web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Tindakan Kid dan Din Tak Salah” - M. Nasir

“Perkara itu tidak ada masalah tetapi ia haruslah dijual dengan cara yang dibenarkan.” Itulah kata komposer dan penerbit album terkenal, Datuk M. Nasir apabila ditanya tentang isu Search baru-baru ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 6:46PM

Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tindakan Noordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid) meneruskan empayar Search dengan menggunakan karya-karya terdahulu sama ada di dalam persembahan secara langsung mahupun dalam bentuk rakaman album bukanlah satu tindakan yang salah. 

Demikian kata komposer dan penerbit album terkenal, Datuk M. Nasir sewaktu ditanya tentang perkara tersebut di Anugerah MACP 2021, baru-baru ini. 

M. Nasir semasa acara Anugerah MACP 2021. Gambar Fail
M. Nasir semasa acara Anugerah MACP 2021. Gambar Fail

Selaku penerbit dan komposer yang banyak menghasilkan lagu-lagu Search, M. Nasir menyambung, perkara seperti itu memang sering berlaku dan memang dibuat industri rakaman.

“Karya sedia ada seseorang komposer boleh dinyanyikan sesiapa pun (penyanyi). Perkara itu tidak ada masalah tetapi ia haruslah dijual dengan cara yang dibenarkan. 

“Apa saja yang boleh mendatangkan perniagaan boleh dijual oleh syarikat rakaman atau syarikat publishing tetapi dengan syarat ia berlesen. Ada beberapa jenis lesen yang dibenarkan dan ia tertakluk kepada jenis-jenis penggunaannya,” katanya. 

M. Nasir bagaimanapun mengakui tidak mahu campur tangan dengan perbalahan yang berlaku di antara kumpulan Search yang dianggotai Din dan Kid dengan sebuah lagi kumpulan Search yang dianggotai Amy Search, Nasir dan Hillary Ang.

“Kita bercakap tentang sebuah kumpulan yang lama. Mereka pun sudah berusia 60 tahun. Tapi, mereka ada menghubungi saya berhubung isu dalaman Search. 

“Sebenarnya perkara ini boleh diselesaikan secara baik kalau ada komunikasi di tengah-tengah. Tapi, perkara itu tidak berlaku dan tiada penyelesaian,” katanya yang mula terlibat dengan pembikinan album Search sejak album Cinta Buatan Malaysia (1985). 

Gambar Fail
Gambar Fail

Mengulas tentang perkembangan dan pencapaian industri sepanjang 2021, M. Nasir berkata, budaya digital sememangnya telah mengubah landskap industri muzik tanah air. 

“Perubahan ini adalah budaya sekarang. Ia turut memberi tekanan kepada orang-orang yang serius membuat lagu. Memang satu cabaran. 

“Waktu saya berjalan melihat poster-poster orang menjual tudung, saya sendiri bertanya pada diri, sampai bila trend ini akan berubah menjadi benda lain. 

“Trend ini akan berterusan untuk beberapa tahun akan datang. Tapi, disebabkan penggunaan teknologi digital seperti platform media sosial, memang akan ada perubahannya. Cuma kita tidak tahu bila. 

“Siapa yang berada di dalam industri haruslah bersedia untuk merubah atau menjadi trendsetter atau dia harus adaptasi kepada perubahan yang berlaku atau tertinggal terus,” katanya.

M. Nasir mengulas perkara itu terhadap lagu-lagu nyanyian influencer yang meraih kutipan royalti yang tinggi oleh MACP. 

Para pemenang Anugerah MACP 2021. Gambar Fail
Para pemenang Anugerah MACP 2021. Gambar Fail

Begitupun, kata M. Nasir, industri muzik masih tidak ketandusan komposer-komposer muda yang serius dalam berkarya. 

“Kalau penyanyi, kita ada BBNU. Dalam bidang penciptaan muzik, kita ada komposer-komposer baharu. Ada ‘pengaruh’ yang menggerakkannya. 

“Saya gembira kalau ia benar-benar konsisten. Jika tidak konsisten, saya tidak gembira. Gerakan ini sudah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kita ada komposer seperti Ezra Kong, Omar K dan Zynakal,” katanya. 

Jelas M. Nasir lagi, industri rakaman adalah industri penyanyi. 

“Orang sudah tidak mahu dengar artis lama nyanyi lagu baharu. Dia suka artis lama itu dan puji artis itu kerana lagu-lagu lamanya. Tapi, tak mahu dengar dia nyanyi lagu baharu. 

“Hanya peminat tegar saja yang akan tanya bila dia akan buat lagu baharu. Kalau kita tengok, lagu baharu dengan stail lama kembali popular tapi, ia dinyanyikan penyanyi baharu dan orang suka,” katanya. - Getaran, 5 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Waktu Malam Saya Palingkan Wajah Daripada Isteri, Nangis Sendirian - Amy Search 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Konsert Kolaboraci Gabungkan Rockers 3 Negara

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Lagu Dewa 19 Buat Namron Tertarik Untuk Dekatkan Diri Dengan Allah

4

Kolum 3 tahun yang lalu

'Mat Kilau' Dan Komedi Tanggal Pakaian

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.