web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemelut Berpanjangan, Adakah Search Sudah Retak Menanti Belah?

Ramai yang mengharapkan agar kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik memandangkan kumpulan legenda ini sudah 40 tahun bertahan di dalam industri. Sayang sekali jika keakraban terkorban akibat sengketa.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 4:07PM

Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini bukan kali pertama kumpulan rock legenda, Search bertegang urat sesama sendiri.

Namun kali ini kemelut yang melanda kumpulan tersebut nampaknya berlanjutan lebih lama, bermula apabila sebuah kenyataan akhbar diedarkan kepada media menyatakan Home Of Champions menunggang nama Search untuk kepentingan perniagaan mereka semata-mata. 

Amy selaku bekas vokalis, Nasir selaku pemain bes beserta waris Yazit mantan drummer Search mengakui tidak pernah memberi kebenaran kepada syarikat itu untuk melakukan demikian.

Amy turut menegaskan perkara yang sama dan pernah memberi amaran kepada syarikat berkenaan untuk menghentikan kegiatan perniagaan mereka dalam masa 7 hari dalam satu sesi Live di Instagram milikinya. Belum pun sampai tujuh hari, sebuah sidang akhbar diadakan sekali lagi kali ini dari pihak Home Of Champions pula yang diketuai oleh Mozylir Mokhtaruddin. 

 

Tunding jari pada siapa?

Menurut Mozylir yang juga pengurus syarikat berkenaan, persetujuan dan keizinan untuk mengeluarkan produk serta aksesori menggunakan nama Search sudah pun diberikan oleh anggota kumpulan itu sendiri iaitu Din, Kid serta Nasir. 

Namun, persoalan dan kekeliruan timbul apabila Nasir mengatakan kepada Amy bahawa dia tidak tahu-menahu mengenai perkara ini sedangkan segala sudah dimaklumkan sejak lebih setahun lalu. 

“Dakwaan yang diberikan Amy dan Nasir tidak benar sama-sekali. Nasir tahu semua perancangan HOC dan Search. Malah segala dokumen, reka bentuk dan agihan royalti juga telah ditandatangani oleh Din,” jelas Mozylir ketika ditemui dalam satu sidang media atas talian baru-baru ini.

 

Amy tak perlu masuk campur

Berkenaan dengan Amy pula, dia sebenarnya sudah tidak perlu campur tangan dengan isu melibatkan Search memandangkan penyanyi itu sudah membuat keputusan keluar daripada Search. 

“Dari segi perundangan, kalau sudah keluar dari persatuan atau kumpulan. Dia sudah tak perlu libatkan diri lagi,” jelas Azimal iaitu peguam lantikan Home of Champions.

Apapun, ramai yang mengharapkan agar kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan baik memandangkan kumpulan legenda itu sudah 40 tahun bertahan di dalam industri. Sayang sekali jika keakraban yang dimiliki mereka persis keluarga terkorban akibat sengketa. - Getaran, 31 Mei 2021


 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa