Berita Terkini

11 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 8:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Bulgasal: Immortal Souls' (Netflix)

Sebuah lagi drama fantasi dari Korea Selatan yang menyaksikan garapan kisah menarik, sinematografi mengasyikkan dan persembahan meyakinkan barisan pelakonnya.

Drama 16 episod arahan Jang Young Woo ini diterajui Lee Jin Wook sebagai Dan Hwal dan Kwon Na (Min Sang Un).

Dan Hwal dilahirkan dengan sumpahan kira-kira 600 tahun lalu. Semasa melaksanakan misi sebagai pegawai tentera untuk menghapuskan makhluk mitos yang dikenali sebagai bulgasal, berlaku satu insiden dahsyat apabila seluruh keluarganya terkorban dan dia bertukar menjadi bulgasal.

Hidup dalam dendam, dia berusaha menjejaki pembunuh keluarganya yang sudah bertukar menjadi manusia. Sepanjang tempoh itu, pembunuh itu dilahirkan semula beberapa kali dan akhirnya Dan Hwal berjaya menemuinya yang hidup sebagai Min Sang Woon.

Di sinilah konflik bermula apabila Dan Hwal bertemu kembali dengan insan-insan kesayangannya yang dilahirkan semula dan hidup bersama Min Sang sekali gus menyukarkan usahanya untuk menuntut bela. Dan, dia tidak bersendirian apabila ada lagi bulgasal lain yang masih kekal hidup selain dirinya.

Ikuti kesudahan nasib Dan Hwal dan Min Sang Woon di Netflix! - Shakilawati Abd. Rahman

 

'Ghost Doctor' (Viu)

Drama Korea Selatan, ‘Ghost Doctor’ bukan sekadar cerita tentang doktor seperti tajuknya. Untuk pengetahuan semua, drama ‘Ghost Doctor’ merupakan arahan Boo Sung-chul yang terkenal dengan karya-karya sebelumnya seperti ‘Your Honor’, ‘Our Gap Soon’, ‘Mask' dan ‘The Heirs’. 

Drama bergenre fantasi dan supernatural ini mengisahkan tentang dua orang doktor yang mempunyai watak berbeza dari segi keperibadian, keterampilan serta latar belakang mereka.

Drama ini menggandingkan dua pelakon hebat sebagai watak utama iaitu Rain sebagai Cha Young Min dan Kim Bum sebagai Go Seung Tak. Cha Young Min adalah doktor bedah yang sangat mahir dan terkenal dalam menggunakan kemampuannya untuk mengubati pelbagai penyakit.  

Tak hanya bijak, dia juga memiliki wajah yang tampan dan karier yang berjaya untuk usianya. Namun, di sebalik kesempurnaan itu, dia seorang yang sombong dan egoistik. Pada satu hari, Cha Young Min terlibat dalam satu insiden dan rohnya tertukar dengan roh doktor Go Seung Tak. – Sara Mack Lubis

 

The Royal Treatment (Netflix)

Bagi anda yang gemar menonton filem romantik, apa kata luangkan masa hujung minggu anda menonton filem terbaharu terbitan Netflix yang berjudul The Royal Treatment. Biarpun genre filem sebegini agak klise, namun masih boleh ‘dilayan’. 

Filem ini berkisarkan tentang seorang pendandan rambut di New York, Izzy lakonan Laura Marano  yang diupah untuk mendandan rambut seorang putera raja iaitu Prince Thomas lakonan Mena Massoud yang bakal melangsungkan perkahwinan yang diaturkan oleh istana. 

Izzy dibawa ke istana untuk mendandan Prince Thomas menjelang hari perkahwinannya. Tanpa diduga hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat dan perasaan cinta mula berputik di antara mereka. Saksikan pengakhiran filem menarik ini di Netflix. - Helmi Anuar

 

The Raid: Redemption dan The Raid 2: Berandal (Netflix)

Dua filem dalam satu entry cadangan. Apa kata hujung minggu ini anda maraton filem lakonan Iko Uwais. Boleh mulakan dengan dua filem The Raid arahan Gareth Evans ini. 

Kedua-dua filem padat dengan aksi pertarungan ganas dan sememangnya ada darah di mana-mana, jadi kalau tidak kuat semangat, boleh tonton tajuk-tajuk lain yang dicadangkan di atas. 

The Raid yang pertama bagi penulis memang sebuah masterpiece. Jalan cerita mudah tapi digarap baik dan masuk akal. 

Penonton dikenalkan pasukan polis elit yang ditugaskan untuk menangkap seorang raja dadah. Tetapi rancangan mereka dapat dihidu penjahat dan mereka terpaksa mencari jalan keluar dari pangsapuri 15 tingkat yang menjadi sarang raja dadah itu.

Di situlah pertarungan mereka berlaku dengan pelbagai jenis penjahat. 

The Raid 2 menampilkan kumpulan penjahat yang berbeza tetapi masih ada beberapa wajah sama dari filem pertama. 

Benang yang mengikat jalan cerita filem kedua kepada filem pertama adalah unsur polis korup, namun penceritaan The Raid 2 sebenarnya sedikit lemah. Lebih menang aksi. 

Jika The Raid pertama hanya dalam pangsapuri usang, The Raid 2 menampilkan aksi pergaduhan dalam kereta api, restoran mewah dan pelbagai lokasi, dengan pelbagai jenis senjata. 

Pendek cerita, jika anda penggemar filem aksi, terutamanya yang berteraskan silat, anda pasti suka kedua-dua filem The Raid. - Ili Farhana - Getaran, 22 Januari 2022



 

Isu Pada

Yonnyboii - Tentang ‘Anxiety’, Suami Muda Dan AJL36

22 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut