkan perubahan kontras warna menjadi kabur dan gelap.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan komponen dan wayar dalaman telefon rosak serta cair kerana terlalu panas seterusnya boleh mengakibatkan telefon pintar anda rosak sepenuhnya.

Tambahan pula, papan pemuka bahagian hadapan kereta juga merupakan permukaan panas dan lebih terdedah dengan cahaya matahari, jadi perlu dielakkan dari meletakkan telefon pintar anda ketika memandu kereta.

Gambar: Caleb Lucas, Unsplash
Gambar: Caleb Lucas, Unsplash

Pasir atau debu yang melekat pada skrin

Buat pengguna yang kerap membawa telefon pintar ke kawasan berpasir atau berdebu, anda perlu sentiasa membawa kain pembersih yang lembut.

Ini kerana pasir atau debu yang berterbangan di ruang udara pasti melekat pada skrin dan kain tersebut berfungsi untuk mengelap dan membersihkan skrin telefon pintar anda.

Pasir dan debu yang melekat pada telefon pintar boleh mengakibatkan calar pada permukaan skrin. Malah ia lebih teruk apabila anda menggunakan kain yang kasar untuk membersihkannya.

Tidak menggunakan sarung badan telefon (casing)

Sarung badan telefon berfungsi untuk memberikan ketahanan pada badan peranti dan bagi mengelakkan bahagian tersebut tercalar. Tambahan pula ia akan membantu mengurangkan impak pada telefon jika telefon anda terjatuh pada permukaan yang keras.

Kini sudah terdapat sarung badan telefon yang menutupi semua bahagian termasuk permukaan skrin. Namun tidak dinafikan ia tidak menjamin untuk melindung skrin anda daripada pecah dan rosak.

Walau bagaimanapun, ia membantu anda untuk sekurang-kurangnya mempunyai lapisan bahagian depan skrin yang terlindung jika telefon terjatuh dan kemungkinan besar skrin anda boleh diselamatkan. - Getaran, 29 Januari 2022


Gambar: Izwan Ramlan kecuali tertera

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok