web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lagu Dewa 19 Buat Namron Tertarik Untuk Dekatkan Diri Dengan Allah

Namron tidak mahu melepaskan peluang menonton konsert Dewa 19 biarpun ada yang mempersoalkan bagaimana jika dia mati ketika sedang menonton konsert.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 8:00PM

Namron memberitahu bahawa dia merupakan seorang yang jarang pergi menonton konsert, tetapi konsert Dewa 19 ini sangat istimewa buatnya - Gambar Instagram Namron

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa kumpulan muzik terkenal dari Indonesia iaitu Dewa 19 bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada September nanti sempena siri jelajah 30 tahun mereka.

Malah, tiket konsert yang akan berlangsung di Axiata Arena itu telah pun habis dijual dalam masa satu jam.

Melihatkan sambutan luar biasa dari peminat di Malaysia, kumpulan Dewa 19 menambah sehari lagi untuk mereka beraksi. Dan seperti yang pertama, untuk hari kedua juga tiketnya habis dijual. 

Kunjungan Dewa 19 ke Malaysia turut menarik perhatian aktor berbakat besar iaitu Namron. 

Menerusi status yang dimuat naik pelakon filem Paloh ini di akaun Facebook, dia memberitahu bahawa dia merupakan seorang yang jarang pergi menonton konsert, tetapi konsert Dewa 19 ini sangat istimewa buatnya. 

“Seingat saya kali terakhir saya menonton konsert adalah lewat tahun 80-an ketika zaman Battle Of The Band.

“Zaman itu zaman Ella masih dengan The Boys dan Rahim Maarof masih dengan White Steel buat konsert kat tapak funfair. Selepas itu, sampai ke hari ni saya tak pernah menonton konsert.

“Sekarang dah lebih dua dekad, saya akan kembali menonton konsert. Dua kumpulan gitar rancak (Kugiran) yang jadi pilihan saya adalah konsert Kembara (M. Nasir) dan Dewa 19 (Ahmad Dhani).

“Ada orang kata dah tua-tua tak payahlah pi konsert, nanti kalau mati kat sana macam mana? Nak ke mati kat tempat maksiat macam tu? Baiklah, biar saya saya perjelaskan.

“Sebenarnya kedua-dua kugiran ini saya letak sama level dengan kumpulan Raihan. Cuma aliran mereka berbeza, antara nasyid dan kugiran. 

“Dewa 19 dan Kembara membawa lagu lagu spiritual/sufism yang mengajak kita untuk mengesakan Allah. Mengtauhidkan hati kita hanya pada yang satu iaitu Allah,” tulisnya.

Menurut Namron lagi, lagu-lagu dendangan Dewa 19 dan M. Nasir seperti ‘Laskar Cinta’, ‘Satu’, ‘Hadapi Dengan Senyuman’, ‘Sang Pencinta’, ‘Bila Rumi Menari’ dan banyak lagi dapat menyuluh jalan untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. 

“Ahmad Dhani juga pernah berkata dia mengidolakan M. Nasir kerana lagu-lagu ciptaannya. Secara tak langsung nafas cinta mereka mengalir sesama mereka. Nafas-nafas cinta ini juga mengalir ke pendengar mereka seperti saya.

“Terus terang saya mula mencari tauhid untuk mengesakan Allah sejak sedekad yang lalu. Bila mendengar lagu lagu mereka saya menjadi tertarik untuk mendekatkan diri kepada Allah. 

“Dalam proses mencari itu air mata saya jatuh berderai bila mendengar bait-bait liriknya. Saya terasa kecil tak berkuasa. Mendorong saya untuk mendalami ilmu tauhid. Hingga membunuh keakuan yang kukuh bertahta di hati saya.

“Bagi saya Allah menghantar hidayah melalui mereka yang menjentik hati saya untuk mentauhidkan hanya pada Allah Yang Maha Esa. Mereka juga saya anggap sebagai guru awal saya untuk mengenal Sang Pencipta,” tulisnya. 

Tambah Namron lagi, dia juga tidak takut andai nyawanya dicabut saat sedang menonton konsert kerana dia hanya takut pada Allah Yang Esa. 

“Dia yang menentukan di mana dan bila saya akan mati.” - Getaran, 20 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.