web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Kolaboraci Gabungkan Rockers 3 Negara

Antara rockers yang terlibat dengan konsert yang bakal berlangsung di Jakarta ini ialah Man Kidal, Lola XPDC, Cliff Umar, Yazid Lovehunters dan BIP.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 5:00PM

Konsert Kolaboraci – Three To Rock akan berlangsung di SMESCO Convention Hall, Jakarta Indonesia pada 25 November ini. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rockers dari tiga negara bakal digabungkan di atas satu pentas dalam konsert yang diberi nama Konsert Kolaboraci – Three To Rock yang akan berlangsung di SMESCO Convention Hall, Jakarta Indonesia pada 25 November ini.

Konsert anjuran Aci Gold ini menggabungkan rockers hebat dari Malaysia, Indonesia dan Singapura dan menampilkan bintang-bintang rock terkenal seperti Man Kidal, Lola XPDC, Cliff Umar, Yazid Lovehunters, Band BIP, Pindad Rockstar, Erik & The Gotune dan Jhon Barhaend.

Barisan artis yang bakal menggegarkan Konsert Kolaboraci – Three To Rock. - Gambar PR
Barisan artis yang bakal menggegarkan Konsert Kolaboraci – Three To Rock. - Gambar PR

Aci Gold selaku penganjur berkata mereka mahu menyumbangkan sesuatu kepada muzik Indonesia dengan menganjurkan konsert ini.

“Kami mahu menjadikan konsert kolaboraci ini sebagai pentas buat pemuzik dan band serta menjadi destinasi hiburan muzik yang dinantikan masyarakat Indonesia,” kata penganjur.

Selain menampilkan pemuzik dari tiga negara, konsert ini juga merupakan pentas harapan buat penggiat muzik, peminat serta golongan peniaga yang sebelum ini terkesan dengan penularan wabak COVID-19. 

“Pandemik COVID-19 beransur pulih. Namun pada masa yang sama, kita masih berjaga-jaga dan mematuhi protokol kesihatan. 

“Bagaimanapun industri muzik dan hiburan tetap perlu diteruskan. Muzik tidak hanya hidup untuk penggiat seni sahaja, terapi muzik adalah kehidupan bagi manusia. Muzik adalah cara kita untuk melepas rindu,” kongsinya. 

Sementara itu, pemain bass BIP, Bongky berkata, mereka sangat teruja untuk mengadakan persembahan di konsert ini selepas sekian lama tidak terbabit dengan sebarang konsert. 

“Sudah lama kami tidak beraksi di atas pentas besar. Saya pun sudah lupa. Rasanya sudah tiga tahun kami tidak buat persembahan. Konsert ini bakal beri semangat baru buat industri muzik Indonesia yang terhenti selama dua tahun akibat COVID-19,” katanya. 

Cliff Omar - Gambar PR
Cliff Omar - Gambar PR

Bagi Cliff Umar pula, dia sangat teruja untuk membuat persembahan bersama legenda-legenda muzik rock yang sememangnya menjadi idolanya. 

“Saya sangat teruja untuk membuat persembahan dalam konsert ini kerana saya membesar mendengar lagu-lagu legenda rock ini. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita semua berkolaborasi.

“Saya juga sangat teruja untuk berjumpa pemuzik-pemuzik dari Indonesia dan serap segala ilmu dan informasi dari mereka. Mereka boleh mengendalikan alat muzik yang lama, tetapi bunyi yang dihasilkan sangat dahsyat. Itu yang saya nak belajar dengan mereka,” kongsinya

Tiket boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawang www.kolaboraci.online. Harga pra jualan ialah RM303 (VIP), RM152 (Tribune) dan RM75 (Festival). Tidak ketinggalan, peminat di luar Jakarta khususnya dari Malaysia dan Singapura juga boleh menonton konsert ini secara dalam talian atau strim pada hari yang sama dengan tiket berharga RM15. – Getaran, 2 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cliff Umar Mengaku Salah Miliki Heroin

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Sultan Johor Terima Kunjungan Hormat Amy Search Dan Kumpulannya

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Search Endemik Menyengat Zepp Kuala Lumpur

4

TARA 4 tahun yang lalu

Konsert Search VS Konsert Search, Dua-Dua Punya Keunikannya

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa