Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Search - Siapa Lebih Berhak ?

Memandangkan isu ini tidak akan ada penyelesaiannya, maka kini terpulang kepada peminat Search sendiri untuk menentukan pula, Search yang manakah pilihan mereka.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 11:37AM

Rekaan Grafik: Hanif Zahari

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah, sejarah dan kemelut Search cukup panjang!  Andai dibicarakan, sehari semalam pun belum tentu akan ada penghujungnya. 

Mulai dari awal penglibatan mereka bermain muzik di Kelab Rooster, Johor Bahru yang membuka peluang buat mereka menjadi artis rakaman, penyatuan bersama (Datuk) M. Nasir, diikuti dengan jatuh bangun mereka di dalam industri muzik tanah air, sehinggalah ke kemuncak perpecahan yang kian memburuk yang akhirnya menyaksikan wujudnya dua kumpulan Search dengan pakatan yang berbeza. 

Ada Search yang dianggotai Noordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid) selaku pemain gitar bersama Amran Marsiman atau Yan Lefthanded (bass) dan Pae (dram) serta Denden Gonjales dari Indonesia sebagai vokalis.

Kemudian wujud pula gabungan Suhaimi Abdul Rahman atau Amy selaku vokalis, Nasir Daud (bass) dan Hillary Ang (gitar) bersama Abdul Rahman Mahmood (Man Kidal) sebagai gitaris undangan, juga menggunakan nama Search.

Situasi ini mencetuskan konflik yang semakin meruncing di antara kedua-dua kumpulan Search ini apabila berlaku tuduh-menuduh menerusi ruangan media sosial, bahkan peminat juga turut berpecah kepada dua; yang menyokong Din dengan Kid serta yang menyokong Amy, Nasir dan Hillary. 

 

Punca Utama Sebuah Lagi Search Diwujudkan

Alasan untuk Amy, Nasir, Hillary bergabung semula dengan menyertakan Man Kidal yang pernah terlibat dalam pembikinan album pertama Search, Cinta Buatan Malaysia pada 1985 adalah kerana mahu melindungi dan menyelamatkan legasi Search. 

Sebelum mengumumkan kemunculan Search, Amy dan Nasir bersama anak Allahyarham Yazit dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Mozylir Mokhtaruddin dan syarikat Home of Champions (HOC) kerana menggunakan nama Search untuk menjual barangan merchandise kumpulan itu termasuklah kasut Aliph X Search tanpa mendapat persetujuan daripada mereka.  

Bahkan Amy juga memberitahu bahawa nama Search sudah didaftarkan di dalam Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah nama lima anggota Search iaitu Amy, Din, Kid, Nasir dan Yazit. 

Menurut Amy lagi, andai Din dan Kid mahu menjalankan perniagaan menggunakan nama Search, mereka perlu mendapat kebenaran semua anggota Search, manakala tentang penggunaan nama Search itu sendiri, haruslah ada persetujuan daripada mereka semua. 

Namun, Din menafikan tentang kenyataan Amy bahawa nama Search telah didaftarkan di bawah MyIPO.

Tanpa mempedulikan semua itu, Din dan Kid terus menggerakkan Search, sama ada dari sudut penjualan barangan Search yang diuruskan HOC mahupun kerjaya seni muzik.

Pada awalnya, mereka sekadar meneruskan perjuangan kumpulan muzik ini dengan bergabung bersama beberapa pemuzik dan penyanyi undangan, termasuklah Akim (Akim & The Majistret) dan Datuk Awie yang juga vokalis Wings. 

Namun, bersama pengurusan baharu, Search (Din dan Kid) merancang untuk meluaskan jenama dan empayar Search di beberapa negara luar termasuk Indonesia.

Bersama HOC, mereka sudah pun membuka kedai menjual produk barangan jenama kumpulan itu yang dinamakan Search Rock Station, di Kompleks Campbell. 

 

Isu Sebenar Di Sebalik Hak Cipta dan Harta Intelek 

Pertelagahan kedua-dua Search sebenarnya bukanlah tertumpu kepada isu pengggunaan nama dan jenama Search untuk tujuan perniagan dan komersial semata-mata.

Gambar: Ellyna Ali
Gambar: Ellyna Ali

Sebetulnya, ada isu yang jauh lebih besar yang melibatkan hak cipta dan harta intelek terhadap katalog lagu-lagu Search milik Go Search Sdn. Bhd. yang bernilai jutaan ringgit. 

Katalog ini mengandungi himpunaan studio album Search, antaranya adalah Fenomena (1989), Karisma (1990), Rampage (1992), Gema Di Timur Jauh (1995), Rock N Roll Pie (1996), Bikin Wilayah (1998), Selepas Banjir (1999), Unplugged Search Terbaik (1884), Gema Di Timur Jauh (1995) dan Rockestra (2001).

Tentang produk barangan jenama Search pula, Din dengan Kid bersama pemilik HOC iaitu Mozylir mendedahkan bahawa mereka telah telah mendapat persetujuan Nasir untuk menjual barangan merchandise selepas Amy membuat keputusan untuk terus mengundurkan diri dari kumpulan itu pada 29 Mac 2020. 

Bahkan, Mozylir memberitahu bahawa Nasir sebenarnya yang dari awal telah bertemu dengannya sendiri untuk berbincang mengenai penjualan barangan Search menerusi HOC. 

Tapi kini, Nasir seolah-olah menuding jari kepada Din, Kid dan dirinya pula tentang penjualan produk barangan jenama Search tersebut. 

Bagaimana dengan nama Search yang didakwa Amy telah didaftarkan di MyIPO? Hasil kajian mendapati nama Search memang masih belum didaftarkan lagi. 

 

Penggunaan Lagu-Lagu Search 

Bekas pengurus Search, Datuk Aziz Bakar pula memberitahu bahawa siapa pun yang terlibat di dalam pembikinan album Search boleh menggunakan lagu-lagu tersebut untuk tujuan persembahan. 

Ini kerana di dalam kontrak sebagai artis rakaman, tidak termaktub sebarang klausa yang mengatakan bahawa mereka tidak boleh mengggunakan bahan karya lagu tersebut jika kumpulan itu berpecah. 

Aziz juga mengakui maklum dengan isu pergolakan Search dan dia juga ada dirujuk berhubung masalah dalaman mereka. 

Penerbit album dan komposer Datuk M. Nasir yang bertanggungjawab membawa Search ke dunia rakaman, menerbit dan menghasilkan karya-karya lagu Search mengakui bahawa tiada masalah buat Din dan Kid untuk menggunakan lagu-lagu Search bagi tujuan komersial. 

Menurut M. Nasir, karya sedia ada seseorang komposer boleh dinyanyikan sesiapa (penyanyi). Apa sahaja yang boleh mendatangkan perniagaan boleh dijual oleh syarikat rakaman atau syarikat publishing tetapi dengan syarat ia berlesen yang mana ia tertakluk kepada jenis-jenis penggunaannya. 

M. Nasir turut mendedahkan bahawa kedua-dua pihak itu ada menghubunginya berhubung isu dan masalah dalaman mereka, namun dia tidak berminat untuk campur tangan dalam masalah peribadi mereka. 

Dalam kalangan orang dalam industri muzik pula, kebanyakan beranggapan bahawa masalah ini tidak akan selesai jika masing-masing tidak mengetepikan ego untuk berdamai dan sebenarnya berpunca daripada seseorang yang menjadi musuh dalam selimut Search. 

Pada asalnya, punca pengunduran Amy adalah disebabkan Nasir, tapi kini situasi ini bertukar setelah Amy dan Nasir kembali bergabung dengan sebuah lagi kumpulan dengan nama Search. 

 

Siapa Sebetulnya Musuh Dalam Selimut Search? 

Apa yang berlaku kepada Search cukup menyedihkan.

Sudah 45 tahun Search dibentuk, bermula pada 1977 dan kemudian melakar nama dan membina kerjaya seni sebagai artis rakaman menerusi penghasilan 12 album studio.

Kumpulan rock gergasi yang menjadi perintis dan trendsetter kepada kemunculan glam rock dan rock n roll di Malaysia selepas Sweet Charity ini juga mengenalkan kepada kita apa itu 'distortion'.

Tetapi nama kumpulan ini masih tidak sudah-sudah diselubungi kemelut dan pergeseran lapuk di antara mereka yang tidak membawa makna. 

Pergeseran seperti ini memang sering berlaku dalam kumpulan-kumpulan rock, termasuk di negara luar.

Isu mengenai masalah disiplin atau juga masalah lain seperti pengambilan dadah bukanlah isu yang baharu. Ia memang sinonim dengan kumpulan-kumpulan rock zaman dahulu. 

Tapi akhirnya, setiap kumpulan haruslah berpegang kepada ikatan dan prinsip brotherhood bersama sikap percaya (trust) dan hormat (respect).

Inilah yang berlaku kepada band muzik British, Queen apabila Freddie Mercury kembali semula ke pangkuan band muzik tersebut sepertimana yang didedahkan dalam filem Bohemian Rhapsody

Namun, jika ikatan prinsip brotherhood bersama sikap percaya dan hormat ini tidak ada, akhirnya sikap ego, tamak dan tikam dari belakang yang akan lebih menguasai diri.

Apakah kita tidak belajar daripada apa yang kita lihat pada Queen mahupun band-band muzik tersohor yang lain? 

 

Siapa Lebih Berhak Ke Atas Search? 

Ini juga suatu persoalan yang menarik. Pengasas yang berhak atau anggota band yang masih kekal dan meneruskan perjuangan seni Search? 

Menurut Nasir, Search harus dipulangkan kepada asal dan diberikan kepada yang lebih berhak dan pasti ia merujuk kepada mereka yang telah mengasaskan Search iaitu Amy, Hillary dan dirinya. 

Namun, di dalam sidang media Search baru-baru ini, Din telah menjawab tentang isu yang dibangkitkan pakatan Search-Amy dan Nasir berhubung hak penggunaan ke atas nama, jenama dan karya Search. 

Kata Din, Amy dan Hillary sudah pun mengundurkan diri daripada Search sedangkan dia dan Kid masih kekal dan terlibat dengan lapan rakaman album studio Search termasuk yang terakhir iaitu Katharsis (2017). 

Apakah relevan untuk memilih pengasas yang sudah lama mengundurkan diri daripada Search terutama Hillary? 

Memandangkan isu ini tidak akan ada penyelesaiannya, maka kini terpulang kepada peminat Search sendiri untuk menentukan pula, siapakah Search yang jadi pilihan mereka. 

Kalau melihat kepada sentimen peminat-peminat Search di dalam laman FB Search Band, HOC dan beberapa laman tidak rasmi peminat Search pula, nampaknya mereka lebih memihak kepada Din dengan Kid. 

Tangkapan layar Facebook
Tangkapan layar Facebook

Manakala, Amy dengan Nasir pula sering menerima kecaman apabila dipersalahkan atas sikap-sikap mereka dan sejarah-sejarah lalu Search, termasuk isu yang melibatkan Allahyarham Yazit Ahmad iaitu pemain dram mereka. 

Apapun, bukan suatu kejutan andai suatu hari nanti, kesemua mereka ini akan bergabung kembali atas nama Search! Tiada yang mustahil. - Getaran, 8 Januari 2022

Gambar: Search (Din, Kid, Pae, Yan- Ihsan HOC), Search (Amy, Nasir, Hillary, Man Kidal- Ihsan Nasir)

Isu Pada

Search : Siapa Lebih Berhak?

08 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia