web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Waktu Malam Saya Palingkan Wajah Daripada Isteri, Nangis Sendirian - Amy Search 

Penyanyi legenda, Amy merasakan perjuangannya sebagai anak seni selama empat dekad tidak dihargai. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 3:00PM

Amy - Gambar oleh Sairien Nafis

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi legenda, Datuk Amy menahan sebak ketika bercerita tentang momen terendah dalam hidupnya apabila merasakan perjuangannya sebagai anak seni selama empat dekad tidak dihargai. 

Menurut vokalis Search itu, dia berasa terluka membaca cercaan yang ditinggalkan warganet di laman sosialnya apatah lagi kata-kata itu dilemparkan tanpa usul periksa. 

“Saya sudah empat dekad di dalam industri dan banyak proses turun naik telah saya lalui. Namun apa yang terjadi beberapa tahun belakangan ini meninggalkan kesan yang mendalam terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini. 

“Kalau dulu, gosip kita hanya baca di dada akhbar. Sekarang kalau kita tersilap sikit publik akan perkatakan. Kadang mereka tak faham apa yang berlaku tapi mereka komen yang buruk-buruk. Kita nak balas pun tak boleh. 

“Membaca komen itu membuatkan saya okay pada awalnya. Tapi lama-lama saya terluka juga,” dedahnya ketika ditemui Getaran di majlis pelancaran buku Senandika: Bercakap Seorang Diri oleh Maliah Surip.

Dari kiri Amy, Misha Omar dan Maliah pada majlis pelancaran buku uku Senandika: Bercakap Seorang Diri oleh Maliah Surip.
Dari kiri Amy, Misha Omar dan Maliah pada majlis pelancaran buku uku Senandika: Bercakap Seorang Diri oleh Maliah Surip.

Menurut pelantun lagu 'Isabella' itu, perubahan dirinya menjadi bertambah buruk apabila dia sering menangis dan mengalami gangguan tidur malam. 

“Adakalanya bila bersendirian, saya rasa nak menangis. Waktu malam sebelum tidur adakalanya saya palingkan wajah daripada isteri dan nangis. Saya tak mahu isteri saya tengok. Bila memandu sendirian pun saya akan nangis. 

“Waktu malam kadang-kadang saya tak boleh tidur. Pukul tiga pagi saya akan bangun dan berjalan di koridor,” tambahnya lagi. 

Amy mendedahkan perubahan dirinya menjadi bertambah buruk apabila dia sering menangis dan mengalami gangguan tidur pada waktu malam. 
Amy mendedahkan perubahan dirinya menjadi bertambah buruk apabila dia sering menangis dan mengalami gangguan tidur pada waktu malam. 

Gusar dengan keadaan dengan dirinya, Amy mula mencari teman-teman untuk meluahkan perasaan. Bukan itu sahaja, dia juga cuba tidak membaca apa-apa komen di media sosial. 

“Saya tak terfikir untuk mendapatkan rawatan. Tapi saya mula mencari rakan-rakan pemuzik untuk meluahkan apa yang saya rasa.

“Memandangkan komen-komen di laman sosial boleh memudaratkan kesihatan mental saya, jadi saya cuba menjarakkan diri daripada membaca apa-apa komen,” katanya lagi. 

Dalam perkembangan lain, Amy bakal tampil dengan single terbaharunya bersama Search bertajuk 'Endemik' yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. – Getaran, 15 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebutan Semula Kes Bekas Tentera Bunuh Isteri 22 Januari 2024

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pelakon Hafidz Roshdi Cedera Bekas Isteri Bermula 6 Februari

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.