web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Search Endemik Menyengat Zepp Kuala Lumpur

Konsert Search Endemik mempersembahkan kehebatan kumpulan ini menguasai pentas Zepp Kuala Lumpur.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 8:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasa sangsi dan skeptikal terhadap kemampuan Search untuk beraksi dengan baik dalam Konsert Search Endemik yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini akhirnya telah terjawab. 

Konsert yang berlangsung selama hampir tiga jam di ruang bertaraf antarabangsa itu bukan sahaja dijayakan dengan penuh sukses tetapi pada masa yang sama membuktikan bahawa Search masih lagi tidak hilang taringnya! 

Amy selaku vokalis yang sebelum ini acapkali menjadi mangsa kecaman netizen apabila gagal melontarkan vokalnya dengan sempurna, tidak hanya menguasai pentas dengan menonjolkan stail, gaya dan showmanship yang penuh karisma itu semata-mata. 

Sebaliknya, dia (Amy) sememangnya berupaya membawakan 22 buah lagu dengan baik mengikut  keupayaan usianya yang bakal menginjak usia 64 pada Julai ini. 

Bersama iringan ahli band muzik Search yang lain iaitu Hillary Ang dan Man Kidal selaku pemain gitar dan Nasir (pemain bass), Search berjaya memberi persembahan yang memukau dan penuh kepuasan kepada peminat-peminat tegar yang selama ini membesar dengan muzik dan lagu-lagu mereka. 

Kepuasan itu juga dapat dicapai apabila dibantu pemuzik undangan Arthur Kam (pemain drum) dan Genervie Kam yang bertindak sebagai pemain keyboard dan pengarah muzik yang berjaya membantu menyampaikan repertoire mereka dengan cukup padu. 

Lontaran sistem bunyi yang dikendalikan jurutera bunyi terkenal, Akira Yamauchi bersama sistem tata cahaya yang berjaya mengikut alur dinamik setiap lagu yang ditampilkan mencetuskan keghairahan yang luar biasa. 

Memang tepat sekalilah pemilihan Search untuk menggunakan khidmat Akira kerana jurutera bunyi legenda dari Jepun ini sudah biasa bekerja dengan Search sebelum ini dan cukup memahami repertoire muzik yang mereka bawakan. 

Persembahan Search dimulakan sedikit lewat, lebih kurang 10 hingga 15 minit. Namun, kelewatan yang sedikit itu mencetuskan rasa tidak sabar dalam kalangan peminat tegar untuk melihat Search beraksi di atas pentas yang serba gah itu. 

Search memulakan persembahan mereka dengan menampilkan lagu baharu mereka iaitu ‘Endemik 1.0’, ciptaan seorang komposer dari Sabah yang bertempo pantas. Lagu pembukaan itu berjaya membangkitkan mood penonton untuk berada dan menikmati rasa konsert sebenar. 

Ia kemudian disusuli dengan lagu ‘Pelesit Kota’ dan ‘Nigina’ yang berunsur balada. Menerusi ketiga-tiga lagu ini, Amy benar-benar beraksi dengan cemerlang. 

Lagu-lagu lain yang turut dibawakan adalah ‘Meniti Titian Usang’, ‘Kejora’, ‘Gelora Cinta’, ‘Isi dan Kulit’ serta ‘No Way’.

Sebaik sahaja lagu ‘No Way’ berakhir, pentas digelapkan dan persembahan set kedua kemudian dimulakan dengan aksi Man Kidal bermain gitar akustik untuk intro lagu ‘Endemik 2.0’.

Memang hebat, memukau dan meremang bulu roma apabila Man Kidal beraksi. Dibantu dengan Hillary yang mencantikkan permainan lagu tersebut dengan bunyian lembut dari gitar elektriknya. 

Berakhir sahaja ‘Endemik 2.0’, lampu sorot difokuskan kepada Amy dan vokalis Search ini kemudian berkongsi cerita tentang bibit-bibit kenangan bersama Allahyarham Yazit Ahmad iaitu pemain drum asal Search. 

Dia kelihatan cukup sebak tatkala bercerita tentang Yazit. Bahkan, Amy dan anggota Search yang lain turut mempersembahkan lagu ‘Hello Kawan’ sebagai satu penghormatan buat Yazit dan waris keluarga Yazit yang turut hadir menyaksikan momen yang cukup istimewa itu. 

Menariknya tentang persembahan lagu ‘Hello Kawan’ ini, gambar-gambar lama arwah Yazit bersama Search sama ada dalam keadaan hitam putih atau berwarna turut dipaparkan di skrin LED konsert tersebut. 

Dalam persembahan set kedua ini, Search turut tampil dengan lagu-lagu hit legenda mereka. Antaranya adalah ‘Rozana’, ‘Gadisku’, ‘Isabella’, ‘Fantasia Bulan Madu’ dan ‘Pemuzik Jalanan’. 

‘Gorengan’ akustik Hillary Ang menerusi lagu ini turut mencengkam jiwa biar pun di bahagian akhir dia bermain agak sedikit lewat. 

Kesemua lagu-lagu ini berjaya mengembalikan nostalgia buat para peminat tegar Search dan mereka turut sama-sama menyanyikannya. 

Seperti mana-mana konsert Search sebelum ini, lagu encore mereka pasti akan diakhiri dengan lagu ‘Pawana’. Semua penonton semua berdiri untuk melayan lagu ini dengan aksi head banging

Tidak dinafikan konsert ini majoritinya memang dipenuhi dengan fans tegar Search terutama dari golongan usia 30-an ke atas. 

Ada kelompok yang datang mengenakan kemeja-T Search yang mereka memiliki suatu ketika dahulu. Ada pula kelompok yang tampil dengan stail pakaian glam rock pada  waktu era kegemilangan Search. 

Apa pun, Konsert Search Endemik tetap punya kekurangan yang tidak begitu ketara, namun ia tetap sebuah konsert yang padu.

Malah Search juga berjaya mencetus tanda aras baharu untuk mereka terus berjuang dan kekal menguasai industri ini sebagai sebuah band muzik rock gergasi tanah air. - Getaran, 10 Jun 2022

Semua gambar oleh Saiful Chin untuk Konsert Search Endemik

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.