web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Johor Terima Kunjungan Hormat Amy Search Dan Kumpulannya

Pada pertemuan bersama Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album Search, 'Gothik Malam Edan'.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 5:19PM

Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja menjayakan konsert berskala besar mereka pada minggu lalu, Amy bersama anggota Search yang lain telah mengadakan kunjungan hormat ke istana Sultan Johor, pada hari ini. 

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berkenan menerima kunjungan hormat penyanyi rock tersohor  itu.  

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman hadir bersama gitaris, Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bass, Nasir Daud, yang mana ahli-ahli kumpulan Search merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan Mersing.

Pada pertemuan bersama Sultan Ibrahim, Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album Search, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata kumpulan Search lain.

Amy bersama anggota Search telah menjayakan konsert yang dinamakan Konsert Endemik Search pada 4 dan 5 Jun lalu. 

Konsert anjuran LOL Asia yang diadakan di venue bertaraf antarabangsa, Zepp KL itu telah berlangsung dengan suksesnya. 

Pada konsert tersebut, Amy dan anggota Search yang lain telah mempersembahkan 22 buah lagu hit mereka. Antaranya adalah 'Pelesit Kota', 'Meniti Titian Usang', 'Kejora', 'Isi dan Kulit', 'Rozana', 'Gadisku', 'Isabella', 'Fantasia Bulan Madu' dan 'Pawana'. 

Amy dan anggota Search telah menggunakan khidmat pemain dram undangan, Arthur Kam dan pemain keyboard, Genervie Kam yang juga merangkap pengarah muzik mereka pada kedua-dua malam konsert tersebut. 

Bahkan, mereka turut mendapatkan bantuan pakar jurutera lagenda dari Jepun, Akira Yamauchi yang pernah bekerja dengan mereka sebelum ini. - Getaran, 13 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa